Berlaku minggu lalu dan merupakan pengalaman kali pertama bagi saya dan suami anak diserang sawan. Oleh kerana kali pertama mengalami serangan sawan, Hero bongsu saya berumur 3 tahun 8 bulan, Yusuf ditahan di wad Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas selama 4 hari. Demam panas yang dialami oleh Hero kecil saya adalah di sebabkan oleh jangkitan virus denggi. Selepas kejadian ini barulah tahu bila diserang sawan, anak dibaringkan secara mengiring ke kiri. Tujuannya bagi mengelakkan muntah atau bendalir masuk keparu-paru. Kalau boleh tengok jam dan catatkan masanya. Dan yang paling PENTING, jangan panik.
Banyak lagi info yang saya dapat melalui penerangan doktor dan juga pamplet yang diberikan semasa di hospital. Saya kongsikan di sini sebagai panduan kita bersama dan moga info ini berguna untuk ibu-ibu diluar sana yang belum pernah mengalami situasi ini.
|
Bawa balik rumah |
Apa Itu Sawan:
Sawan adalah akibat dari gangguan isyarat elektrik di otak di luat kawalan yang menyebabkan:
- Kekejangan
- Mata Terbeliak
- Mulut Berbuih
- Kancing Gigi
- Mengigil
- Tidak sedarkan Diri
Sawan Demam Panas boleh berlaku:
Sekiranya suhu badan melebihi 38.5°C pada hari pertama atau hari kedua demam di lingkungan usia antara 6 bulan hingga 6 tahun.
Demam terlalu tinggi melebihi 38.5°C berpunca dari jangkitan virus, jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan jangkitan telinga. Sebilangannya mungkin berpunca daripada jangkitan otak.
Bolehkah Sawan Demam Panas Berulang:
Ya. 30% kejadian sawan boleh berulang.
Adakah Sawan demam panas mengakibatkan kecacatan otak:
TIDAK. Kecuali apabila sawan berlaku berpanjangan dan menyebabkan kekurangan oksigen ke sel otak.
Adakah ia keturunan:
YA. Sekiranyan terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam panas semasa kecil, risikonya adalah tinggi.
Adakah ia boleh mengakibatkan Epilepsy (sawan Teruk):
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam panas yang berulang ulang dan berpanjangan berkemungkinan mengakibatkan epilepsy.(sawan teruk)
Bagaimana Mengenali Sawan Demam Panas:
- Badan Terasa panas
- Badan kaki kejang
- Kaki tangan menggeletar tanpa ransangan
- jatuh secara mengejut
- mulut berbuih
- air kencing keluar tanpa disedari
- tertidur dan tidak sedar diri seketika. Bila terjaga terasa bingung seketika kemudian aktif semula
Apa Harus Dilakukan Ketika Demam:
- Lakukan mandi berjelum
- pakaikan baju nipis
- Berikan ubat Paracetamol seperti yang diarahkan
- Beri minum banyak cecair
- Letakkan anak dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik(buka tingkap, buka pintu, pasang kipas)
Ketika Sawan:
ANDA HARUS BERTENANG
- Baringkan anak anda ke sisi kiri dan dongakkan kepalanya ke atas supaya salur pernafasan tidak tersumbat dengan air liur dan muntahan agar dapat bernafas dengan baik.
- Jauhkan barang-barang merbahaya di sekitarnya
- Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut
- Jangan tinggalkan anak bersendirian
Sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih daripada 5 minit, sila bawa anak ke klinik/hospital berdekatan.
|
Paling tidak tahan tengok darahnya diambil..
Tips: Suhu demam cepat turun dengan memberi anak banyak cecair. (pengalaman sendiri) |
p/s: Pray for MH370. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat.