Mood balik kampung sekarang. Dari kelmarin mula kemas-kemaskan pakaian sebab nak tumpangkan satu bag dengan kereta kawan suami. Chek balik keperluan yang digunakan sepanjang berada di kampung nanti. Chek pakaian anak-anak terutama dua anak yang masih kecil. Perlu bawa pakaian lebih sikit. Makan..comot..main..comot..Baju pun sekejap-sekejap kena tukar. Jadi kena bawa pakaian lebih sikit untuk Puteri dan Hero bongsu saya.
Lepas ini nanti jumpa jiran sebelah. Asal balik kampung saya mesti cari akak jiran sebelah. Minta dia tolong tengok-tengokan rumah sepanjang ketiadaan kami sekeluarga di rumah nanti. Di waktu perayaan beginilah musim si pencuri-pencuri suka pecah masuk rumah. Suka intai-intai rumah orang..Suka cubuk-cubuk rumah orang.
Rumah pun dah mula sedia kemas-kemaskan mana yang patut. Selalunya saya kemas-kemas kan rumah malam sebelum bertolak keesokan harinya. Balik nanti tidak lah serabut tengok rumah yang bersepah-sepah. Perjalanan jauh buat badan penat. Bertambah penatlah pula bila tengok rumah berserabut. Kain baju, cuci sedia yang mana telah dipakai, jangan bagi bertimbun. Tidak mahu nanti, bila balik satu rumah semerbak haruman busuk menusuk hidung. Masa kecil-kecil dulu Ibu selalu pesan kemas rumah sebelum pulang kampung.. "Balik nanti nampak rumah kemas ndalah serabut otak.." Kata ibu..^^
InshaaAllah sabtu ini kami sekeluarga akan memulakan perjalanan pulang kampung. Singgah bermalam di kampung saya jumpa ibu dan bertolak keesokan harinya ke kampung suami. Harap semuanya berjalan lancar. Moga dipermudahkan olehNYA..
Untuk Korang yang balik kampung untuk beraya, berhati-hati semasa dalam perjalanan ya.. Semoga selamat sampai ke destinasi dituju. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapakan buat korang semua sahabat alam maya saya. Maafkan saya kerana jarang membalas jejak korang. Maafkan juga saya jika ada salah dan silap dalam entry juga komen saya.
Kuih makmur kuih kegemaran,
Di Hari Raya dihidang mesti,
Salah dan silap mohon ampunkan,
Jangan disimpan di dalam hati.
Salah dan silap mohon ampunkan,
Jangan disimpan di dalam hati.
kuih makmur tu favorite kita Mama..Selamat hari raya, maaf dan zahir & batin ya...
ReplyDeletesama lah tu Rdz..suka mkn kuih makmur..^^
Deleteslmt hari raya jg Rdz..Maaf Zahir & Bayin jg ya..^^
Makan sampai sakit tekak
ReplyDeleteketupat-rendang di atas meja
Selamat hari raya dari kakak
maaf zahir dan batin jua diminta
slmt hari raya adilfitri jg kak zakie..maaf zahir & batin. .
DeleteSalam Aidilfitri. Maaf. Zahir dan Batin buat MR & family.
ReplyDeletesalan adilfitri jg Fiza..maaf zahir & batin.
DeleteAssalamualaikum MamaRey.
ReplyDeleteWah.. dah nak balik kampung ye.. Semoga selamat sampai ke destinasi.
Ira belum packing lagi. Hehehe..
Ira pun nak mohon maaf andai ada salah dan silap ira pada mama ye.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Semoga gembira bersama keluarga di hari lebaran nanti. :)
walaikumsalam Ira..^^
Deletetq Ira..dah balik kk dah skrg..
slmt hari raya adilfitri maaf zahir & batin jg ira..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSeronoknya...dah balik kampung!
Salam Lebaran buat MamaRey sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
walaikumsalam BM..
Deletesalam Lebaran jg buat BM & family...
begitu jg dgn sy BM kalo ada salah dan silap mohon maaf dn ampun.
selamat hari raya
ReplyDeleteslmt hari raya jg zuhdi
ReplyDeletesuka kuih makmur juga.. selamat hari raya buat mama sekeluarga !!
ReplyDeletemaaf jika ada salah dan silap
bestnye balik kampung
ReplyDeletebalik kg memg seronok kan
ReplyDelete