YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, August 29, 2013

Petua Cili Segar Lama


"Kalau mau lada (cili) segar lama..kasi taruh dalam peti sujuk (sejuk)...dalam freezer sana..tahan lama punya..macam baru putik(petik)"

Petua cili segar lama yang diberi oleh seorang akak cina. Tinggal berjiran dengan saya. Akak ni selalu beri saya cili yang ditanam di belakang rumahnya. Kalau di Sabah panggil cili ini lada. 

cili
Lada @ Cili Merah
Cili ini petang tadi akak tu beri. Cili hari tu yang dia beri masih belum habis lagi. Masih tersimpan dalam frezzer. Memang betul lah kata akak tu. Cili hari tu masih nampak segar walaupun tersimpan lama. Macam baru putik..:)

Wednesday, August 28, 2013

Sup Ayam Untuk Orang Sakit


Untuk kali kedua masak sup ayam untuk Big Boss saya yang sedang sakit. Demam dari kelmarin. Kesian tengok dia. Walaupun demam tapi masih menggagahkan diri drive kereta menghantar anak-anak ke sekolah. 

sup ayam
Sup Ayam
Bahan-bahannya ayam, halia, bawang putih, kurma cina, buah goji, cendawan dan lobak merah. Cara masak serupa seperti sup ini. Ringkas saja..Sup ayam yang sesuai untuk orang sakit..

Masih berbaki sup ayam yang saya masak tadi. Kurang selera agaknya. Yang habis dimakan ialah kegemarannya. Cendawan dan kaki ayam. Bakinya, saya yang habiskan hehe... Rasa manis-manis kurma cina..

Wordless Wednesday : Ada Apa Di Dalam..????


Cuba teka ????


Tuesday, August 27, 2013

Puding Kastard Jagung


Entry beberapa bulan yang lepas tersimpan dalam draf. Baru hari ini dapat publish. Resepi yang dikongsi oleh +husna zahidi dan juga +Eca Dwinky Asha. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini..:)

Untuk kali kedua membuatnya. Kali pertama hasilnya agak lembik sikit. Tepung Jagung hari itu masih berbaki. Jadi saya telah merajinkan diri sekali lagi membuat Puding Kastard Jagung ini. 

Bahan-bahannya macam di bawah ni..
  1. Secawan tepung kastard
  2. Setin krim jagung
  3. 1/2 pek santan
  4. 1/2 cawan gula (saya guna 1 cawan)
  5. 2 cawan air
  6. garam
Cara mahu membuatnya sangatlah mudah dan ringkas..
  1. Gaul semua bahan-bahan di atas hingga sebati dalam satu bekas..
  2. Bila sudah sebati danmesra, barulah masukkan krim jagung.
  3. Adunan tadi dimasak dalam kuali dan apinya haruslah sederhana. 
  4. Masak dan sentiasa digaul hingga nampak berkilat. Bahagian ini korang kena sabar cikit lah ya..
  5. Bila kelihatan berkilat, bolehlah diangkat dan bagi masuk dalam bekas.
  6. Masukkan dalam peti sejuk. Bagi dia sejuk barulah sedap dimakan..:)

resepi puding
Gaul-menggaul

Dengan bantuan Hero sulung bahan-bahan dicampurkan dan digaul sampai sebati. Si hero bila tengok saya di dapur sedang siapkan bahan-bahan Puding Kastard Jagung ini, cepat-cepat dia menghulurkan bantuan..Baguslah, mudah kerja saya hehe...

resepi puding
Puding Kastard Jagung selepas 35 minit

Selepas 35 minit menggaul tanpa henti, jadilah bentuk seperti di atas. Mula-mula menggaul relax je.. Gaul guna tangan kanan sambil tangan kiri cekak pinggang..Bila adunan mula memekat, tiada lagi main cekak pinggang. Dua-dua tangan pegang senduk. Gaul tanpa henti. Takut pula nanti terbakar. Nasib baik si Hero sulung tadi meringankan tulang membantu. 

resepi puding
Puding Kastard Jagung baru potong..
Siap untuk dimakan..

Yeahh..Akhirnya..ini dia hasilnya Puding Kastard Jagung selepas dimasukkan dalam bekas dan selepas keluar dari peti sejuk dan selepas dipotong dua..Dan kali ini Puding Kastard Jagung tidak lembik seperti yang sebelumnya.. Dan juga habis licin dimakan...:)

Monday, August 26, 2013

Gambar Kenangan


Gambar kenangan anak-anak saya Raya 2013..Macam-macam gelagat dorang masa Raya...Saya paling suka ambil gambar dorang tanpa sedar mereka..Bila ditengok balik, ada gambar-gambar yang membuatkan diri tersenyum-senyum seorang-seorang hehe..

Abang-abang ensem..:)
Wajah Hero-Hero kesayangan saya..

Meeting di rumah aunty...
Hero bongsu dengan adik sepupunya. Lahir sama tarikh dan sama tahun. Bulan saja yang tidak sama..Dorang berdua ni paling aktif..Lari sana..Lari sini..Sampai berpeluh-peluh mengejar budak berdua ni. Masa ambil gambar ni dorang tengah duduk selepas penat berkejar-kejaran. Entah apa lah yang dibualkan oleh budak kecil dua orang ni. Dua, tiga kali dipanggil baru tengok kamera..

Mamam Kuih Raya..
Si Puteri bongsu yang suka ambik kuih raya. Tapi lebih banyak yang dihancurkannya berbanding yang dimakannya. Gigit sikit..lepas tu diramas-ramas sampai hancur. Bersepah kuih raya di lantai kerjanya. 

Makan Kuih Raya sampai rasa haus..
Layan diri sendiri. Banyak membedal makanan dan minuman manis masa Raya. Lepas ni manis-manis tu kena kurangkan ya nak..



Bila penat...
Macam ni lah dua budak kecik ni bila penat. Meragam..menangis dan tidur..Ada banyak lagi tapi ni saja yang dapat diupload....Penat pula mengupload..hehe..

Saturday, August 24, 2013

Yang Menjadi Pilihan

Kuih/biskut yang dihidang untuk sahabat handai yang datang berkunjung di rumah..Kuih Lidah, Biskut Ulat Bulu, Kuih Makmur, Tart Nanas, Almond London..err lupa pula nama kuih kaler cekelat sebelah Tart Nanas tu..

Dan yang menjadi pilihan mereka ialah Kerepek Popia..

 Hari Raya 2013..
Kerepek Popia tu laju je habis. Laku berbanding kuih-kuih yang lain. Budak-budak yang datang berkunjung, paling suka makan kerepek ni. Nanti saya kongsikan macam mana cara buat Kerepek ini ya. Saya belajar buat kerepek ini dari seorang akak..Akak yang selalu tolong oderkan Kuih Lidah dari Papar untuk saya..


p/s: Maaf, belum terbalas jejak korang semua..Nanti saya palan-palan pi rumah kamurang ya..:).Siaurang masih dalam Mood Raya..hehe...

Sunday, August 18, 2013

Dalam Perjalanan

Memulakan perjalanan dari Sandakan jam 12:30 tengahari dan sampai di rumah sekitar jam 6 lebih petang...

Dalam perjalanan kembali ke Kota Kinabalu, ada kereta yang memotong jalan dengan cara yang kurang menyenangkan hati. Ada juga yang baik hati bagi signal bagitau depan tiada kereta dan bagi can memotong..

Makan bekal
Dalam perjalananan..Hero bongsu..Yusuf, kali ini dia tidak muntah. Waktu dia tidak tidur, asyik bermain dengan kereta kecilnya itu. Kereta kecil kepunyaan abang sepupunya yang ditapau sebelum memulakan perjalanan..:)..Bosan main, makan pula kuih yang dibekalkan oleh ibu mertua sambil menyanyi ikut lagu yang dipasang.

Kabus di Pekan Nabalu dan
Hujan di Kundasang
Dalam perjalanan..Hujan turun menyebabkan jalan licin dan kabus menghalang penglihatan. Risau juga kalau-kalau ada tanah runtuh atau pokok tumbang. Tapi Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga semuanya selamat sampai..:)

Monday, August 5, 2013

Kemas-Mengemas

Sedang kemas-mengemas pakaian untuk seminggu di kampung Mr.Sawo. Bertolak 8hb ini nanti. Masukkan apa yang perlu ke dalam beg besar. Kalau orang tengok beg yang saya gunakan ini, macam pindah rumah pula. 

Sambil kemas-mengemas sambil juga fikirkan kuih yang belum siap dibuat. Masih sempat lagi buat satu jenis kuih malam ini. Lama juga kerja kemas-mengemas tadi, sebab ada gangguan tangan comel si kecil yang semakin bijak sekarang. Sudah dilipat kemas-kemas dan masukkan dalam beg, dikeluarkan pula satu persatu semula oleh si kecil Nur Maryam..adeh..terpaksa lipat semula..

Sedang kemas-mengemas juga, terbayang-bayang kuih makmur dan Lamban buatan ibu mertua. Dua benda ni memang tidak pernah tidak ada setiap Hari Raya. Berhenti membayang dan cepat-cepat tarik zip beg sebelum si kecil bertindak mengeluarkannya semula. Sambung balik kerja kemas-mengemas ni esok hari. Masih banyak yang belum terkemas lagi.


Kepada sahabat-sahabat semua, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..:)..Maaf dipohon kalau ada tersalah silap dalam entry ataupun terkasar bahasa dalam komen di entry korang semua..Terima kasih banyak-banyak kepada korang semua sebab selalu datang berkunjung di sini..

Sunday, August 4, 2013

Biskut Ulat Bulu

Biskut Ulat Bulu ini antara kuih kegemaran saya dan juga anak-anak..Dan menjadi salah satu biskut yang mesti ada di Hari Raya. Saya mula belajar buat biskut ini dari sepupu saya. Nama agak pelik tapi rasanya sangat sedap dan tiada rasa gatal hehe..

Ini bahan-bahannya:
  1. 1 cawan tepung jagung (ayak)
  2. 2 cawan tepung gandum (ayak)
  3. 1 buku mentega
  4. 3 biji kuning telur
  5. 1 sudu esen vanila
  6. 1 sudu perisa pandan
  7. Pewarna hijau
  8. Gula halus untuk ditabur
  9. Kurma untuk inti

Cara buat mudah sahaja:
  • Pukul mentega bersama-sama telur kuning sampai kembang.
  • Masukkan perisa pandan, esen vanilla dan sedikit pewarna hijau. Kemudian pukul. Pewarna tu jangan banyak sangat nanti terlebih hijau pula nanti.
  • Masukkan tepung Jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Agak-agaklah adunan boleh dibentuk. Tepung gandum tu tidak perlu dihabiskan.
  • Ambil doh sebesar duit 50 sen. Kasi leper dan masukkan inti kurma.
  • Gulung dan bentukkan memanjang dan tekan gunakan garfu. Kalau mahu cantik bentuknya, letak atas(tengah)tapak tangan dan genggam tangan. Jangan kuat-kuat terkeluar pula nanti intinya..
  • Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 170 selama 15-20 minit. 
  • Taburkan gula halus pada biskut sebagai bulunya..:)

Akak jiran depan rumah kata tabur ketika biskut tu suam-suam supaya gula halus tu melekat dengan cantik. Tapi saya tabur masa biskut ni sudah sejuk. Sudah masuk bekas baru tahu petua ni huhu..

resepi biskut ulat bulu
Dua Puteri yang rajin sedang membentuk jem nanas..

Boleh juga guna inti jem nanas. Akak tadi tu yang tunjukkan. Saya cuba dan sedap juga rasanya. Inti kurma atau inti jem nanas bagi saya kedua-duanya pun sedap di makan.. 

biskut ulat bulu
Biskut Ulat Bulu

Dengan bantuan dua orang puteri di atas tu, maka terhasillah Biskut Ulat Bulu untuk Hari Raya tahun ini. Terima kasih puteri-puteri yang ringan tulang kerana telah membantu menghasilkan Biskut kaler ijau ni..:)

p/s: Lagi sedap jika ditambah minyak sapi..Kira-kira 4 sudu macam tulah

Saturday, August 3, 2013

Gunting Rambut

Layan jer lah Hero-Hero ni sedang bergunting rambut. Rambut Raya kunun ..:)

 Hero: Gunting rambut kasi nipis tepi jak ya Mummy..
MaMaRey: wokey nak..

 Hero: hehe..encem suda saya..nda sabar mau Raya..:)
MaMaRey: yalah tu..encem lah tu..

Hero: Mummy..potong rambut jan kasi kena mata..
nanti saya nangis..
MaMaRey: wokey..tutp mata lah ya..

Baru separuh gunting, air mata mula mengalir sebab tidak tahan dengan gatal kena rambut di badan..
Sorry nak..Bergunting dekat rumah tiada penutup macam dekat kedai gunting tu..

Hero: encem kan saya hehe..
makaci Mummy tolong gunting rambut saya..
Lepas ni gunting di kedai jak lah ya Mummy..
MaMaRey:..:(


p/s:Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anak saya dan juga yang sudi memberi tips/petua kepada saya. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan korang. Terima kasih sahabat..Pounsikou Tambalut..:)

Friday, August 2, 2013

Diserang Asthma Lagi

Hero ke-4 saya diserang asthma lagi. Capai beg..capai jaket..Tinggalkan bahan-bahan yang sedang saya sediakan untuk dimasak sahur nanti. . 12:55 am...Saya ditemankan Mr.Sawo, segera bergegas ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan lanjut. Kesian tengok dia...sesak nafas dengan tiba-tiba time tengah-tengah malam. 

Di hospital..

Kurang 10 minit sampai di hospital. Nasib baik lah juga keaadaan jalan masa itu kurang sibuk. Sampai saja terus masuk wad kecemasan dan Hero saya diberi rawatan segera. Saya duduk disebelahnya. Temankannya sambil tongkat dagu. Terhidu pula bau bawang..Bau bawang datang dari tangan sendiri hehe..Baru tersedar,tangan tiada basuh lepas potong bawang di rumah tadi. 

Lepas habis sedut ubat nurse suruh tunggu 20 minit, kemudian chek paru-paru. Alhamdulillah tiada bunyi lagi dan dibenarkan pulang rumah..Ubat yang diberi dalam bentuk biji. Nasib baik ubat yang diberi kecil comel-comel. Hero saya ni jenis yang mudah termuntah bila makan ubat..

Kira mencabar juga bila anak ada asthma. Dua anak saya punya masalah yang sama. Tapi yang seorang (abang) tu jarang-jarang kena. Si adik ni yang kerap diserang asthma. Inhaler sentiasa standby di rumah. Paling teruk serangan asthmanya waktu usianya setahun lebih. Jadi panik juga tengok dia tercungap-cungap sesak nafas macam lemas dalam air dengan tiba-tiba. 

Banyak sebenarnya situasi-situasi mencemaskan yang tidak dijangka melibatkan anak-anak ni. Salah satunya situasi ini...Dan situasi-situasi yang mencemaskan itulah telah menyebabkan saya mula belajar dan terus belajar sampai sekarang, supaya tidak merasa panik masa menghadapinya..Seboleh-bolehnya..HARUS BERTENANG..:)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...