YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

Sambal Belacan Bakar

Sambal Belacan Bakar ini ibu mertua yang buat untuk makan malam tadi. Walaupun keadaannya yang kurang sihat tapi masih tetap menyediakan hidangan untuk keluarga.

Belacan & bawang merah di bakar

Sambal belacan dan bawang merah yang telah dibakar. Ibu mertua saya bakar menggunakan api dapur gas.

Tumbuk dalam lesung

Lepas itu ditumbuk dalam lesung. 4 biji cili dengan satu sudu besar gula ditumbuk terlebih dahulu. Diikuti dengan bawang merah dan belacan yang dibakar tadi.

Sambil tengo sambil telan liur hehe..

Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Limau tidak ada jadi ibu mertua saya gunakan asam jawa. Tertelan-telan air liur melihat ibu mertua menggaul-gaul sambal belacan itu.

Simple jer..

Menu makan malam simple kami tadi hasil tangan tiga orang chef. Ayam masak kicap, ikan goreng, kacang bendi, sayur cendawan dan Sambal Belacan Bakar.  Makan beramai-ramai sambil berbual-bual. Rasa seronok dan makan pun berselera. Tambah berselera lagi dengan adanya Sambal Belacan Bakar ibu mertua..^_^

Monday, February 3, 2014

Bersarapan Di Tepi Sungai

Awal Pagi ke Tamu Ahad Di Tuaran kelmarin. Cari barang dapur sambil juga cuci-cuci mata..^-^ .. Singgah bersarapan di satu restoran untuk bersarapan. Kebetulan memang sedang lapar. Ni lah kalau menyususkan anak memang cepat lapar. Perut tidak boleh lambat di isi hehe..

makan mee goreng, sarapan tepi sungai
Bersarapan Tepi Sungai

Restoran ini terletak di tepi Sungai Tuaran. Restoran Selaud River View namanya. Oder mee goreng untuk tiga orang makan. Suami memilih meja di bawah pokok masa itu. Jadi sambil makan di bawah pokok sambil juga tengok sungai besar tu. Suasana agak sejuk masa itu. Belum sempat menghirup horlicks panas tu..sudah pun sejuk huhu..

sungai bersih, bersarapan tepi sungai
bersih..luas dah..

Pertama kali datang di sini sebenarnya. Pertama kali juga bersarapan di tepi sungai. Menurut suami, sebelum ini tepi sungai ni tidak luas macam yang sekarang ini. Disebabkan banjir, habis bersih dan luas tepi sungai ini.

Monday, April 29, 2013

Kuih Kelupis

Ini salah satu lagi kuih tradisional di sabah, Kuih Kelupis...M3H pernah dengar Kuih ini?..

Kuih ini kira adik beradik dengan Lamban. Nama saja berlainan. Mula-mula dulu saya pun tidak tahu Kuih Kelupis ini sama dengan Lamban. Member yang bagi tahu. Bahan-bahan dan cara mahu membuatnya pun sama..serupa..Yang membezakannya cuma daun pembungkusnya sahaja.

Beras pulut dan santan adalah bahan utamanya. Beras pulut perlu ditanak separuh masak dahulu. Kemudian dibungkus dengan menggunakan daun (kurang pasti nama daunnya..). Lepas itu dikukus selama 2 jam. 

Kuih Kelupis dengan kuah kacang..

Ini member yang buat. Dia buat untuk dijual. Tapi saya, dia bagi free. Kuih Kelupis berserta dengan kuah kacangnya..Dan dengan suka hatinya saya menerimanya hehe..

Nyam..Menggoda selera..

Rupa bentuk Kuih Kelupis selepas dibuka dari daunnya. Memang terer member saya buat Kuih Kelupis ini..Rasa lemak-lemak..Tidak keras, tidak lembik. Memang sedap..Makan satu tidak puas..Tambah lagi..Makan sampai 3..4 bungkus baru hati rasa puas..Uii tamaknya bah...

Cecah dengan Kuah Kacang..Seedaaap..

Selain sedap dimakan dengan kuah kacang, kuih ini juga sedap kalau dimakan bersama kari ayam atau kari daging. Sama..serupa..seperti makan Lamban. Kalau korang mahu tengok rupa bentuk Lamban, boleh tengok sini..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...