YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Anak Demam Panas

Baru-baru ini dua orang anak kecil saya demam panas. Risau dengan suhu badan anak-anak yang masih tinggi, segera membawa mereka ke hospital berdekatan di tengah malam. Dalam perjalanan menuju hospital bertembung pula dengan satu kemalangan. Dan untuk pertama kalinya melihat mayat di tepi jalan...Terus alih muka sebab takut dan ngeri.

Sampai di hospital nurse yang bertugas malam itu chek suhu kedua-dua anak saya.Kemudian beri ubat turunkan demam yang main masukkan melalui dubur. Keras badan Hero bungsu saya Yusuf, tidak selesa dengan prosesnya. Maryam pula tendang-tendang akak nurse tu sambil nangis-nangis marah. Senyum-senyum je akak nurse tu..^-^..Lepas itu nurse tu beri dua mangkuk besar air suam dan suruh lap badan anak-anak. Sempat juga nurse tu bagi tips pada saya.

Tips dari nurse itu:

"Lap badan biar basah..rambut pun sama...kasi sisip tu kain di celah ketiak supaya panas cepat  turun..Kalo rambut tu cepat kering maknanya masih panas..tapi cuba tengo kalo suhu turun..rambut tu lambat kering.."

Dengan bantuan suami dan abang sulung melap badan Yusuf dan Maryam, Ahamdulillah....suhu panas kedua-dua anak saya turun. Selepas di chek sekali lagi dan diberi ubat kami dibenarkan pulang. Dan penyebab demam kedua-dua anak saya ialah tonsil bengkak. Masa pulang pula takut-takut keluar dari ER tu sebab mangsa kemalangan tadi di bawah ke hospital tersebut..penakut betul hehe..


Ini pula tips suami saya bila anak-anak demam. Letak kain basah atas kepala. Sentiasa basahkan berulang kali dan biarkan di atas kepala anak..

Tuesday, October 1, 2013

Lagi Info Berkaitan Ular


Lagi info dari +sr. master berkaitan dengan ular. Saya kongsikan disini ya...
Antaranya ialah..


1. Gunakan spray racun macam ridsect..shieldtox..baygon sebagai keselamatan atau pertahanan diri bila ada ular masuk rumah. Ular akan lari bila terhidu bau spray racun.

2. Kenali ular berbisa atau tidak:
  • Kepala 3 segi: ular berbisa. Contoh ular tedung.
  • Kepala bulat: ular tidak berbisa. Contoh ular sawa.

3. Berhati-hati apabila melihat ular kecil berwarna hijau (ular daun). Ada ular jenis ular kapak (berbisa) serupa dengan ular daun.

4. Bila ular berada di bawah kaki, kurangkan pergerakan. Jangan terus lari. Lari setelah ular itu mula beredar dari kaki anda. Sebaik-baiknya apabila ular telah membelakangi anda.

5. Sentiasa hati-hati walaupun sekecil mana pun ular itu. Bisa anak ular lagi berbahaya.

6. Bela kucing spesis tempatan (kucing kampung). Kucing peka dengan kehadiran ular dan mampu menakutkan dan menghalau ular. Ular sensetif dengan kucing. Boleh tengok video ini (my cat was my bodyguard).

7. Untuk hilangkan rasa takut pada ular, pergi ke zoo atau tempat ternakan ular. Pegang ular dengan bimbingan pemilik ular tersebut.

ular tedung selar hitam
ular tedung spesis selar hitam.
Besar dan panjang...

Tengok pic ular di atas tu. Geli campur takut kan tengok...Menurut sr. master, 4 orang anggota telah menangkap ular ini. Kemudian terus dilepaskan di hutan. Tidak boleh dibunuh kerana ianya satu kesalahan. 

Korang boleh lah nanti baca-baca info..tips..pengalaman sr.master di bahagian komen di sini..Ada banyak lagi yang telah dikongsi..

Pounsikou banyak-banyak sr. master kerana sudi berkongsi. Terima kasih juga membenarkan saya berkongsi gambar di atas dalam blog saya ini. Tidak lupa juga video itu..

Monday, September 16, 2013

Tips Dan Apa Perlu Dilakukan Jika Ular Masuk Rumah


Semalam saya mendapat komen dari sr. master di sini dan sini . Katanya, dia ialah anggota Jabatan Pertahanan Awam Malayisa (JPAM) dari Perak. Sudi berkongsi tips juga info tentang binatang berbisa, kebakaran, medik,cpr dan lain-lain. Boleh baca komen-komenya di bawah ini.



Saya taipkan untuk dikongsi bersama ya... Tolong betulkan jika saya tersalah..

Tips Dan Apa Perlu Dilakukan Jika Ular Masuk Rumah:
  1. Call 999. Bagitau terus kes ular.
  2. Bagi no h/p, nama dan alamat rumah. Tidak perlu tunggu ditanya. Bagitau sekali lagi bila disambungkan ke JPAM.
  3. Perhatikan ular tu pergi mana dari jarak jauh. Kalau berani..
  4. Jangan pandai-pandai halau atau bunuh ular. Ular tidak mengejar selagi ia rasa tidak diancam.
  5. Keluarkan kanak-kanak atau orang tua yang tidak berupaya.
  6. Bila anggota JPAM sampai bagitau ular itu di mana.
  7. TIPS: Sentiasa bersihkan halaman rumah. Buang semua longgokkan kayu, pasu, batu dan lain-lain.
Jika ada sarang lebah atau tebuan pun boleh minta bantuan dari JPAM. Call 999 dan minta sambungkan ke JPAM.

Terima kasih +sr. master sudi berkongsi tips dan juga info yang sangat berguna ini. Tapi yang mahu perhatikan si ular tu pegi ke mana, kompem saya tidak berani..Takut campur geli-gelema...

p/s: Teringat dulu, anak saya pernah disengat lebah.

Tuesday, February 19, 2013

Mencuri Tidak Kira Waktu

Pagi tadi selepas melawat beberap sahabat di alam maya, saya pergi melawat pula sahabat di alam nyata yang merupakan jiran sebelah rumah.  Jarang sebenarnya bertandang ke rumahnya kerana kesibukan yang sentiasa melanda diri ini.  Saya pergi dengan ditemani seorang sahabat, juga jiran sebelah rumah.

Pada mulanya kami berborak tentang kucing, bunga, pasu pecah, mesin basuh, air dan kemudian cerita mengenai pencuri. 

Sahabat 1 : Akak sedang stress bah ni sekarang.  
MaMaRey  : Kenapa kak?..
Sahabat 1Air tiada sebab kepala paip luar tu patah..Nda boleh putar.  Mungkin ada orang cuba tolong tutupkan sebab paip akak bocor.  Atau mungkin patah kena pijak sebab pencuri pernah panjat sana..
Sahabat 2 : ya ka..Mau hati-hati sekarang..Siang-siang pun ada pencuri tau..Baru minggu lepas rumah jiran kita kena masuk pencuri..
MaMaRey  : ya ka..nda tau pula saya..(<---- tidak prihatin langsung huhu..)
Sahabat 2  : eiyaa...Siang hari pencuri tu masuk....Habis kunci mangga pintu digunting, dikopek, dicungkil..

Menurut cerita akak itu lagi, pencuri pecah masuk rumah selepas si isteri keluar pergi bekerja.  Suami pula yang sedang tidur tidak menyedarinya dan menyangka jiran sebelah sedang bertukang.  Agaknya terlalu penat bekerja sampai tidak menyedari bahaya sedang berlaku.  Rasanya selepas berlakunya kejadian, tuan rumah itu mungkin menjadi lebih peka lagi terhadap bunyi-bunyi serupa bertukang.

Sebelum ini pun pernah dengar kes pecah rumah kawasan kejiranan saya.  Beberapa kes pecah rumah berlaku di siang hari ketika penghuni rumah tiada.  Bijak si pencuri mengatur strateginya.

Pernah juga ada kes, lori jiran saya telah dicuri.  Berlaku sekitar jam 5 pagi, beberapa minit sebelum waktu kebiasaannya turun kerja.  Sebelum ini tayar lorinya pernah dicuri tapi dia tidak menyangka pula lori sebuah, milik syarikatnya telah diangkat sekali.  

Pencuri sekarang tidak kira waktu bila mencurikan...  Agaknya Pencuri-pencuri ini memang sudah lama memerhatikan mangsanya.  Hanya tinggal menunggu masa sahaja untuk melaksanakan aktiviti jahat mereka itu.

Beberapa Tips Mengelak Kecurian dirumah:
  1. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur.  Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka.
  2. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk.
  3. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam kerana ada bunyi mencurigakan, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  4. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.
  5. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
Untuk lebih banyak tips lagi, boleh baca sini.

Harap-harap tiada lagi kejadian akan berlaku.  Risau juga sebab kes berlaku di kawasan tempat tinggal saya.  

Monday, January 21, 2013

Anak Mula Menggigit

Anak saya berumur 5 bulan sudah mula menunjukkan ciri-ciri tumbuh gigi.  Setiap kali menyusu dia akan mencuba menggigit.  Ibu saya kata "tu tanda gigi anak mau tumbuh, gusinya gatal sebab tu menggigit" Tengok gusi di bahagian bawa memang kelihatan bengkak.  Air liur pun selalu saja meleleh.

Waktu dia suka sangat menggigit, bila masa akhir-akhir menyusus.  Walaupun gigi belum tumbuh keluar tapi sakit juga si kecil mengigit.  Gigit dan tarik-tarik..uwaa..sakit woo..huhu..

Tapi walau macam mana sakitnya digigit oleh si kecil, penyusuan harus diteruskan..(dgn penuh semangat..hehe..) Teringat dengan seorang sahabat dia terpaksa menghentikan penyusuan kerana tidak tahan dengan gigitan anaknya.  Tapi walaubagimana pun dia masih lagi dapat menuysuskan anaknya lebih dari enam bulan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan WHO.
Kongsi sedikit tips agar tidak digigit semasa anak menyusu. 
  1. Selalu bercakap dengan bayi semasa menyusus.  Dia mesti akan terlupa mengigit kerana tengok kita sedang membebel..:)
  2. Bagi getah gegelang gigit (teether) sebelum menyusus.  Sudah dia puas gigit-gigit getah itu baru bagi menyusus.
  3. Kalau anak kelihatan tidak lapar baik jangan dulu bagi menyusus sebab dia akan hisap sikit lepas itu akan gigit-gigit.
Tapi apapun caranya kalau kita telah mengambil keputusan untuk menyususkan anak dengan susu ibu, kenalah biasakan diri akan digigit oleh anak dan biasakan rasa sakitnya.

Lagipun jika dibandingkan khasiat susu ibu dengan sakitnya, rasanya ibu-ibu akan memilih menyususkan anak...Setuju tak...:)

Monday, December 17, 2012

Panduan Mandikan Bayi

Kongsi sedikit panduan mandikan bayi untuk ibu-ibu baru.    Semoga menjadi panduan.

1. Sediakan terlebih dahulu keperluan bayi selepas mandi seperti pakaian, lampin, minyak angin, bedak dan losyen.  

2. Siapkan air suam untuk mandian bayi termasuk sabun dan shampo.  Masukkan air sejuk terlebih dahulu.  Jika air panas dimasukkan terlebih dahulu tab mandian bayi jadi panas dan ia boleh melecurkan kulit si kecil.

3. Gunakan siku untuk menguji suhu air yang sesuai untuk si kecil mandi. Tangan kita sudah terbiasa dengan suhu panas. 

4. Lapis tempat mandi dengan kain atau lapis getah khas untuk mandikan bayi.  Cara ini mengelakkan bayi dari tergelincir dalam tab mandiannya.

5. Sentiasa bercakap dengan bayi atau nyanyikan dia lagu.  Ada bayi yang menangis ketika dimandikan.  Cara ini boleh menenangkan si kecil.

6. Semasa memandikan bayi harus berhati-hati kerana badan bayi licin dan sukar dipegang.   Gunakan tuala tebal yang menyerap air untuk membalut badan bayi agar cepat kering.  

7. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, adalah lebih baik jika ada orang yang membantu memandikan bayi kerana selepas bersalin badan kita masih terlalu lemah. Suami mungkin boleh membantu dalam hal ini.

8. Mandikanlah bayi dengan penuh rasa kasih sayang kerana masa mandi adalah masa yang menyeronokkan, meriangkan dan menyegarkan bagi si kecil.


Thursday, December 13, 2012

Tips Banyakkan Air Susu

Kongsi sedikit tips banyakkan air susu yang selalu saya amalkan:

1. Susukan bayi sekerap mungkin.  Sebabnya ialah, lebih kerap bayi menyusus akan lebih banyak air susu terhasil.  Jarak penyusuan tidak melebihi dua jam.

2. Saya mengamalakan minum banyak cecair. Selain minum banyak air kosong saya juga banyak minum susu seperti susu Enfamama, susu kacang dan juga minum sup ayam dicampur halia.  

3. Minum teh dan minuman yang mengandungi kafien kalau boleh saya ellakkan. 

4. Makan banyak sayur-sayuran seperti kacang panjang, taugeh, jagung muda atau apa-apa saja jenis sayur.  Samada digoreng atau direbus campur dalam sup.  

Banyak lagi sebenarnya tips-tips yang boleh diamalkan tapi tips-tips diatas saya amalkan selalu agar air susu sentiasa banyak.  

Saya menysusukan anak dengan susu badan penuh tanpa memberi susu formula kerana khasiat susu ibu tersangatlah ajaib.  

Friday, November 23, 2012

Penyusuan Di Tempat Awam

Ramai wanita yang mungkin risau bagaimana menyususkan bayi ketika berada di tempat awam.  Di bawah sedikit tips bagaimana caranya.  Harap dapat membantu.
  • Pakai baju yang berbutang.  Kancing boleh dibuka dari bawah dan bahagian atas tidak akan terdedah.
  • Pakai baju dua lapis.  Camisoles atau t-shirt tanpa lengan di pakai di bawah baju utama, supaya apabila baju diangkat untuk menyususkan bayi bahagian perut tidak terdedah. 
  • Jacket juga boleh melindungi badan kita dari terdedah ketika menyusukan. 
  • Baby ring sling adalah cara yang selalu saya gunakan.  Bahagian kain yang panjang digunakan untuk menutup sebahagian badan kita. 
  • Minta suami berada di depan bagi menghalang pemandangan orang awam.
  • Baby walker, tuala atau selimut juga boleh digunakan jika suami sedang sibuk melayan anak-anak yang lain. 
  • Jika ada orang tengok-tengok, pandang-pandang anda, anda tengok dan pandang  balik.  Orang itu pasti akan mengalihkan perhatiannya.  Kalau budak kecil yang berbuat demikan senyum balik pada dia :)
Ibu harus berasa bangga kerana sedang memberi sesuatu yang besar manfaatnya kepada si kecil. Jangan berasa malu dan tidak perlu berkurung di rumah saja kerana risau menyususkan bayi di tempat awam.

Thursday, November 1, 2012

Sarung Tangan Bayi jadi Handphone Cases

Sarung Tangan bayi (Baby socks) boleh  dijadikan sebagai cases untuk handphone, cell phone atau iPod. 

Sarung Tangan baby

Ia boleh melindungi permukaan handphone kesayangan anda dari tercalar oleh duit syiling, klip rambut, kunci kereta atau apa saja  ketika dalam handbag dan poket .

Handphone cases

Kalau anda ada baby socks yang tidak digunakan mungkin anda boleh menjadikannya sebagai handphone cases yang cute seperti di atas.

Tuesday, October 23, 2012

Tips Menjaga Anak Demam

Kongsi tentang tips bagi anak makan ubat.  Semoga bermanfaat.
  1. Beri ubat demam mengikut sukatan dan jenis ubat yang telah disarankan oleh doktor.
  2. Bagi mengelakkan dehidrasi, berikan cecair seperti air dan jus buah-buahan sekerap mungkin. Bagi bayi menyusu badan susukan sekerap mungkin.
  3. Sentiasa lap badan anak anda dengan kain basah yang diperah.  Lap bahagian dahi, muka dan di celah-celah bahagian badan anak anda seperti celah lengan dan kaki.  
  4. Pakaikan anak anda pakaian kapas yang nipis.  Jangan selimutkan dengan selimut yang tebal atau membalut badan anak anda untuk mengurangkan suhu badan.
  5. Beri anak anda makanan yang mudah dihadam seperti bubur dan sup untuk menambah tenaga juga cecair dalm tubuh mereka.  Jangan beri makanan berlemak kerana ianya sukar dihadam. 
  6. Elakkan anak anda dari terdedah angin sejuk.  Suhu normal atau suhu bilik adalah baik untuk anak demam.
  7. Jangan biarkan anak anda tidur bersendirian agar anda dapat bertindak segera jika suhu badan terlampau tinggi.
  8. Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius jika melebihi 39 darjah celcius boleh menyebabkan sawan atau ketegangan urat saraf yang boleh menyebabkan kecacatan kekal.  Oleh itu sentiasa awasi suhu badan anak anda ketika demam.  

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...