YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label Sophie Paris. Show all posts
Showing posts with label Sophie Paris. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Produk Baru

Sabtu lalu saya menghadiri event BC Tamparuli. Teruja sebenarnya datang sebab nak dapatkan katalog dari Sophie Paris. Kali ini Katalog volume 19, katalog terbaru dari Sophie Paris memperkenalkan beberapa produk baru yang menarik.Antaranya seperti di bawah ini.


Perfume Roll On untuk lelaki (WAFIQ) dan wanita (ZAHRA) yang boleh dipakai semasa solat. Botolnya kecil comel senang dimasukkan dalam kocek seluar atau baju bila ke mana-mana.

Bag pink yang comel tu pula ialah tempat menyimpan peralatan makeup. Lipliner, eyeliner, compact powder, lipstic, perfume...boleh masuk semua sekali dalam bag ini. Lebih kemas dan tersusun di dalam. Ada satu cermin kecil tersedia dalam untuk kita menghias wajah. Saiznya 16 x 16 x 12.5cm. Comel jer kan ^^...


Yang ini pula ialah set penjagaan rambut dan juga set penjagaan badan. Untuk set penjagaan rambut ada tiga gabungan iaitu Dandruff Shampoo+Conditioner, Serum dan Tonik Rambut. Ini memang sangat sesuailah dengan saya yang punya masalah rambut gugur. Korang pun boleh try test produk ini nanti ya..^^

Produk set penjagaan badan pula terdiri daripada Green Tea Body Shower, Green Tea Body Scrub dan Green Tea Body Butter. Harumannya memang best. Lembut dan menyegarkan. Diri rasa relax dibuatnya..^^


Ini pula produk Make-Up terbaru dari Sophie Paris. Trio Blush On beserta dengan brush nya. Lip Pencil beserta dengan shaperner nya. Kalau tumpul senang jer tajamkan ^^..Lip Tint dan juga Lip Gloss.

Ada banyak lagi yang baru sebenarnya, yang menarik dalam katalog terbaru dari Sophie Paris. Bag, wallet, pakaian, sandal, aksesoris dan banyak lagi. Korang boleh intai-intai di SINI  dan juga di SINI.Jika sudi Bolehlah klik-klik LIKE & Share hehe..^_~... Produk design dari Perancis keluaran Sophie Paris ini memang best-best. Sebab itulah bila mula-mula melihatnya terus jatuh hati dan terus join member. Join member pun tidaklah mahal sangat yurannya. Cuma RM15.00(SM)/RM16.50(SS) sahaja untuk seumur hidup.

Apa-apa pertanyaan, nak oder atau nak join member untuk dapatkan diskaun ataupun nak jadikan sebagai pendapatan tambahan, boleh email saya mamarey12@yahoo.com. Ataupun boleh pm saya dekat G+ ya..

Thursday, May 15, 2014

Teman Setia

Teman setia ke mana saja..

La Noisette Pouch..Pouch yang menjadi kesayangan saya sekarang ini. Teman setia bila keluar berjalan ke mana saja. Dapat pouch ini semasa special price dalam catalog 17 Sophie Paris yang lalu. Harganya cuma RM22 sahaja. Mula-mula nak jual balik sebenarnya tapi akhirnya saya gunakannya sendiri. Kombinasi warnanya pink & Black memang menarik hati.

Wallet..handphone..pen..notebook kecil boleh dimasukkan semua sekali ke dalam. Itulah sebabnya saya sayangkan pouch ini. Semua benda penting saya sekali ada di dalam. Bila kemana-mana cuma bawa pouch ini saja..ringkas..mudah.. Kecuali kalau keluar berjalan bersama-sama dengan satu family. Pouch ini saya masukkan dalam bag.


Monday, April 7, 2014

Rezeki Abang Dan Adik

Alhamdulillah..Rezeki abang dan adik kali ini. Dua Hero saya join contest mewarna sabtu lepas. Pertandingan ini sebenarnya diadakan sewaktu pelancaran katalog terbaru Sophie Paris. Meriah suasananya dengan gelagat adik-adik yang macam-macam. Ada adik tu bukannya mewarna tapi cuma conteng-conteng lukisan tu saja dan kata siap..hehe..

Sewaktu sampai, acara sudah pun bermula. Kami sampai lambat sikit sebab suami kena ambil kaka di sekolahnya. lepas solat baru lah bergerak. Selesai daftar, anak-anak terus mewarna selepas diberi lukisan. Semangat betul mahu mewarna..^-^

Terima kasih
Jambatan Sophie Paris Tamparuli..

Seronok dua beradik ni dapat hadiah. Rezeki menyebelahi abang(Kcil) dan adik(Dnil) walaupun terlewat sedikit sampai. Hadiah yang diberi ikut kategori umur.

alhamdulillah..
Abang dapat sampul berisi wang. Adik pula dapat beg sekolah dan juga sampul. Yang beg merah biru kecil duduk tumpang menyelit tu MaMaRey punya rezeki hehe..Sekali lagi dapat lucky draw..^_~


p/s: Maaf ya kawan-kawan..belum terbalas lagi jejak korang. Line sangat lah menguji kesabaran..

Monday, March 31, 2014

Last Minit..

Ambil oder ini jumaat minggu lalu. Last minit sebenarnya. Busines Centre (BC) Tamparuli buat closing masa ambil oder ini.

Chek dulu semua barang..
Ini adik ipar punya oder. Baru saja join Sophie Paris pertengahan March lalu. Banyak juga oder dari kawan-kawannya. Tapi ada item yang out of stock. Harap-harap catalog akan datang ada sling bag tu nanti.

Makeup & pouch
Ini pula saya punya.. makeup dan pouch. Oder last minit ambil last minit juga. Semuanya readystock di BC.

Dapat diskaun...Sophie Paris Make-Up.
Suka tengok yang ini. Warna kotak makeup tu berubah-ubah bila digerakkan. Ada 25 jenis warna kesemuanya di dalam. Ini adik ipar dapat diskaun 50% sebab pembelian yang dibuat melebihi RM330 ke atas. Tambah 20% lagi untuk diskaun ahli.

Lama juga berurusan di BC sampai si Hero bongsu tertidur menunggu. Kena chek satu persatu barang yang dioder. Chek dalam dan luar untuk pastikan tiada kerosakkan. Tapi alhamdulilah semuanya selesai juga akhirnya. 


Sunday, February 23, 2014

Cerita Kelmarin

Jam  1:30 petang kelmarin menghadiri event Jambatan Sophie Paris Tamparuli Katalog Volume-17 Launching + Majlis Hari jadi tuan punya BC Sophie Paris Tamparuli. Pergi dengan ditemani seorang sahabat yang baru juga join member Sophie Paris ini. Ini pertama kali sebenarnya join event dorang ini. Majlis ini diadakan dekat Mango Garden Restaurant, bersebelahan dengan Rumah Terbalik. Siapa yang pernah datang ke Rumah Terbalik pasti tahu Restoran ini.

Ok lah jom layan pic bawah yang sempat saya tangkap kelmarin..


sophie paris, mango garden restorant, rumah terbalik
Tulis nama untuk kehadiran dan untuk Cabutan Bertuah..

sophie paris, mango garden restorant, rumah terbalik tamparuli
Acara bermula
sophie paris, fesyen shows, rumah terbalik
Mrs.Sina ~ BC Sophie Paris Tamparuli..
Tangkap pic dari jauh sebab duduk di belakang

Fashion Shows..
Cik adik-adik malu-malu pula naik atas pentas..

Mamam time..Buah tu ambik dulu..

Hah!! kawan tu asyik sangat makan..Tangkap pic tak sedar..hehe

Ni best..makan sambil bercermin hehehe..
Cermin besar dalam Restaurant..

Satay..banyak
bedal ni sebab kuah kacang nya sedap bangett..hehe

Lucky Draw..Rezeki..Masa makan nama di panggil..
Terima Kasih Sophie Paris Tamparuli..

kek harijadi
Kek..Pink Kaler..
Selamat Hari jadi yang ke 53 untuk Mrs.Sina


rumah terbalik, kereta terbalik
Kereta Terbalik..
Ambil dekat Luar Mango Garden Restaurant

rumah terbalik
Rumah Terbalik Tamparuli..
Masuk RM10 (dewasa) & RM5(kanak-kanak)
Ni tangkap masa dalam Mango Garden Restaurant.

 Wah!! banyak sangat pula MaMaRey share gambar ye..huhu..

Apapun selamat berhujung minggu korang semua..Moga ceria..happy-happy bersama keluarga hari ini..^_^..


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...