YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Wednesday, April 30, 2014

Semakin Ringan Tulang

Alhamdulillah...Kaka semakin dewasa semakin ringan tulang membantu tanpa disuruh. Bangun pagi-pagi bantu cuci kain yang telah sedia saya rendamkan dalam baldi. Mesin basuh rosak jadi terpaksa mencuci menggunakan tangan. Nasib baik lah spin masih berfungsi. Sewaktu saya berada di wad menjaga si Hero bongsu yang diserang sawan demam panas, Puteri Sulung saya juga lah yang bantu abahnya uruskan pakaian. Cuci, sidai dan angkat. Petang tadi pun cuci kain sebaldi.

Selalunya waktu cuti sekolah dan hujung minggu lah Kaka rajin membantu. Cuma Kaka ni liat sikit bangun pagi. Bila sudah segar dari bangun tidur barulah mula kemas-mengemas..sapu-sapu..gosok baju sekolah adik-adik kecuali baju si abang sulung. Hero sulung gosok sendiri.

Di dapur pun Kaka banyak membantu. Cuci pinggan, kemas-kemas dapur. Bab masak..Kaka kurang sikit. Masak nasi..Ya..Setiap pagi akan masak nasi. Kadang-kadang Kaka akan goreng baki nasi semalam. Kalau mood bagus dan rajin, Kaka masak sup. Pernah sekali masak sup..Kaka campur carrot merah dalam sup tanpa kupas kulitnya. Potong besar-besar pula tu hehe...Saya kenal sangat sup yang Kaka masak. Bawang putih..merah dan halia Kaka goreng terlebih dahulu.

Kadang tu minyak terlebih..garam terlebih..hehe..Tapi, ambil hati si anak jamah juga masakannya. Bagi pujian sikit lepas tu tegur mana yang nda ngam...^-^

Mudah-mudahan lah sikap Puteri Sulung saya ini berterusan dan menjadi contoh baik kepada adik-adiknya walaupun orangnya sedikt garang...


Senyum Saja Dan Lupakan

sumber:FB

Tak perlu sakit hati....^_^

Tuesday, April 29, 2014

Pou

Baru mandi^-^

Comel si Pou ni kn..Baru semalam dwonload game Pou ni. Hero ketiga saya yang beriya-iya sangat suruh dwonload. "Syok main tau Mummy..pandai besar si Pou..macam abang main.." Dan saya pun mendwonload lah game ini..Pertama kali dwonload tidak berjaya. Semalam barulah dapat.

Walaupun baru semalam mencubanya tapi memang best..memang syok main game Pou ni. Selepas habis melakukan tugas harian pagi tadi, duduk berehat sebentar dan jenguk si Pou ini. Bagi makan..bagi mandi..bagi tidur..Macam jaga anak lah pula hehe..Tapi hilang juga rasa penat ni ^-^.. Tadi pula main bersama-sama dengan anak game Sad Tap pula. Sama-sama mencari si Pou yang sedih. Salah tekan masa jadi pendek.

Saturday, April 26, 2014

Lelaki Tidak Dikenali Minta Duit

Pagi kelmarin. Sedang sibuk menguruskan dua anak kecil dirumah, terdengar suara lelaki memberi salam sambil bunyi pintu diketuk bertalu-talu. Dalam hati berkata "Siapakah yang datang pagi-pagi ini?"..Mula-mula tak nak buka pintu tapi macam rasa bersalah pula, lalu jawab salam dan buka pintu. Sedikit ragu-ragu sebenarnya.

Bila buka pintu, seorang lelaki yang tidak saya kenali berdiri di luar. Berpakaian kameja dan seluar slack. Kalau dilihat pada wajah, umur dalam lingkungan 40-an macam tu.

"Adik dari Seraya....(bagi alamat rumah) mau minta duit.. mau balik Sandakan. Adik mau tengo anak sakit kena asthma"

Bila saya kata saya tak dapat bagi sebab kebetulan suami memang belum  lagi keluarkan duit. Lelaki tu menjawab dengan sedikit mendesak

"Berapa-berapa saja yang ada..Bikin tambang balik sandakan. Ini alamat dia..(sambil keluarkan kad dari poket)"

Tapi saya mula rasa curiga selepas lelaki itu bertanya samada rumah sebelah dan atas ada orang atau tiada. Saya cepat-cepat tutup pintu dan kunci. Jadi risau dan takut dibuatnya sebab sebelum ini memang ada percubaan pecah rumah di blok tempat tinggal saya.

Sunday, April 20, 2014

Beli Buku Di TIMES Bookstore 1Borneo

Beli Buku, buku Puzzle, Kedai buku Times di 1borneo
TIMES Bookstore 1Borneo

Kalau hari itu Beli Buku Di HARRIS 1Borneo, kali ini cari buku di TIMES Bookstore pula. TIMES Bookstore ini terletak di Lot G819, Ground Floor, 1Borneo. Bawa anak-anak cari buku yang mereka suka di sini. Sewaktu kami ke sini petang kelmarin, pengunjung tidak ramai. Jadi senanglah mencari buku dan buat pembayaran di kaunter pun sekejap saja. Sebab tidak perlu beratur menunggu giliran.

buku cerita, buku bacaan anak-anak, kedai buku TIMES dI 1Borneo
Buku untuk anak-anak..RM52.90

Buku-buku yang dibeli. Empat buah buku. Dua buah buku Lawak Kampus pilihan Kaka. Sebuah buku Puzzel pilihan Hero ketiga dan sebuah lagi Sebuah buku Sains Kimia yang telah menarik perhatian saya.

Apa yang menariknya buku Sains Kima ini ialah cara penyampaiannya. Cara penyampaian yang santai, lucu dan menghiburkan dengan kandungannya disusun mengikut kandungan buku teks sekolah rendah dan menengah rendah+atas. Rasanya buku ini sesuai untuk anak-anak saya yang suka sangat membaca buku komik.

Monday, April 14, 2014

Ikan Terubuk Masin Sarawak

Ikan Terubuk Masin Sarawak..
Goreng kering..sisik pun jadi rangup...sedap..^-^

Ikan Terubuk Masin dari Sarawak ini pemberian dari rakan sekerja suami saya minggu lalu. Baru tengahari tadi goreng ikan ni. Bagi yang pernah makan ikan ini mesti tahu ikan terubuk ni banyak tulang. Halus-halus pula tu. Perlu berhati-hati masa makan. Takut pula tulang menyangkut di tekak. Tapi walaupun banyak tulang, ikan ini memang sedap. Sedap dimakan bila digoreng kering. Rangup..lemak-lemak.. Bubuh sikit lada..perahkan limau dan makan bersama dengan nasi panas...Fuhh!!..sungguh menyelerakan. Tapi tadi makan begitu saja. Stock lada dan limau habis dalam peti sejuk. Walaupun pelengkapnya tiada, tapi tetap juga makan dengan berselera sekali..^-^

Saya ada terbaca tentang Ikan Terubuk ini di SINI. Ikan terubuk ini ada dua jenis. Jenis terubuk sungai dan juga jenis terubuk laut. Ikan terubuk sungai(asli) mempunyai mulut yang lebih besar dan panjang. Manakala ikan terubuk laut pula mempunyai mulut yang lebih kecil, bersaiz pendek, bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.

Baru sekarang tahu ikan terubuk ini ada dua jenis rupanya. Sebelum ini cuma tahu makan saja ikan ini.

Monday, April 7, 2014

Rezeki Abang Dan Adik

Alhamdulillah..Rezeki abang dan adik kali ini. Dua Hero saya join contest mewarna sabtu lepas. Pertandingan ini sebenarnya diadakan sewaktu pelancaran katalog terbaru Sophie Paris. Meriah suasananya dengan gelagat adik-adik yang macam-macam. Ada adik tu bukannya mewarna tapi cuma conteng-conteng lukisan tu saja dan kata siap..hehe..

Sewaktu sampai, acara sudah pun bermula. Kami sampai lambat sikit sebab suami kena ambil kaka di sekolahnya. lepas solat baru lah bergerak. Selesai daftar, anak-anak terus mewarna selepas diberi lukisan. Semangat betul mahu mewarna..^-^

Terima kasih
Jambatan Sophie Paris Tamparuli..

Seronok dua beradik ni dapat hadiah. Rezeki menyebelahi abang(Kcil) dan adik(Dnil) walaupun terlewat sedikit sampai. Hadiah yang diberi ikut kategori umur.

alhamdulillah..
Abang dapat sampul berisi wang. Adik pula dapat beg sekolah dan juga sampul. Yang beg merah biru kecil duduk tumpang menyelit tu MaMaRey punya rezeki hehe..Sekali lagi dapat lucky draw..^_~


p/s: Maaf ya kawan-kawan..belum terbalas lagi jejak korang. Line sangat lah menguji kesabaran..

Thursday, April 3, 2014

Kulintangan

Sewaktu balik kampung cuti sekolah minggu lalu, terdengar bunyi benda diketuk-ketuk oleh anak-anak. Bunyi yang biasa saya dengar waktu kecil-kecil dulu. Bila saya datang tengok.."Owh....Kulintangan rupanya.."

Apakah itu??

Kulintangan ialah sejenis alat muzik tradisional. Kata ibu Kulintangan ini dibuat oleh seorang uncle yang tinggal sekampung juga. Buat Kulintangan ini kena orang yang berkemahiran. Kalau tidak, nanti bunyinya lain macam. Nda ngam pula bunyinya bila diketuk nanti.

Ia diperbuat daripada sejenis kayu yang mudah dibentuk. Saya tidak tahu namanya. Tapi ibu sebut, kayu jenis 'Pau' (dalam sebutan bahasa Dusun). Kayunya sangat ringan dan lembut.

alat muzik tradisional, kulintangan
Kulintangan..
Berebut anak-anak mahu mengetuknya..hehe

Ada lima kesemuanya. Uncle tu siap tulis nombor disetiap kayu tu. Tak berapa jelas tulisannya. Ketebalan alat muzik tradisional ini juga berbeza-beza. Bermula kayu no 1 (kiri) paling tebal dan kayu seterusnya akan lebih nipis dari kayu sebelumnya. Kayu no 5 (kanan) adalah yang paling nipis. Jika kayunya tebal, nadanya tinggi dan jika kayunya nipis maka nadanya rendah. Disusun atas dua tali yang diregangkan pada kayu papan berbentuk empat segi tu. Nampak sepasang kayu kecil hujungnya berbentuk bulat itu?... Itu adalah pemukulnya. Juga dibuat dari jenis kayu yang sama.

Masa kecil-kecil dulu ibu pernah buat tapi letak atas batang pisang. Ibu kata kalau Kulintangan ini di cat dengan varnish, lagi kelihatan cantik. Tidak akan nampak berkulat.


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...