YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, March 12, 2013

Tersalah Gunting Rambut

Semalam Hero sulung saya meminta guntingkan rambut dia.  Katanya esok selasa ada perhimpunan, rambut kena chek.  Sekolah dia tegas pasal rambut.  Dengan bakat yang tidak bertauliah saya pun mengguntinglah rambutnya yang memang kelihatan tidak panjang  pun. Sudah separuh rambut anak saya digunting..Mr.Sawo yang nun di sana duduk bersantai-santai tengok tv lepas balik kerja menegur..

Mr.Sawo : Aikk Adi.. (nama panggilan )  Adi pun mau gunting kasi botak ka macam abah..

Hero sulung saya terus pegang kepala..

Adi : Stop..stop..bukan macam ni lah. Mummy tersalah gunting sudah..nda mau pendek sangat bah..
MaMaRey :  (terus berhenti..)  alamak tersalah gunting ka..aiyaa sudah pendek ni.. macam mana mau kasi lekat balik..
Adi : Ala..kan sudah cakap tadi kasi pendak jak..bukan botak..
MaMaRey : Mummy sudah potong hampir separuh ni..
Adi : (Diam sambil pegang kepala..muka pun monyok)
MaMaRey: Nda apa lah..tiga, empat hari nanti panjang lah tu okey..lagi pun bukannya botak licin..nampak okey juga tu..(memujuk)

Hero sulung saya cuma diam.  Tengok pada wajahnya memang rasa tidak puasa hati dengan pesen rambut barunya.  Kesian pula dia..Tulah main ikut suka hati gunting jak..Tidak tanya betul-betul.  Kan sudah tersalah gunting.  Terlajak potong pendek mana boleh bagi panjang balik.  

Pagi tadi pun nampak dia diam saja.  Sebelum pergi sekolah dia tanya lagi..

Adi : Mummy tunggu tiga..empat hari ka baru rambut ni mau tumbuh panjang?..
MaMaRey : Sekarang pun dia sedang tumbuh memanjang lah tu..Nanti esok lusa panjang lah tu ya..

Hero saya diam saja.  Pergi sekolah..cium tangan dan jalan dengan wajah yang tidak berseri-seri.  Rasa bersalah pula..:(  Sorry nak ya.

sumber:google
Macam inilah rupa bentuk gunting rambut yang telah saya guna untuk menggunting rambut Hero saya semalam.  

Monday, March 11, 2013

Kisah Life Of Pi

Ada beberapa kali tengok cerita Life Of Pi ini selepas Mr.Sawo download beberapa hari sebelum Yusuf kena tonsil lagi.  Pada mulanya saya tidak berapa berminat mahu menontonnya, tapi  setelah melepak tengok bersama anak-anak  terus pula melekat depan tv. Sebenarnya saya tidak tahu pun Movie ini sehinggalah Mr.Sawo download untuk bagi anak tengok.  Orang lain sudah tengok lama dari tahun lalu lagi.  Saya pula baru tengok.  Ketinggalan zaman betul..

Filem ini diadaptasi dari sebuah novel dan diarahkan oleh pengarah yang pernah mengarahkan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon iaitu Ang Lee.  Kisah cerita Life Of Pi ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Piscine Molitor Patel.  Dia menukar namanya menjadi 'Pi' sebab tidak tahan ejekan rakan-rakannya yang memanggilnya  "Pissing".

Saya paling suka cerita bahagian Pi dan seekor harimau bernama Richard Parker si Harimau Bengal berada di tengah lautan yang luas.  Harimau !!!  Arrgghh!!!

Pada awalnya 4 ekor binatang termasuk Richard Parker bersama Pi dalam seboah bot penyelamat.  Kuda belang, Dubuk, Orang Utan dan Richard Parker.  Tapi kuda belang dan orang utan telah mati diterkam oleh si dubuk.  Geram dengan si Dubuk tu.  Dubuk itu pula dibaham oleh Richard Parker.  Kesian la pula..Pi yang duduk di hujung bot hanya mampu menjerit "no..no..no.."
   
Life of Pi deepsea
Pi di atas rakit buatannya sendiri

Pelbagai ujian yang diharungi.  Pic atas Pi buat untuk dirinya sebab kalau duduk dalam bot kompem kena baham oleh Richard Parker.  Bayangkan hidup di lautan luas bersama seekor hariamu yang bila-bila masa saja akan membaham kerana lapar.  Di tambah lagi dengan panas terik..hujan..sejuk..ombak besar dan haiwan besar yang berada di dalam lautan.  Di tempat ini juga Pi bertungkus lumus menyuling air untuk diminum dan menangkap ikan untuk dimakan mentah-mentah.  Pi akan kongsi hasil makanan dan minuman bersama dengan Richard Parker.

Pi dan Richard Parker

Rasa sedih tengok Richard Parker yang lemah kerana lapar dan penat..Pada masa ini Pi dan Richard Parker telah pun menjadi kawan baik.  Bagaimana ia  dijinakkan, kena tengok sendiri cerita ni.  Ketika ini Pi datang kepadanya dan memangku kepala Richard Parker. Sebaknya huk..huk..

Mendarat setelah 227 hari berada di lautan

Lagi sedih bahagian ini.  Pi memandang Richard Parker yang masuk menuju ke dalam hutan. Mengalir air mata bila melihat babak ini... Setelah begitu lama di lautan bertarung bersama-sama untuk teruskan hidup, akhirnya mereka berpisah apabila mendarat di Pantai Mexico. 

Korang tengok lah Trailer ni bagi yang belum menontonnya.

Bagi saya filem ini memang bagus ditonton oleh seisi keluarga kerana ceritanya memberi pengajaran yang baik.  Ditambah lagi dengan pemandangan lautan dan langit yang luarbiasa cantiknya memukau penonton.  Sehinggakan saya terpaku dan melekat depan tv sampai habis..:) Pengajaran filem Life Of Pi ini bagi saya ialah jangan mudah putus asa dan percaya kepadaNYA yang sentiasa melindungi kita di kala kita kesusahan yang teramat sangat. 

sumber foto:Google

Sunday, March 10, 2013

Video Goyang Kaki

Layan Nur Maryam Buat Video hehehe...
"mau..mau.."


Nur Maryam Goyang Kaki

"mmm..nda best lah"
"sebab muka tiada..kaki jak ada goyang-goyang"
"okey..okye..nanti tunjuk muka ya..:)"

P/s: Ambil video ni waktu petang duduk-duduk dengan Nur Maryam

Saturday, March 9, 2013

5th Anniversary Mini GA Pink Ummi

Ini  kali pertama saya join GA Mimi.  Cara-caranya sangat mudah sahaja..Tidak perlu banyak yang dilakukan.



cara-cara  seperti dibawah:

1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA 
2. Tempek header Pink Ummi kat entry korang
3. Tinggalkan link url entry dalam kotak komen 
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam)

Ini hadiah menarik yang Mimi akan beri:
  1. Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
  2. Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
  3. Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang
  4. 3 pemenang saguhati
  5. Kerongsang x 3 orang pemenang
Link peserta akan keluarkan 01/04/2013 dan pemenang  diumumkan pada 03/04/2

Jom kita meriahkan GA ini beramai-ramai. Untuk menyertainya klik di sini.Good luck untuk diri sendiri..hehe..  Good Luck juga yang menyertainya..

Friday, March 8, 2013

Terima Kasih Wahai Pewira

Gambar: ♥ Terima kasih pewira - pewira negara..

Bangga dengan Pewira-Pewira kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahan Negara tercinta kita, Malaysia..Kagum dengan mereka, walaupun ada anggota terkorban..tercedera..namun semangat juang mereka tetap berkorbar..Berjaga 24 jam tanpa henti demi kembalikan keamanan..Betapa besar pengorbanan mereka.  Semoga pewira-pewira kita akan kembali dengan selamat. 


Gambar: MALAYSIA WUJUD BENTENG PERTAHANAN DI SEPANJANG PERAIRAN PANTAI TIMUR SABAH

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Malaysia mewujudkan benteng pertahanan di sepanjang perairan pantai timur Sabah bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan
terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.

Perisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Feb lepas dan sehingga kini insiden itu masih berlanjutan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah...soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa," kata Najib selepas melawat kawasan ''ground zero'' di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.
Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Pada Selasa pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.

Selepas tiga hari gerakan ofensif dilancar, pasukan keselamatan negara masih mendapat tentangan daripada kumpulan pengganas militan itu dan hari ini berlaku dua kejadian berbalas tembak iaitu di Kampung Tanduo yang merupakan kawasan kumpulan itu bertapak dan di Tanjung Batu.

Seramai 32 musuh terbunuh dalam pertempuran hari ini iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.

Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban manakala 52 pengganas militan terbunuh.

Menegaskan pendirian Malaysia, perdana menteri berkata operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan dan Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.

"Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita," kata Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama pasukan polis dan tentera itu.

Laporan media dari Filipina hari ini memetik Jamalul Kiram III meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pula menyeru agar ''keganasan'' di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku. - BERNAMA

Terima Kasih wahai Pewira semua, kerana berjuang demi mempertahankan keamanan negara.  

sumber pic dari sini

Thursday, March 7, 2013

Tarian Harlem Shake

Mula-mula dengar nama Harlem Shakeingatkan nama orang. Rupa-rupanya Harlem Shake ialah sejenis tarian.  Tarian Harlem Shake ini adalah langkah tarian yang popular tahun 80-an. Bermula di kawasan Harlem New York, dan popular dalam video muzik.  Telah dimuat naik di You Tube pada 30 Januari 2013.  Dalam video ini, korang boleh lihat beberapa orang lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake ini.  Info lanjut boleh baca sini

 Power Ranger tengah berHarlem Shake..
sumber:google

Sebelum ini tarian kuda Gangnam Style oleh Psy digilai ramai, sekarang pula demam tarian Harlem Shake melanda.  Hinggakan banyak Parody yang di upload di youtube.  Kalau korang mahu tengok boleh cari di You Tube.  Diingatkan tarian ini tidak berapa sesuai ditonton oleh kanak-kanak.  Sebabnya terdapat unsur-unsur yang kurang menyenangkan mata (lucah) untuk ditonton oleh golongan kecil.  Saya sendiri pun kurang berkenan menontonnya.

Kalau di tengok dalam video, tarian ini dimulakan oleh seorang diri saja.  Tapi selepas itu dilakukan beramai-ramai dengan gaya tarian ikut suka-suka hati.  Gerakan bahu, pinggang, tangan dan semua badan dilakukan secara pantas.  Macam orang kena sawan pula hehe..   
Mungkin korang ada baca berita mengenai 15 orang pelombong emas di Australia dipecat oleh majikan.  Dipecat selepas menari tarian ini di tempat melombong huhu...Kesemuanya punya gaji 6 angka.  Betapa ruginya hilang kerja, hilang gaji, gara-gara menari tarian Harlem Shake ini.  Minat terlebih sangat agaknya dengan Harlem Shake ni.  Baca sini untuk lebih lanjut lagi.

Tuesday, March 5, 2013

Buah Labu

pagi-pagi pergi ke pasar,
pasar besar dekat di bandar,
jumpa labu tangkap gambar
balik rumah dibuat bubur..

Buah Labu Kuning

Ini dia buah labu yang telah disnap di pasar.  Pergi pasar dekat pekan sebenarnya. Pembayang tu saja sebut bandar..hehe..Harganya RM1.50. Murahnya..Saya terus ambil kedua-duanya sekali.  Pantang betul nampak murah terus saja dipajak..huhu.  Paling suka kalau buah labu ni digoreng berkuah dan dicampur dengan udang kering.  Nur Maryam pun suka sangat bila saya campur buah labu kuning ini dalam buburnya. Habis semangkuk dia makan..:) Itulah sebenarnya tujuan utama beli buah labu ni.

Nama resepi : Bubur labu campur-campur

Tujuan kedua..Buat bubur.  Bubur labu kuning campur sagu campur santan dan campur susu cair. Gula jangan lupa bubuh, nanti tawar lah pula.  Tapi benda manis tu jangan kasi kaw-kaw nanti dapat kencing manis pun kaw-kaw..Resepi yang mudah dan ringkas, main campur-campur sahaja. Warna putih macam jely atas labu tu Rumpai Laut.  Orang campur rumpai laut dalam minuman, saya pula campur dalam bubur.  Apa-apa saja lah, janji boleh makan.  Makan semangkuk tidak cukup, tambah lagi semangkuk..."ehh tamaknya, mau kumpul lemak ka..".."sedap bah, nanti sy senaman mcm NinaAz, kompem slim kalo ikut cara dia"..:)
Labu Putih

Labu putih ini pula, saya suka kalau dicampur dalam sup ayam.  Sedap.. Tambah sedap bila ditambah dengan kurma cina.  Ibu saya kata "mesti pandai pilih", sebab ada yang harum dan ada yang tidak.  Saya pernah beli sekali.  Keharumannya langsung tiada..Malangnya..huhu. Bukan rezeki saya agaknya.  Sebenarnya labu putih ini bukan beli di pasar, jiran sebelah yang beri..Bagi tumpang sekaki dengan si labu kuning masuk entry..hehe

Pernah dulu masa lahirkan Nur Maryam, ada orang suruh mandikan dia dengan buah labu untuk hilangkan kuning.  Tapi saya tidak pernah lakukan sebab kurang yakin.  Kalau kurang yakin, baik jangan buat kan..

masak bubur si buah labu,
makan sambil tonton video,
terima kasih layan si labu,
ampun dimaaf tiada berinfo..

Sunday, March 3, 2013

Doakan Negeri Sabah


KEMPEN SELAMATKAN SABAH! @ 1SABAH

Rasa riasu juga bila mendengar berita-berita tentang pencerobohan di Sabah, Negeri tercinta ini.  Namun apa yang mampu dilakukan ialah berdoa dan terus berdoa agar keadaan di Sabah kembali pulih seperti biasa.  Semoga kerisauan ini akan berakhir dan semoga tiada lagi nyawa yang terkorban.  Sedih sangat mendengar ada pewira kita yang terkorban.

Mari kita sama-sama doakan para pejuang kita yang berjuang demi keselamatan negara kita.  Mereka berjuang menggadaikan nyawa semata-mata demi mempertahan tanah air kita yang tercinta, Malaysia dari sebarang kekacauan.


P/s: Boleh dapatkan maklumat yang lebih sahih di  Facebook Rasmi PDRM

Saturday, March 2, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Dua Komando Malaysia Terbunuh

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini. 

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.
“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online. 

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut. 

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera

Lebih lanjut di sini
AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.

 Isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat

 Sumber:https://www.facebook.com/supportpdrm

Takziah kepada kedua-dua ahli keluarga allahyarham. Sedih tengok gambar isteri allahyarham Insp. Zulkifli di atas tu.  Dapat bayangkan perasaanya..Anak-anak pun masih kecil lagi. Semoga ahli kelurga kedua-dua pejuang kita yang terkorban, tabah menghadapi dugaan ini.  Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.  


# Sahabat blogger kita Atie yang berada di Lahad Datu pasti dalam kebimbangan semasa kejadian.  Bagaiman agaknya keadaan sebenarnya di sana sekarang..

Friday, March 1, 2013

Aiskrim Perisa Vanila

Aiskrim perisa vanila untuk Yusuf yang kena tonsil lagiBeli untuk dia seorang saja.  "Abang-abang, aiskrim ini untuk adik ya..."

Macam yang  BM kata, makan aiskrim memang cepatkan penyembuhan.   Sebentar tadi pun dia ada makan aiskrim perisa vanila ini.  Lepas makan, kelihatan dia macam ada rasa lega sedikit.

 perisa vanila
 
Alhamdulillah Hero bongsu saya kini semakin beransur pulih.  Demam pun semakin baik.  Tidak seperti yang sebelumnya, suhu badan macam air panas yang sedang dijerang.  Antibiotik masih lagi diteruskan dan juga ubat-ubat yang lain. Rasa rindu pula dengan kenakalannya yang suka mengacau adik bongsunya..:)

Kepada kawan-kawan semua, terima kasih sangat-sangat kerana mendoakan kesihatan anak saya...:)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...