Ramadhan meninggalkan kita..Sedar tak sedar dah nak menjelang raya. Macam sekejap saja rasanya. Berblog pun dah nak hampir empat tahun. Terhenti untuk beberapa lama. Namun hati masih rindu-rinduan berblog hehe.. Pada yang masih setia datang ke sini.. terima kasih saya ucapkan. Sayang korang semua. Walaupun ada yang tak terbalas jejaknya namun masih berkunjung di sini.
Buat sahabat blogger dan G+ saya semua saya ucapkan Selamat Hari Raya 2016. Moga syawal pada kali ini membawa keberkatan dan kerahmatan buat kita semua. Moga bertambah erat silaturahim antara sanak saudara..sahabat dan semua. Kalau nak beraya tu kurang-kurangkanlah handphone di tangan. Kurangkan whatsapp..kurangkan fb..kurangkan instag.. Lebih-lebih lagi pada yang jumpa setahun sekali sahaja. Masa inilah kita cuba eratkan lagi silaturahim antara sesama. Media sosial..anytime kalau nak update (^~)
Pada yang akan balik kampung..semoga tiba di destinasi dituju. Berhati-hati semasa berada di jalan raya. Pandang kiri pandang kanan..jangan pandang belakang hehee..Biar slow asalkan selamat. Selamat sampai semua pun happy.. (^^).. Pada adik-adik jangan nakal-nakal main mercun.. Bahaya!!.. Jadikanlah hari raya kali ini penuh dengan makna..
Sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.. 😊😊