"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"
Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam |
Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.
Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..
"kenapa nda di gam awal-awal"
"ingatkan durang mau chek lagi bah"
Kaunter Bas Tung Ma |
Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.
Nama, alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^
ehhh ada penghantaran barang guna bas? wow, ni 1st time sy dengar Mama...
ReplyDeletekalau disemenanjung belum dengar lagi, ke sy yg tak tahu itu tak pasti, hehee
kat Sabah ada CKK..lg murah dan cepat..cuma itulah kena ke terminal bas kalau nak ambil kiriman tu..
DeleteYelah bunda pun baru tahu ada penghantaran barang guna bas...kat semenanjung memang tak pernah dengar lagi...
ReplyDeleteElok benarlah tu sebab kakak rasa guna bas mesti kotak pun tak rosak sebab terus duduk dlm bas tak gerak. Bagus kan.. murah pun ye juga.
ReplyDeleteyup Kak Zakie.. member yg terima tu ada hantar pic..brg dia dah sampai..happy tengok sbb sampai dlm keadaan yg baiki..^^
DeleteDi sabah mmg byk yg hantar brg guna bas ... :)
ReplyDeletekan Mia..sy baru first time mnghantar barang guna bas..ok lah jg..urus pn skjp sj..nda byk org n kos pn murah jak
Deletekita selalu jugak guna bas hantar barang..lebih cepat rasnya mama...
ReplyDeletekan Raudzh..pagi kirim petangnya sampai..kalau penerima tak dpt ambli pada hari yg sama boleh ambil hari kesokkannya..
Deletewah..bagusnya akak tak pernah tahu pun ada kiriman boleh menggunakan bas
ReplyDeleteyup AA.. member2 sy pn lebih suka kirim barang menggunakan bas..lagi cepat samapi dan kos nya pn murah..pengiram boleh bayar sedia kosnya ataupun penerimanya yg akan bayar kemudian pn boleh juga
DeleteXada pengalaman hantar brg lg mama.. selalu hantar pakai pos laju. Murah juga ya yg penting slmat smpai
ReplyDeletebetul tu Nina..yg penting samapi..risau kalau tak samapi..tp alhamdulilah hari tu brg kiriman samapi pada hari yg sama cuma member yg menerima tu ambil keesokkan harinya
DeleteSalam. Hee mudah hantar barang guna bas boleh dapat hari yang sama. Tapi penerima kena ambil sendiri di terminal bas pula.
ReplyDeleteasalamualaikum selamat pagi mamarey, gimana kabar disana?
ReplyDeletesemekom.. mo tanya.. kalau hantar barang besar beratnya 10 kg++, kos pghantaran brapa? rm10?
ReplyDeleteDP baru-baru ni ada kirim barang ke sandakan..untuk brg yg kecil RM% untuk yng besar RM10
Deletewasalam..skrg kalau x silap dorg timbang dulu sblm tetapkn harga..yg bgsnya guna khidmat bas cepat sampi..brg sampai pada .hari yg sama..tapi tulah kena tgg di terminal bas utk ambil brg
ReplyDeleteKalau mahu hantar barang yg perlu dalam keadaan sejuk selalu seperti jus herba ubatan. Boleh juga kah?
ReplyDeleteRasanya boleh jg..tp lebih baik dtg ke sn utk tny mcmna sbb barang yg dkirim perlu dlm keadaan sejuk
DeleteRasanya boleh jg..tp lebih baik dtg ke sn utk tny mcmna sbb barang yg dkirim perlu dlm keadaan sejuk
Delete