Monday, February 4, 2013

Ular Hitam Masuk Rumah Jiran

Terkejut tadi waktu sampai rumah.  Anak saya bagitau rumah kakak, jiran sebelah rumah kami dimasuki ular.  Saya yang dari kedai tidak sempat meletak barang terus saja pergi tempat kakak itu.  Kakak itu bagitau dia nampak seekor ular dekat rumahnya.  Dia kelihatan terkejut dan nampak pucat.  

Ceritanya kakak itu keluar mahu membuang sampah.  Oleh kerana terdengar azan, dia membatalkan niatnya untuk membuang sampahnya itu.  Sampah diletakkan dan mahu masuk kembali ke rumahnya untuk solat.  Sewaktu berpusing masuk ke rumah, dia terkejut bila melihat seekor ular hitam.  Hitam yang gelap sangat. 

Apa yang menghairankan kakak itu, waktu dia keluar ular itu tiada pula disitu.  Dia cuma meletakkan sampahnya dan pusing dan ternampak ular itu. Lagi dia rasa pelik ular yang dilihatnya tadi serupa benar dengar ular dalam mimpinya.  Ada beberapa kali dia termimpi ular itu. 

Naik juga bulu roma bila dia bercerita.  Sampai kakak itu takut mahu masuk dalam rumahnya sendiri.  Saya temankan kakak itu sampai suaminya pulang.  Rasa mahu tengok juga ular itu tapi takut la..

Harap-harap ular itu sudah melarikan diri.  Teringat pula masa mengandung, pernah mimpi ular kecil-kecil yang sangat banyak..Takut bercampur geli waktu dalam mimpi itu eeeeiii..hehehe...Suami pun sama, pernah termimpi ular tiga kali semasa saya mengandung.  Entahlah apa maksudnya...

25 comments :

  1. semasa di dalam pantang arwah anak kedua, lihat ular lalu dalam rumah dari arah dapur hingga ke ruang tamu, ngeri tapi tahan hati sebab ketika itu sedang menyusukan anak..

    ReplyDelete
  2. ermm.ngeri....cuba suh dia tanya pada orang2 alim..mungkin ada sesuatu...tataulah kan

    ReplyDelete
  3. saya pun nak tau apa maksud yer kalau mimpi ular. tapi pelik la ular kat rumah jiran tu. kan.

    ReplyDelete
  4. ular bermaksud syaitan ataupun sihir..bila mimpi dipatuk ular maknanya sihir dah masuk dlm badan kita..hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete
  5. ish..minta dijauhkan mimpi gini..mmg seram

    ReplyDelete
  6. tak tangkap ke ular tu? hopefully dah lari jauh2 dari kwsn rumah

    ReplyDelete
  7. Hmmm suspen aje cerita ni mama...harap-harap semuanya ok...

    ReplyDelete
  8. tktunyer..bhye pula tu..hati2 ye mama

    ReplyDelete
  9. Seramnyaaa kak. Huhuhu. Takut saya ular2. Makcik sy pernah nmpk ular dalam bilik. Bila panggil ustaz. Rupanya itu ular jelmaan. Kalau terlangkah ular tu boleh jadi busung. Ada org hantar nk buat jahat kt mkcik sy. Fuh. Seram

    ReplyDelete
  10. Salam mamarey. thanx sebab sudi singgah blog saya.

    pernah dengar dalam satu kuliah, ustaz ni biasa masuk tv3. dia pandai bab bab sihir dan gangguan jin. antara tanda tanda jin ganggu manusia melalui mimpi benda kotor maca ular hitam. tapi tak semestinya mimpi ular itu gangguan jin. cuma salah satu tanda saje. :)

    ReplyDelete
  11. ada erti kot...xpe,doa byk2 supaya xjadi apa2x:)

    ReplyDelete
  12. memang takut kalau ular hitam. harap2 takde pape lah.

    ReplyDelete
  13. Yang saya tahu, kalau mimpi kena patuk ular tu maksudnya ada orang nak masuk meminang :)

    ReplyDelete
  14. dah keluar ka ular tu. isau plak malam2 nak tido nanti

    ReplyDelete
  15. tiba2 teringat pulak x lama dulu... few years back yang ular hitam elok jer berlingkar kat depan pintu pagar porch masa saya balik kerja... hu hu hu...bila ingat2 balik..seriau pulak rasanya...

    ReplyDelete
  16. bahaya juga kalau ular sampai masuk rumah ni, nasib baik tidak ada apa2 perkara buruk berlaku

    ReplyDelete
  17. Erk! takutt nya...fobia dgn ular...harap2 ular itu hanya ular biasa.. takut juga..nauzubillah! mintak kakak tu banyak berdoa ya Mama Rey..

    ReplyDelete
  18. Memang ada dalam islam, sesuatu mimpi itu memberi petanda dan salah satunya berjumpa ular. Takut menjadi syirik..baik bertanya kepada ustaz ataupun orang alim sebagai rujukan...Wallahualam.

    ReplyDelete
  19. mimpi ni kadang2 alamat kat kak? tapi tak tahu lah, tu semua kuasa tuhan.. :)

    ReplyDelete
  20. Err takutnya. Xpernah lak terserempak dgn ular

    ReplyDelete
  21. cuba tanya pd ustaz2 yag lebih tahu.. KA mmg takut bab2 ular2 ni

    ReplyDelete
  22. mama saya pernah cakap klu ada org perempuan mengandung dlm rumah ular mudah datang..xtau sebab apa..pas tu org tua2 dulu pesan klu tak nak bagi ular datang ambil daun limau purut atau buah limau purut letak atau kepit dekat pintu..atau pon letak setiap penjuru rumah..saya tak tau kenapa..:)

    ReplyDelete
  23. call 999.operator kecemasan akan sambungkan ke jabatan pertahanan awam(jpam).hp kredit dh hbis pn bleh kol 999.trus ckap kes ular.bgi no hp anda,nama dan alamat umah.xpyah tunggu operator tanye.bile dh dia smbungkan ke jpam,laporkan lagi skali.kalau anda brani,masa bt kol,perhatikan ular 2 p mane.pehati dr jarak jauh.jgn pandai2 halau atau bunuh.ular xkan kejar selagi dia xarasa diancam.kluarkn kanak2 atau org tua yg xberupaya.bile anggota jpam sampai,bgitau kt mane ular 2.
    Tips...sentiasa bersihkan halaman umah.buang semua longgokan kayu,pasu,batu dll.
    Tips...jika ader sarang lebah atau tebuan pn anda masih lgi bleh call 999.minta sambungkn ke jpam.
    sekian.

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...