Thursday, June 27, 2013

Serunding Tuhau

Lagi satu makanan tradisional berasakan Tuhau. Tuhau lagi entry MaMaRey ni hihi..

Di sebabkan oleh permintaan oleh mama ini..(sorry Nas..lambat reply dan pic tiada) maka saya pun minta lah resepi berasaskan Tuhau ini dari ibu saya. Bahan-bahan dan cara memasaknya mudah sahaja. Semuanya digoreng kemudian di satukan bersama selepas menggorengnya...

Bahan-bahan:
  1. Batang Tuhau
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. halia
  5. cili putih segar
  6. kacang tanah
  7. bilis
  8. limau
Cara-cara Memasak:(Goreng asing-asing)
  • Batang Tuhau dihiris halus kemudian di jemur hingga kelihatan kering.
  • Panaskan minyak kemudian goreng Tuhau tadi hingga kering. Ketepikan.
  • Goreng kacang tanah. Ketepikan
  • Goreng bilis. Ketepikan
  • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis bersama cili putih segar..
  • Selepas itu satukan semua bahan-bahan yang digoreng tadi.Bubuh lah garam dan gula ikut rasa suka hati. Kacau-kacau..siap..
  • Perahkan limau diatas dan boleh makan... 

*Jumpa resepi Ini di laman web MasterChef Malaysia. Salah satu bahan sosnya ialah Tuhau. Nas bolehlah cuba..:)

p/s: Terima kasih kawan-kawan semua yang bertanyakan khabar saya dan doakan kesihatan saya juga bagi saya tips untuk sembuh cepat..Terima kasih banyak-banyak ya.:)

29 comments :

  1. 1st time dgr nama serunding ni ;)

    ReplyDelete
  2. Salam mamarey...
    Semoga sihat dan ceria hendaknya :)

    ReplyDelete
  3. Wow thanks so much Mama Rey, boleh cuba bahan pun yang boleh saya dapatkan di sini. Really really appreciate it :D:D

    Mama rey dah feel better now? Alhamdulillah, and sorry kalau permintaan saya menyusahkan mama Rey pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la Nas..nanti kongsi dgn kitaorng..

      nda lah bah Nas..nda susah pun..bole saja kalo ko hehehe

      Delete
  4. Masalahnya tu kakak macam tak pernah jumpa tuhau yg pernah mamarey tunjuk dulu. Teringin juga nak merasa.

    ReplyDelete
  5. alaaa kak, xde gambar ke???? Serunding tuhau ni sy tak pernah tengok... huuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak terbang ke sabah je, mama rey...heee

    ReplyDelete
  7. gambar please mama..and get well soon ya...

    ReplyDelete
  8. Mamarey, nanti saya ke Sabah, kita jumpa tau? tunjukkan saya tempat tempat yg boleh jumpa makanan yg mamarey sebut-sebut ni...tergoda i

    ReplyDelete
  9. ala..nak tengok gambar serundingnnya..hehe..mesti panas2 pedas kan..huhu

    ReplyDelete
  10. wah pasti sangat sedap masakan ini...terima kasih mama rey resep masakannya.
    Mama rey, WS follow blog mama rey ya, #follower373...mohon difollow balik jika berkenan, terima kasih

    ReplyDelete
  11. seuka juga serunding ni, tapi yg tauhu belum pernah cuba,

    ReplyDelete
  12. serunding.. wah. tiba2 terasa raya dah dekat ni.hehehe

    ReplyDelete
  13. enaknya masakan ini, tapi mana photonya?

    ReplyDelete
  14. mama...hemm...sy tak pernah dnegar perkataan tuhau ni...ni kali pertama...rasanya kalau sy kena campak kat Sabah...memang kena tuntut ilmu bahasa sabah dengan Mama

    ReplyDelete
  15. Tak pernah tengok pun tuhau tu macamana MR

    ReplyDelete
  16. tak pernah makan.. alalaaa. mesti sedap kalau cuba

    ReplyDelete
  17. taip ja kat google serunding tuhau tu...maka nampak lah gambarnya.

    ReplyDelete
  18. Sedap tu mmg pah sedap..tp bau tu yg mencabar..those who cant stand the smell of tuhau cant eat tuhau..haha

    ReplyDelete
  19. mane nak dapatkan tuhau ni lau kt k??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole mssg no ni 0128019875..
      Jeruk tuhau ada..jeruk tuhau asamboy ada..serunding tuhau pun ada..:)
      atau pun boleh cari di Kelapa Bakar Salut Tuaran.. Restoran Arifah Tuaran.. kat sana ada..

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...