YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Monday, December 22, 2014

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat

Aktiviti hujung mingu kami anak beranak minggu lalu. Buat Aiskrim Goreng perisa Vanilla Coklat. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahannya pun simple saja.

Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Goreng Vanilla Coklat macam di bawah ini.


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Bahan-bahan Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
  • Aiskrim perisa Vanilla Coklat
  • Roti
  • Sudu
  • Gelas
Cara-cara

Cara-cara untuk membuatnya. Mudah saja. Ikut langkah-langkah macam gambar atas ini. Ambil aiskrim dengan sudu dan letak di tengah-tengah atas roti. Aiskrim agak-agak dalam satu sudu. Kalau banyak koyak pula roti tu. Kemudian tutup aiskrim tu dengan sekeping roti lagi. Selepas itu ambil gelas tekan ngam-ngam pada permukaan tengah roti tersebut. Tekan, pusing-pusing kan sikit sampai putus roti tu. Gunakan gelas yang nipis badannya supaya roti mudah putus.Selepas itu tekan-tekan bahagian tepi roti tu dengan sudu. 


Masukkan dalam freezer
Masukkan dalam freezer

Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Di bahagian freezer. Yang ini malam ahad buat. Esok pagi baru digoreng. Tunggu anak-anak pulang dari main futsal baru nak digoreng. ^^

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Goreng dengan minyak yang panas


Kalau nak menggorengnya minyak kena betul-betul panas baru masukkan aiskrim goreng. Gunakan minyak yang banyak.  Goreng sekejap saja. Dalam beberapa saat saja. Nampak dah kekuningan angkat cepat-cepat. 



Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Yummy yumm..Panas rangup diluar, Sejuk enak di dalam.. 

Hero bikin..Mummynya goreng..^^
Dah goreng jangan kasi biar lama-lama. Nanti cair aiskrim di dalam. Ndak sedap nanti. Lepas goreng, hidang dan makan. 


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Gigih membentuk
Buat aktiviti  masak-memasak dengan anak-anak memang menyeronokkan. Riuh rendah dibuatnya. Ada yang roti tak putus.. roti koyak..aiskrim terkeluar..ada juga yang sambil buat sambil curi-curi aiskrim masuk mulut..hehe... Dan lagi seronok bila melihat mereka makan dengan rasa puas hatinya hasil dari tangan mereka sendiri.

Tuesday, December 16, 2014

Kirim Barang Guna Bas

Sabtu lalu saya kirimkan barang oder untuk sahabat yang berada di Sandakan.  Ini pertama kali bagi saya mengirimkan barang menggunakan khidmat Bas Besar dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Belum ada pengalaman lagi macam mana prosesnya. Ada juga dapat info dari kawan-kawan kalau nak kirim barang guna bas kena pergi ke terminal bas tersebut.

"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"


Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam

Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.

Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..

"kenapa nda di gam awal-awal"

"ingatkan durang mau chek lagi bah"

Kaunter Bas Tung Ma

Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.

Nama,  alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^

Wednesday, December 10, 2014

Pi1M



Pi1M


Banyak benda baru saya dapat belajar di sini, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M). Antara program yang disediakan di sini  ialah Latihan Keusahawanan. Diberi secara percuma.                                                                                                                                      

Monday, December 8, 2014

Memancing Ikan

Kalau tiada halangan setiap kali hujung minggu suami dan dua orang Hero saya akan pergi memancing. Pergi memancing bersama dengan "Geng Mansing" suami. Selalunya mereka memancing pada waktu malam. Lokasi mereka memancing ialah di Sepanggar ataupun di UMS.

Setiap kali dapat ikan suami mesti kirimkan gambar melalui Whatsapp. Tak kisah dah lewat malam, gambar kegembiraan anak-anak suami hantar. Seronok melihat anak-anak angkat pancing bagi tengok ikan yang mereka dapat. Segar balik dari tidur hehe..

Ikan Utik
Ikan Utik, ikan pertama Hero kedua saya malam semalam semasa memancing ikan di Sepangar.  Suami suruh masak asam pedas ikan ni. Kawan suami kata masak lemak pun sedap. Korang pula biasa masak apa ikan ini..?


Ikan MJ
Hero sulung saya. Dapat seekor ikan MJ. Ini kira ikan pertama yang dia dapat sepanjang dia memancing. Selalunya balik kosong sahaja. Malam semalam rezeki menyebelahi dia. Terkejut sedikit bila pancing mengena, katanya.

Saya paling suka bila dengar anak-anak bercerita pengalaman mereka memancing. Sambil menyiang ikan sambil mendengar mereka bercerita. Kadang-kadang ikan terlepas, mata kail menyangkut ataupun putus, umpan habis di makan tapi ikan tak sangkut dan macam-macam lagi. Ada sekali anak ceritakan "Abah dapat ikan macam berus tandas"...Hehe...Gambar tak ada ambil. Teringin juga nak melihat rupa bentuk ikan itu. Macam mana lah agaknya rupa ikan tu.

Pengalaman memancing yang menyeronokkan buatkan anak-anak saya tidak sabar menunggu hujung minggu.Walaupun menunggu lama ikan mengena.  Kadang-kadang dapat ikan cuma seekor dua. Kadang-kadang tak ada. Yang paling seronok kata anak-anak saya ialah bila si ikan menyambar umpan dan menyangkut. Tarik pancing, lawan kuat dengan ikan..^^

Tuesday, December 2, 2014

Apa Khabar

Apa khabar korang semua. Lama tak mengupdate blog. Rindu dengan korang semua. Rindu nak BW. Rindu baca entry-entry korang. Harap korang semua sentiasa dalam keadaan yang baik-baik. Sihat sentiasa. Gembira sentiasa ^^. MaMaRey di sini sentiasa sihat. Macam biasalah sibuk dengan  urusan harian sebagai seorang surirumah..dengan anak-anak yang masih kecil, Bertambah sibuk lagi dengan kehadiran si kecil comel, Noah. Penyeri suasana. Anak bongsu kakak yang dihantar ke rumah saya.

Tak banyak yang nak ditulis sekadar bertanya khabar korang semua. Sahabat Blogger ku..Sahabat alam Maya ku. Mau menulis panjang tapi masa ndak banyak. Maafkan saya kerana lama tidak membalas jejak korang semua. Nanti saya palan-palan datang jenguk blog kamurang ya. Terima kasih kerana masih lagi sudi jadi sahabat saya ^^...

Monday, September 15, 2014

Workshop Abang Abu | MEKANIK $

Berpeluang menghadiri workshop Abang Abu di Tabung Haji, Kota Kinabalu minggu lalu. Pertama kali sebenarnya datang ke workshop Abang Abu ini. Pertama kali juga tahu tentang Abang Abu ini. Itu pun kawan yang ajak. Masuk percuma sebab daftar berlima. Mula-mula tu tak cukup lima orang tapi alhamdulillah last minit dapat juga akhirnya mencukupkan ahli.

Workshop mula jam 7:30pm hingga 11:30pm. Rasa macam sekejap saja. Best sangat...Seronok mendengar perkongsian dari Abang Abu. Banyak info dan tips-tips yang dikongsikan. Tentang teknik pengurusan kewangan, perniagaan dan banyak lagi. Yang bestnya lagi ialah cara Abang Abu menyampaikan dan berinteraksi dengan audience. Yang hadir di workshop itu memang tak akan rasa bosan. Gelak saja dibuatnya. Sesekali ada buat senaman bagi peserta energy..^^ Paling seronok senam 'Char Kue Teow'..Bestt..

Ini antara tips-tips yang dikongsikan malam itu;
★Sebelum melabur pastikan 6 bulan simpanan. Lebih bagus 24 bulan.
★Bila ada penolakan jangan merasa putus asa.
★Jangan berbelanja melebihi batas/Jangan membazir.
★Sentiasa senyum dengan sesiapa pun.
★Sentiasa dalam keadaan bersyukur.

Banyak lagi sebenarnya info dan tips yang dikongsikan.  Kena datang sendiri workshop ini barulah best..^^.Korang akan tahulah nanti apa maksud BEST..BEST..BEST.. 3 amalan kaya dari Abang Abu. Korang boleh cari Abang Abu di www.facebook.com/mekanikwang.


MEKANIK $

Baru nak bermula. Simple saja Abang Abu ini. Tengok saja caranya berpakaian. Mula-mula ingatkan siapa. Rupanya dialah orang yang akan berkongsi info dan tips berguna pada malam itu.  Ada satu cerita Abang Abu kongsikan iaitu "Fokus Unta". Dalam cerita ini mengajar kita bagaimana kita fokus terhadap sesuatu yang dilakukan. Jangan biarkan ada yang menggangu fokus kita. Saya tak pandai nak cerita sebab Abang Abu masa tu sampaikan dengan cara berlakon..hehe..

SIMPAN CHALLENGE
 Abang Abu, terima kasih berkongsi tips...^^

Sebelum pulang, beli buku ini. Simpan Challenge. Ditulis oleh Abang Abu sendiri. RM35 sebuah. Buku ini memberi tips dan strategi bagaimana menyimpan dengan cara yang mudah dan praktikal. Antaranya;

Jumpa syiling dilantai, bilik atau mana-mana tempat dalam rumah, masukkan dalam tabung yang disediakan. Tabung jangan beli. Gunakan container kosong. Saya guna tabung macam ini..^^..  Kalau nak shoping minta diskaun atau tawar-menawar dengan penjual. Yang ini saya memang suka dan amalkan. Tawar- menawar dengan penjual sampai dapat harga murah..hehe. Makan sebelum berbelanja. Kajian kata perut kosong menyebabkan perbelanjaan lebih 20%. Betul lah, selalu bila shoping masa perut lapar macam-macam lah makanan yang dicapai masuk troli. Terbeli benda yang sepatutnya tiada dalam senarai..huhu...

Banyak lagi tips yang belum dipraktikkan.  In Sha Allah pelan-pelan cuba mempraktikkannya nanti...^^

Saturday, September 13, 2014

Suka Posing Depan Kamera



Si kecil Nur Maryam yang semakin suka berposing sekarang. Umur sekarang Masuk 2 tahun 1 bulan. Pantang tengok saya ambil gambarnya. Mesti ada saja gaya yang dibuatnya. Gambar ini saya ambil sewaktu kami sekeluarga Mandi-Manda Di Hot Spring, Ranau. Dia nak buat jari peace. Tapi tak pandai. Tiga jari terangkat..^^..


p/s: Moga ceria..happy2 bersama keluarga tersayang di hujung minggu ini..^^

Wednesday, September 10, 2014

Tabung


Tabung  Tin Biskut..

Tabung Tin Biskut Julie's..^^ 

Jumpa duit syiling kat mana-mana dalam rumah, masukan dalam tin tu..


Thursday, September 4, 2014

Mandi Manda Di Poring Hot Spring Ranau

Hai Korang semua...apa khabar semua?... Moga sentiasa sihat..happy2 selalu. .^^Lama tak update blog. Lama tak bercerita di blog ini. Lama juga tak berkunjung ke blog korang semua.. Hari ini saya nak kongsikan cerita tentang kami sekeluarga berkunjung ke Poring Hot Spring, Ranau isnin yang lalu. Perjalanan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke sini.

Laluan masuk ke Kolam Air Panas

Selepas bagi tunjuk tiket di kaunter pintu masuk, harus melalui jambatan ini. Laluan masuk menuju ke kolam air panas. Saya lebih suka lalu di jambatan gantung lama itu. Lebih seronok. Terbuai-buai bila lalu disitu. Tapi dah tak digunakan lagi sekarang ini. Nampak tak air yang jernih bersih itu... Rasa hendak turun saja mandi disitu hehe..

Hot Spring Area

Kawasan Mata Air Panas. Putri bongsu jadi modelnya. Semakin suka berposing. Pantang gambarnya diambil..

Hari Isnin, tutup..

Tempat yang menarik hati anak-anak. Swimming pool.. Tapi sayang tidak dapat masuk sebab area ini ditutup pada setiap hari isnin. Di dalam sana ada disediakan gelongsor yang buat anak-anak ingin sangat masuk. Hari lain kita ke sini lagi ya anak-anak...Hari ini bukan rezeki kita..^^

Rock Pool

Rock Pool.. Tempat ini paling saya suka dulu. Mandi-manda bersama-sama dengan geng satu rombongan sewaktu zaman sekolah dulu.. Airnya sejuk sangat.

Sejuknyaaa...

Anak-anak seronok mandi dalam kolam ini tapi tidak tahan denga kesejukan airnya itu. Sekejap masuk dalam kolam..sekejap keluar balik dan duduk tepi kolam itu.. Nur Maryam pula masa ini cuma tengok saja abang-abang dan kakak nya. Saya tak bagi join sebab dah kesejukan sangat berendam tadi  

Kesian tengok dia yang masih lagi teringin bermain air. Saya pun bawalah si putri bongsu pergi mencari tempat yang ada sediakan air panas. Tapi semua tempat penuh. Yang ada kosong pun cuma tempat untuk berendam kaki sahaja. waktu cuti-cuti memang tempat ini selalu penuh dengan pengunjung.

Dan akhirnya..Dapat juga satu tempat..Jakuzi air panas..^^.. Nasib baik anak-anak muda itu berpindah ke Rock Poll hehe.. Sebelum masuk berendam di dalam, adalah lebih baik airnya ditukar terlebih dahulu. Nampak tak paip kepala merah hujung dekat parit tu..Buka saja paipnya dan air akan keluar. Sudah habis air dibuang, barulah pasang  air untuk mandi-manda. Ada dua pili. Satu air sejuk, satu lagi air panas. Suhu air boleh dikawal sendiri oleh pengunjung..

Mandi air suam...Bessttt...^^

Putri bongsu sambung berenang...^^ Gembira sangat dia. Abang-abang pula buat aksi macam-macam. Aksi siapa tahan nafas dalam air...aksi melentang..aksi melekatkan perut di tepi jakuzi pun ada. Hero bongsu tu..alahai..terpaksa buih-buihkan picnya. Mandi dengan seluar jeans. Pakaian tertinggal di kereta. Dia rasa kurang selesa dengan jeans tu lalu tanggalkanya. Kaka dan Hero sulung pula sekejap saja mandi di sini. Lepas tukar baju, beli Maggi cup dan makan panas-panas. Kedai tu tolong tuangkan sedia air panas.

Hijau...

Bagi yang pertama kali datang sini memang akan merasa seronok. Pemandangan sekelilingnya yang penuh dengan pokok-pokok menghijau membuatkan suasana kawasan disini redup..sejuk..nyaman..tenang... Selain aktiviti mandi-manda, korang juga boleh pergi melawat Taman Kupu-Kupu, Air Terjun Kopungit atau merasai sendiri Jambatan Gantung Kanopi. Antara kemudahan yang disediakan pula ialah seperti surau, restoran, bilik persalinan, kedai, pondok berehat dan banyak lagi.

Tiket masuk.
Sah untuk sehari(tiga hari untuk yang menginap)
di kesemua destinasi taman yang sama. 

Bayaran masuk ke Taman Air Panas Poring, Ranau, adalah seperti dalam gambar diatas. Berpatutanlah bayarannya. RM3 untuk dewasa. RM1 untuk kanak-kanak dan warga emas. PERCUMA untuk 6 tahun. Tiket ini juga boleh digunakan jika korang hendak berkunjung  ke Taman Kinabalu. Jadi tiket masuk ini kena simpan baik-baik. Jangan kasi hilang...^^


Shoping2. .^^

Hampir terlupa.. Yang ini korang boleh jumpa di luar pintu masuk Poring Hot Spring. T-shirt..short pants...cenderahati dan banyak lagi ada dijual disini. Sebelum membeli, Jangan lupa keluarkan kebolehan tawar-menawar korang. Kaka sukakan topi kelabu tu. Harganya RM25. Tawar-menawar dengan makcik tu, dapat lah harga RM20.

Thursday, July 24, 2014

Mood Balik Kampung

Mood balik kampung sekarang. Dari kelmarin mula kemas-kemaskan pakaian sebab nak tumpangkan satu bag dengan kereta kawan suami. Chek balik keperluan yang digunakan sepanjang berada di kampung nanti. Chek pakaian anak-anak terutama dua anak yang masih kecil. Perlu bawa pakaian lebih sikit. Makan..comot..main..comot..Baju pun sekejap-sekejap kena tukar. Jadi kena bawa pakaian lebih sikit untuk Puteri  dan Hero bongsu saya. 

Lepas ini nanti  jumpa jiran sebelah. Asal balik kampung saya mesti cari akak jiran sebelah. Minta dia tolong tengok-tengokan rumah sepanjang ketiadaan kami sekeluarga di rumah nanti. Di waktu perayaan beginilah musim si pencuri-pencuri suka pecah masuk rumah. Suka intai-intai rumah orang..Suka cubuk-cubuk rumah orang. 

Rumah pun dah mula sedia kemas-kemaskan mana yang patut. Selalunya saya kemas-kemas kan rumah malam sebelum bertolak keesokan harinya. Balik nanti tidak lah serabut tengok rumah yang bersepah-sepah. Perjalanan jauh buat badan penat. Bertambah penatlah pula bila tengok rumah berserabut. Kain baju, cuci sedia yang mana telah dipakai, jangan bagi bertimbun. Tidak mahu nanti, bila balik satu rumah semerbak haruman busuk menusuk hidung. Masa kecil-kecil dulu Ibu selalu pesan kemas rumah sebelum pulang kampung.. "Balik nanti nampak rumah kemas ndalah serabut otak.." Kata ibu..^^

InshaaAllah sabtu ini kami sekeluarga akan memulakan perjalanan pulang kampung. Singgah bermalam di kampung saya jumpa ibu dan bertolak keesokan harinya ke kampung suami. Harap semuanya berjalan lancar. Moga dipermudahkan olehNYA..

Untuk Korang yang balik kampung untuk beraya, berhati-hati semasa dalam perjalanan ya.. Semoga selamat sampai ke destinasi dituju. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapakan buat korang semua sahabat alam maya saya. Maafkan saya kerana jarang membalas jejak korang. Maafkan juga saya jika ada salah dan silap dalam entry juga komen saya.


Kuih makmur kuih kegemaran,
Di Hari Raya dihidang mesti,
Salah dan silap mohon ampunkan,
Jangan disimpan di dalam hati.


Selamat BerHari Raya!! Dan..Selamat Balik Kampung!!...^^


Wednesday, June 25, 2014

Monday, June 23, 2014

Umur Bukan Penghalang

Bertembung dengan aunty ini sewaktu pergi membeli Sanggar Cheese petang tadi. Dari jauh saya melihatnya sedang sibuk menyusun kotak-kotak terbuang yang dipungutnya. Hampir setiap hari aunty ini akan kelihatan melakukan rutin hariannya. Kadang-kadang ternampak juga aunty ni lalu dekat rumah saya.



Sewaktu berbual-bual, sempat bertanya umurnya. Aunty ini sudah pun berumur 74 tahun. Kecil saja orangnya. Tapi masih kelihatan kuat dan cergas. Saya perhatikan dia menyusun, mengikat dan mengangkat kotak yang dikumpulnya itu dengan mudah saja. Nampak memang sudah biasa dia melakukannya.

"Aunty, umur aunty sudah 74 tahun tapi masih nampak kuat dan cergas"

"kuat makan maa...Makan nasi banyak tapi lauk mesti bagus lah...(tersenyum saya mendengar)..Dari dulu lagi buat kerja. Dulu masih muda sia buat kerja sambil gendong amoi kecik saya dibelakang. Lepas tu angkat sayur lagi. Sampai sekarang masih kerja loh.." 

Cerita aunty itu lagi. Pagi dia keluar, tengahari balik rumah sekejap kemudian sambung petang lagi. Bila saya tanya tak rasa penat ka... Aunty tu kata dia sudah terbiasa bekerja dan memang tidak suka duduk di rumah saja. Kagum sebenarnya dengan aunty ini. Umurnya itu bukanlah satu penghalang untuk jalankan rutin hariannya.


Thursday, June 19, 2014

Sekali Lagi Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang

Sekali lagi datang ke sini. Jalan-Jalan Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang. Untuk kali kedua di waktu cuti sekolah minggu lepas. Kami ke sana sekali lagi dihujung minggu kedua cuti sekolah. Kami sekeluarga sampai lebih kurang jam lapan lebih pagi. Datang awal, takut kehabisan susu segar macam hari itu hehe...


Desa Cattle, Mesilau,Kundasang

Berhenti sekejap dekat pintu masuk Desa Cattle. Bergambar bersama dengan anak-anak. Kalau sebelum ini kami datang, Gunung Kinabalu betapuk(bersembunyi) di sebalik awan. Kali ini ia kelihatan. Nampak cantik sekali. Hujan renyai-renyai masa ini. Jadi berposing pun sekejap saja. 

Sewaktu kami sampai pengunjung belum ramai. Parking kereta pun senang dapat. Parking depan kedai Desa Cattle. Bila masuk saja kedai, benda yang pertama sekali dicari ialah susu segar..^^.. Susu di sini memang sedap. Terasa kesegarannya. Susu perisa coklat jadi pilihan saya. Pudingnya pun sedap. Saya sukakan puding yang perisanya vanilla. Kalau korang datang sini, mesti cuba..

Makan-makan..

Anak-anak pula sukakan aiskrimnya. Tapi masa hendak membelinya, aiskrim belum ada. Kena tunggu 15 minit. Terlebih awal agaknya kami sampai hehe... Sambil menunggu kami nikmati dulu susu segar, puding dan sosej yang suami beli. Tidak sampai pun 15 minit aiskrim pun datang. Laju saja tangan anak-anak mencapai aiskrim dimeja. Masing-masing ingin merasanya. "Macam nda pernah makan eskrim bah..><" Sedang kami makan-makan, hujan renyai-renyai turun lagilah pula. Kebetulan payung tidak berpasang. Kami pun cepat-cepat berpindah ke kerusi tepi bangunan kedai. Kalau hari itu payung terpasang sedia. Tapi apapun memang seronok menikmati suasana indah ala-ala New Zealand di sini. Bestt..^_~


p/s: Maaf korang semua. Masih belum terbalas lagi kunjungan kalian.

Thursday, June 12, 2014

Nasi Linopot

Nasi Linopot... Pernah dengar?..

Ini merupakan salah satu resepi tradisional kegemaran saya. 'Linopot' dalam sebutan bahasa Dusun yang bermaksud dibungkus. Nasi ditanak bersama dengan ubi keladI/keledek/kayu/manis. Selepas dimasak ia akan digaul hingga nasi dan ubi menjadi sebati. Satu alat khas berbentuk leper panjang yang dipanggil 'Gigiyu' digunakan untuk menggaul. Selepas itu ia akan dibungkus (Linopot) menggunakan daun.

Sewaktu di kampung minggu lalu, Ibu tunjukkan cara-cara bagaimana hendak membuat Nasi Linopot ini. Ini sebenarnya atas permintaan anak-anaknya yang teringin sangat mahu makan Nasi Linipot. Ibu dengan gembira tunjukkan cara-caranya. Siap suruh saya rakamkan lagi hehe..

Ubi keladi..
potong tangkai..kupas dan hiris

Ibu gunakan ubi keladi untuk dicampurkan dalam Nasi Linopot ini. Ubi ini ibu tanam sendiri di kebun kecilnya. Ubi keladi sudah sedia dibersihkan. Tinggal dipotong dari tangkainya. Tangkainya pula ibu simpan untuk ditanam balik. Lepas itu kulit ubi keladi dikupas kemudian dihiris tebal. Kalau ikut cara ibu menghiris ubi itu, comfirm jari ni terhiris sekali. Cepat dan nampak mudah saja ibu lakukan. Saya kalau nak mengupas atau menghiris mesti gunakan dulang. Tapi ibu, tidak.

Ubi Keladi direbus..

Ubi keladi tadi direbus terlebih dahulu. Kata ibu untuk hilangkan lendir dan gatalnya. Rebus jangan sampai jadi lembik pula. Agak-agak bertukar warna ok lah tu. Atau pun bila nampak berbuih bolehlah diangkat, ditoskan kemudian dicuci dengan air bersih.

Selepas itu cuci beras agak-agak dalam empat lima gelas macam tu. Jika inginkan rasa ubi keladi lebih, beras kena kurangkan sikit. Kakak lebih suka makan Nasi Linopot yang ubi keladinya banyak. Begitu juga saya. Rasa sedap dan wangi bila dimakan. Setelah beras dicuci sukat airnya macam masak nasi biasa, barulah ubI dimasukkan. Letak rata dibahagian atas. Kemudian bubuh sedikit air lagi. Selepas itu masak dengan api yang sederhana. Setelah masak baru digaul menggunakan Gigiyu.

Kayu Gigiyu

Kayu berbentuk leper panjang. Itu lah yang saya sebutkan tadi, 'Gigiyu'.. Alat ini diperbuat daripada sejenis kayu. Digunakan untuk menggaul nasi dan ubi hingga sebati dan mampat. Dulu masa kecil-kecil selalu nampak arwah nenek gunakanya bila buat Nasi Linopot. Sampai sekarang masih lagi tersimpan elok. Kayu Gigiyu ini juga mengingatkan saya tentang kisah Burung Wodik yang selalu nenek ceritakan dulu.

Nasi Linopot &
  Ikan Terubuk Masin Sarawak
Sepatutnya dibungkus dalam daun. Nasi diletak atas daun dan dibentuk menjadi bulat. Kemudian dibungkus. Daun yang selalu ibu gunakan ialah daun Tarap. Ada juga daun yang lain biasa digunakan, tapi saya tidak ingat namanya. Oleh kerana daun tiada, jadi makan sajalah menggunakan piring. Makan bersama dengan Ikan Terubuk Masin Sarawak yang digoreng kering oleh abang ipar. Memang sedap dan menyelerakan. Lagi bertambah berselera bila makan beramai-ramai bersama keluarga. Untuk Ibu tersayang, terima kasih kerana masakkan Nasi Linopot untuk kami..^^..

Tuesday, June 10, 2014

Jalan-Jalan Ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang

Hujung minggu lalu, kami sekeluarga balik kampung. Ambil kesempatan bawa anak-anak jalan-jalan ke Desa Cattle, Ladang Tenusu yang terletak di Mesilau, Kundasang. Perjalanan dari kampung saya ke Kundasang lebih kurang dalam 15 minit. Dekat saja kan..^^

desa cattle Mesilau, Kundasang
Ke Desa Cattle, Ladang Tenusu, Mesilau, Kundasang.

Pic paling atas anak yang ambil semasa lalu di round about dekat dengan Pekan Kundasang. Menuju ke Desa Cattle ini kena lalu jalan bukit kerana tempat ini berada nun di atas bukit. Betul-betul berada dibawah kaki Gunung Kinabalu. Jauh dari kesibukan kota. Jauh dari jalan utama. Perjalanan menuju ke Desa Cattle ini memang menyeronokkan. Udaranya sejuk, segar dan nyaman. Tidak perlu pasang aircond dalam kereta. Buka tingkap dan nikmati udara sejuk semulajadinya. Bayaran masuk ke Desa Cattle ini cuma RM4, dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Bawah 2 tahun, Percuma. Masa beli tiket ini, cik adik tu kata susu sudah habis. Sedikit kecewa tapi tetap masuk juga.

Desa Cattle, Mesilau ,Kundasang
Menuju ke kandang lembu.
Hijau segar rumput-rumputnya.

Sewaktu sampai, parking penuh. Susah juga nak mencari parking. Hujung minggu dan cuti sekolah, memanglah sesak sebab pengunjung ramai datang. Lepas dapat tempat parking kereta, kami turun menuju ke kandang lembu. Ada satu alat disediakan atas laluan ini. Lembab berisi air. Sekejap saja berada di sini. Ramai orang ketika ini. Saya lihat dari jauh saja. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk memberi makan lembu di kandang itu.

Desa Cattle ,Mesilau,Kundasang
Kedai Desa Cattel, Mesilau Kundasang

Singgah di Kedai Desa Cattle. Berbaris pengunjung shoping-shoping disini. Ada macam-macam yang dijual. Keychain, tshirt, aiskrim dan semestinya susu segar yang paling mendapat sambutan. Di sebelah kiri kedai ini ialah tempat memproses susu segar. Tapi pengunjung tidak boleh masuk. Cuma boleh lihat dari luar melalui tingkap kaca dalam kedai ini.

Desa Cattle ,Mesilau ,Kundasang
Lembu-lembu sedang bersantai-santai
sambil meragut rumput

Sewaktu hendak pulang, berhenti di tepi ladang sekejap. Ambil peluang untuk melihat lembu-lembu sedang meragut rumput yang segar menghijau itu. Anak-anak sangatlah seronok melihat lembu-lembu ini. Maklumlah jarang sekali melihat lembu sebanyak ini. Sedikit jakun bila nampak begini banyak di dalam ladang yang sangat luas ini. Kalau hendak melihat lembu-lembu ini, datanglah sebelah pagi. Sebelah petang jam 3pm, pasti tidak kelihatan kerana ketika itu merupakan masa untuk memerah susu lembu.


Desa Cattle ,Mesilau,Kundasang
"Mummy..tengok...lembu besar"...

Si Hero bongsu, Yusuf. Tidak puas hati lalu panjat pagar supaya dapat melihat lembu-lembu itu. Nampak lembu yang berdiri di depan itu.. Itu lah yang nak sangat ditengoknya. Lembu tu pula macam faham dirinya jadi perhatian...hehe..Rasanya lembu-lembu ini pun sudah biasa dengan para pengunjung yang datang ke sini.

Desa Cattle,Mesilau,Kundasang
Memerhati..

Jika ada kesempatan nak lagi datang jalan-jalan ke Desa Cattle, Mesilau, Kundasang dengan anak-anak. Pemandangan dan udara nyaman segar disini memang menyeronokkan dan menenangkan fikiran..^^

Thursday, May 29, 2014

Anak Buah Baru

Baby boy

Semalam datang melawat kakak di hospital. Kakak baru saja bersalin. Bersalin secara pembedahan. Tidak sabar nak tengok anak buah yang baru lahir. Sampai saja terus dukung baby. Comel sangat. Ini masa saya tengah dukung baby. Baby tengah buka mata. Comel kan..^^

Kakak dibedah sebab tali pusat baby keluar dahulu. Cerita kakak, keadaan masa itu agak kelama-kabut. Kakak jadi terkejut. Apa tidaknya siren bunyikan. Misi-misi, doktor dan pakar bergegas datang dengan segera. Kaki kakak diangkat ke atas dan bahagian punggung ditahan dengan sesuatu agar tali pusat baby tidak keluar. Kakak kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan untuk dibedah. Syukur alhamdulillah kakak selamat dibedah dan baby selamat lahir. Menurut doktor jika baby lambat 5 minit dikeluarkan, ia mungkin membayahakan nyawa si kecil.

Sangat-sangat berterima kasih kepada Nurse, doktor dan pakar di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu kerana ketangkasan dan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas.

Tuesday, May 27, 2014

Santai-Santai Hujung Minggu Di Tanjung Lipat, Likas

Perancangan sebenarnya hari sabtu. Tapi oleh kerana hujan lebat turun maka terbatal rancangan kami sekeluarga dan adik ipar hendak bersantai-santai dihujung minggu. Alhamdulillah, petang ahad lalu cuaca cerah mengizinkan kami bersantai-santai di Tanjung Lipat, Likas. Tempat rekreasi ini memang best. Tepi pantai. Pokok yang banyak, membuatkan suasana redup  dan nyaman. Ditambah lagi dengan tiupan angin dan bunyi deruaan ombak.

tanjung lipat likas, senja di tanjung lipat ,likas, trek berbasikal dan berjogging
Trek berjogging & berbasikal

Lama sebenarnya tidak menjejakkan kaki ke sini. Kadang-kadang tu ada jugalah lalu di sini. Limpas-limpas dan tengok-tengok jak. Semakin cantik, semakin tersusun dan semakin menarik tempat ini. Sangat jauh bezanya sekarang dan yang dulu. Antara yang menarik Trek untuk orang berbasikal, berjalan kaki dan berjogging. Kurang pasti berapa kilometer jaraknya. Tapi yang pasti memang jauh trek ini.

tanjung lipat likas
Tumpuan anak-anak kecil

Tempat tumpuan kanak-kanak. Paling seronok dua beradik kecil ni. Yusuf dan Maryam. Si Putri bongsu ditemankan oleh abang-abang . Si Hero bongsu pula di kawal oleh saya. Hero bongsu saya ini ada lasak sedikit. Risau kalau-kalau terjatuh dan harus juga berhati-hati, pengunjung ramai ketika ini.

tanjung lipat likas
Buka kasut

Tengok lah tu..Ingatkan kenapa tiba-tiba saja duduk. Rupanya dia tanggalkan kasutnya. Lepas itu belari menyusup ke bawah. Dan terbongkok-bongkok lah saya dibuatnya. Sudah rasa bosan panjat..berlari..menggelungsur. Berlari pula menuju ke pantai. Berpeluh-peluh mengejarnya.

tanjung lipat likas
Main pasir

Yusuf, Maryam dan dengan sepupu mereka, Adam. Ini masa di tepi pantai. Seronok melihat mereka bertiga bermain bersama. Pada mulanya main bertiga. Datang abang-abang dan kakak tumpang sekali main. Si abang jadi sasaran. Ditanam separuh badan dengan pasir...^^

tanjung lipat likas, senja di tanjung lipat likas,  pemandangan senja di tanjung lipat likas
Sunset..

Cantikk tak.. Senja petang di Tanjung Lipat, Likas. Tangkap pic ini Masa nak pulang berjalan menuju ke kereta sambil menggendong si Hero bongsu di belakang. Hero bongsu tunjuk kearah laut.
"Mummy..Mummy..tuuu..."..
Dan saya pun cepat-cepat tangkap pic sebelum matahari itu tenggelam hilang. Kemudian letak lah di sini untuk dikongsikan dengan korang..^^.. Selain Tanjung Aru, di sini juga best melihat pemandangan senja. Bersantai-Santai bersama family sambil menikmati ciptaanNYA yang sungguh indah ini.


Thursday, May 22, 2014

Produk Baru

Sabtu lalu saya menghadiri event BC Tamparuli. Teruja sebenarnya datang sebab nak dapatkan katalog dari Sophie Paris. Kali ini Katalog volume 19, katalog terbaru dari Sophie Paris memperkenalkan beberapa produk baru yang menarik.Antaranya seperti di bawah ini.


Perfume Roll On untuk lelaki (WAFIQ) dan wanita (ZAHRA) yang boleh dipakai semasa solat. Botolnya kecil comel senang dimasukkan dalam kocek seluar atau baju bila ke mana-mana.

Bag pink yang comel tu pula ialah tempat menyimpan peralatan makeup. Lipliner, eyeliner, compact powder, lipstic, perfume...boleh masuk semua sekali dalam bag ini. Lebih kemas dan tersusun di dalam. Ada satu cermin kecil tersedia dalam untuk kita menghias wajah. Saiznya 16 x 16 x 12.5cm. Comel jer kan ^^...


Yang ini pula ialah set penjagaan rambut dan juga set penjagaan badan. Untuk set penjagaan rambut ada tiga gabungan iaitu Dandruff Shampoo+Conditioner, Serum dan Tonik Rambut. Ini memang sangat sesuailah dengan saya yang punya masalah rambut gugur. Korang pun boleh try test produk ini nanti ya..^^

Produk set penjagaan badan pula terdiri daripada Green Tea Body Shower, Green Tea Body Scrub dan Green Tea Body Butter. Harumannya memang best. Lembut dan menyegarkan. Diri rasa relax dibuatnya..^^


Ini pula produk Make-Up terbaru dari Sophie Paris. Trio Blush On beserta dengan brush nya. Lip Pencil beserta dengan shaperner nya. Kalau tumpul senang jer tajamkan ^^..Lip Tint dan juga Lip Gloss.

Ada banyak lagi yang baru sebenarnya, yang menarik dalam katalog terbaru dari Sophie Paris. Bag, wallet, pakaian, sandal, aksesoris dan banyak lagi. Korang boleh intai-intai di SINI  dan juga di SINI.Jika sudi Bolehlah klik-klik LIKE & Share hehe..^_~... Produk design dari Perancis keluaran Sophie Paris ini memang best-best. Sebab itulah bila mula-mula melihatnya terus jatuh hati dan terus join member. Join member pun tidaklah mahal sangat yurannya. Cuma RM15.00(SM)/RM16.50(SS) sahaja untuk seumur hidup.

Apa-apa pertanyaan, nak oder atau nak join member untuk dapatkan diskaun ataupun nak jadikan sebagai pendapatan tambahan, boleh email saya mamarey12@yahoo.com. Ataupun boleh pm saya dekat G+ ya..

Saturday, May 17, 2014

CPUV Nuffnang : Whisper Mesh & Cotton


Tergerak hati chek akaun Nuffnang tadi. Alhamdulillah ada satu lagi iklan yang masuk. Iklan Whisper Mesh & Cotton. Start Date 28 April lalu dan masih lagi On Going.  Orang lain dapat bersusun-susun. MaMaRey pula...alahaiii..hehe..Tapi apapun tetap rezeki juga bah kan. Terima kasih Nuffnang juga Whisper sudi meletakkan iklan di blog ini. Brand Whisper antara yang saya suka gunakan. Memang selesa bila dipakai. Tapi untuk Whisper Mesh & Cotton ini belum lagi mencubanya. Lepas ini kena cuba lah. Nak juga tahu kelebihannya macam mana..

Kepada korang semua yang sudi datang bertandang ke blog MaMaRey yang tidak seberapa ini, terima kasih banyak-banyak ya. Walaupun jarang BW dan update blog, korang semua masih lagi datang menjenguk ke sini. Tq banyak-banyak dan selamat berhujung minggu semua. Moga ceria..happy2 bersama-sama dengan insan yang disayangi..(^_~)


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...