YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label makanan tradisional. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisional. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Nasi Linopot

Nasi Linopot... Pernah dengar?..

Ini merupakan salah satu resepi tradisional kegemaran saya. 'Linopot' dalam sebutan bahasa Dusun yang bermaksud dibungkus. Nasi ditanak bersama dengan ubi keladI/keledek/kayu/manis. Selepas dimasak ia akan digaul hingga nasi dan ubi menjadi sebati. Satu alat khas berbentuk leper panjang yang dipanggil 'Gigiyu' digunakan untuk menggaul. Selepas itu ia akan dibungkus (Linopot) menggunakan daun.

Sewaktu di kampung minggu lalu, Ibu tunjukkan cara-cara bagaimana hendak membuat Nasi Linopot ini. Ini sebenarnya atas permintaan anak-anaknya yang teringin sangat mahu makan Nasi Linipot. Ibu dengan gembira tunjukkan cara-caranya. Siap suruh saya rakamkan lagi hehe..

Ubi keladi..
potong tangkai..kupas dan hiris

Ibu gunakan ubi keladi untuk dicampurkan dalam Nasi Linopot ini. Ubi ini ibu tanam sendiri di kebun kecilnya. Ubi keladi sudah sedia dibersihkan. Tinggal dipotong dari tangkainya. Tangkainya pula ibu simpan untuk ditanam balik. Lepas itu kulit ubi keladi dikupas kemudian dihiris tebal. Kalau ikut cara ibu menghiris ubi itu, comfirm jari ni terhiris sekali. Cepat dan nampak mudah saja ibu lakukan. Saya kalau nak mengupas atau menghiris mesti gunakan dulang. Tapi ibu, tidak.

Ubi Keladi direbus..

Ubi keladi tadi direbus terlebih dahulu. Kata ibu untuk hilangkan lendir dan gatalnya. Rebus jangan sampai jadi lembik pula. Agak-agak bertukar warna ok lah tu. Atau pun bila nampak berbuih bolehlah diangkat, ditoskan kemudian dicuci dengan air bersih.

Selepas itu cuci beras agak-agak dalam empat lima gelas macam tu. Jika inginkan rasa ubi keladi lebih, beras kena kurangkan sikit. Kakak lebih suka makan Nasi Linopot yang ubi keladinya banyak. Begitu juga saya. Rasa sedap dan wangi bila dimakan. Setelah beras dicuci sukat airnya macam masak nasi biasa, barulah ubI dimasukkan. Letak rata dibahagian atas. Kemudian bubuh sedikit air lagi. Selepas itu masak dengan api yang sederhana. Setelah masak baru digaul menggunakan Gigiyu.

Kayu Gigiyu

Kayu berbentuk leper panjang. Itu lah yang saya sebutkan tadi, 'Gigiyu'.. Alat ini diperbuat daripada sejenis kayu. Digunakan untuk menggaul nasi dan ubi hingga sebati dan mampat. Dulu masa kecil-kecil selalu nampak arwah nenek gunakanya bila buat Nasi Linopot. Sampai sekarang masih lagi tersimpan elok. Kayu Gigiyu ini juga mengingatkan saya tentang kisah Burung Wodik yang selalu nenek ceritakan dulu.

Nasi Linopot &
  Ikan Terubuk Masin Sarawak
Sepatutnya dibungkus dalam daun. Nasi diletak atas daun dan dibentuk menjadi bulat. Kemudian dibungkus. Daun yang selalu ibu gunakan ialah daun Tarap. Ada juga daun yang lain biasa digunakan, tapi saya tidak ingat namanya. Oleh kerana daun tiada, jadi makan sajalah menggunakan piring. Makan bersama dengan Ikan Terubuk Masin Sarawak yang digoreng kering oleh abang ipar. Memang sedap dan menyelerakan. Lagi bertambah berselera bila makan beramai-ramai bersama keluarga. Untuk Ibu tersayang, terima kasih kerana masakkan Nasi Linopot untuk kami..^^..

Thursday, June 27, 2013

Serunding Tuhau

Lagi satu makanan tradisional berasakan Tuhau. Tuhau lagi entry MaMaRey ni hihi..

Di sebabkan oleh permintaan oleh mama ini..(sorry Nas..lambat reply dan pic tiada) maka saya pun minta lah resepi berasaskan Tuhau ini dari ibu saya. Bahan-bahan dan cara memasaknya mudah sahaja. Semuanya digoreng kemudian di satukan bersama selepas menggorengnya...

Bahan-bahan:
  1. Batang Tuhau
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. halia
  5. cili putih segar
  6. kacang tanah
  7. bilis
  8. limau
Cara-cara Memasak:(Goreng asing-asing)
  • Batang Tuhau dihiris halus kemudian di jemur hingga kelihatan kering.
  • Panaskan minyak kemudian goreng Tuhau tadi hingga kering. Ketepikan.
  • Goreng kacang tanah. Ketepikan
  • Goreng bilis. Ketepikan
  • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis bersama cili putih segar..
  • Selepas itu satukan semua bahan-bahan yang digoreng tadi.Bubuh lah garam dan gula ikut rasa suka hati. Kacau-kacau..siap..
  • Perahkan limau diatas dan boleh makan... 

*Jumpa resepi Ini di laman web MasterChef Malaysia. Salah satu bahan sosnya ialah Tuhau. Nas bolehlah cuba..:)

p/s: Terima kasih kawan-kawan semua yang bertanyakan khabar saya dan doakan kesihatan saya juga bagi saya tips untuk sembuh cepat..Terima kasih banyak-banyak ya.:)

Tuesday, May 14, 2013

Kuih Lidah Dari Papar

Kuih Lidah dari Papar sudah maliii...

Kuih ini petang tadi sampai. Oder dengan bantuan akak jiran sebelah saya. Terima kasih akak yang baik hati..:)

Datang dari jauh..Dari Kg Berundong, Papar. Kuih tradisonal  masyarakat Melayu Brunei di Daerah Papar ini memang sedap..rangup buatannya. Saya selalu oder untuk dimakan bersama keluarga. Masa raya pun oder juga untuk dimakan tetamu yang datang.

Kuih Lidah dari Papar ini ada beberapa jenis perisa. Antaranya, perisa susu, perisa kacang hijau dan perisa coklat..Ketiga-tiga perisa ini saya sudah pernah rasa. Sedap..Tapi yang tersedap rasanya bagi saya ialah perisa susu.

kuih lidah
Kuih Lidah perisa susu..

Kuih Lidah atas ini perisa susu. Saya selalu oder yang ini. Anak-anak suka makan sebab kerangupannya dan rasa susunya yang sedap. Ada juga yang dibungkus dalam pek kecil. Tapi selalunya saya ambil pek yang besar. Anak-anak pun puas hati makan..:)

kuih lidah
Kuih Lidah

Tepung gandum, susu tepung, gula halus, mentega dan minyak masak adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Kuih Lidah ini. 

Kuih Lidah dari Papar ini telah dikomersialkan oleh FAMA. Mahu tahu lebih lanjut boleh kilik sini. Satu rancangan Agrotek oleh RTM..

Monday, April 29, 2013

Kuih Kelupis

Ini salah satu lagi kuih tradisional di sabah, Kuih Kelupis...M3H pernah dengar Kuih ini?..

Kuih ini kira adik beradik dengan Lamban. Nama saja berlainan. Mula-mula dulu saya pun tidak tahu Kuih Kelupis ini sama dengan Lamban. Member yang bagi tahu. Bahan-bahan dan cara mahu membuatnya pun sama..serupa..Yang membezakannya cuma daun pembungkusnya sahaja.

Beras pulut dan santan adalah bahan utamanya. Beras pulut perlu ditanak separuh masak dahulu. Kemudian dibungkus dengan menggunakan daun (kurang pasti nama daunnya..). Lepas itu dikukus selama 2 jam. 

Kuih Kelupis dengan kuah kacang..

Ini member yang buat. Dia buat untuk dijual. Tapi saya, dia bagi free. Kuih Kelupis berserta dengan kuah kacangnya..Dan dengan suka hatinya saya menerimanya hehe..

Nyam..Menggoda selera..

Rupa bentuk Kuih Kelupis selepas dibuka dari daunnya. Memang terer member saya buat Kuih Kelupis ini..Rasa lemak-lemak..Tidak keras, tidak lembik. Memang sedap..Makan satu tidak puas..Tambah lagi..Makan sampai 3..4 bungkus baru hati rasa puas..Uii tamaknya bah...

Cecah dengan Kuah Kacang..Seedaaap..

Selain sedap dimakan dengan kuah kacang, kuih ini juga sedap kalau dimakan bersama kari ayam atau kari daging. Sama..serupa..seperti makan Lamban. Kalau korang mahu tengok rupa bentuk Lamban, boleh tengok sini..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...