Monday, September 2, 2013

Tamu Ahad Di Tuaran


Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas. 

tamu
Tamu Ahad Di Tuaran, Sabah.
Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi.


ikan
Barang basah
Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus..

cendawan
Demo cendawan
Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganyaPakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu.

"Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam"

Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...

sayu-sayuran
Pelbagai sayuaran..
Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan.


gula kapas
Abang gula kapas
Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:)

mainan
Mainan
Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe..

kuih
Kuih Penjaram
Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:)

27 comments :

  1. wah boleh tahan murah2 harganya... mesti seronok shopping di Tamu Ahad ni kan mama Rey?

    ReplyDelete
  2. wahh..banyak barang kat sana..mun jarang gi pasar pagi2 ni..hoho

    ReplyDelete
  3. Belum pernah sampai tuaran mama..Tawau dah sampai..nway kita suka gula-gula kapas tu. favorite masa kecil tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah Raudz..kesukaan masa kecik2 dulu..beli satu..habis..nak lagi hehe

      Delete
  4. Saya kalau balik kampung, xmiss untuk pergi pasar...seronok melihat pelbagai jualan yg lain dari yg lain.
    Best pasar di Tuaran ni, paling teruja nak tgok memerang main bola!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pula yg seronok tengok memerang tu BM..mcm budak kecik tengok..hehe..pegi tamu Tuaran ni mmg mcm2 boleh dpt..harga pn bole tawar2..:)

      Delete
  5. wah! meriahnya pasar Tamu Tuaran.. sdh lama ndak pigi mana2 Tamu bah.. sini jarang...
    adoii nampak kerang tu..terliur mo makan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa tu aTie ramai betul pengunjung dtg p tamu Tuaran tu..sesak..mau jln pun mau besisip-sisip bah..
      sy ada beli sebungkus tu aTie..rm2 jak

      Delete
  6. suka nyer tgk pelbagai jenis sayuran tu.... segar2...

    ReplyDelete
  7. oh tamu tu pasar.. ingatkan tetamu. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang lah Chic Na..tp Tamu tu besar sikit dn lebih byk pilihan...

      Delete
  8. Saya jadi pingin mencicipi rasa Kuih Penjaram ini karena saya masih penasaran bagaimana rasanya.

    ReplyDelete
  9. Memang geram tengok barang2 kat pasar tu MR kalau boleh nak dibeli semuanya kan...
    Jauh ke dengan rumah tu?
    Kuih penjaram pun ada? OKje suka jugk kuih tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jg jauh sgt kak OKje..
      suka juga ke..hehe..kalau ke Tamu mmg kuih ni lah yg dicari..:)

      Delete
  10. Wah!. Best ni Mamarey.
    Cuaca pun nampak redup je, seronok la nak
    berpusing satu pasar.

    ReplyDelete
  11. saya pun suka p pasar (cam mak saya, hee)..
    kalau kemana2, mesti nak tengok pasar dia, ikan apa, sayur apa...
    kadang2 bawak balik juga walaupun suami bising sebab sampai rumah dah layu, heee
    teringat saya bungkus pucuk midin dari kuching naik flight. sampai rumah 1/2 tak leh makan, heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak menahan tengok ikan sayur segar2 kan kak ANIM..mcm nak beli semua je..:)
      wah..1/2 tak bple makan..sayang tu kak

      Delete
  12. saya tak pernah lagi sampai di Sabah...Bintulu Sarawak pernahlah...agak2nya lebih kuramg ker dengan Sarawak Mama Rey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn blm prnh pegi Sarawak siti..
      rasanya barangan yg dijual ada berbeza kot..

      Delete
  13. mamarey..
    tamu ahad di tuaran tu nama tempat ke?
    hehe..sorry, ira tak tau..
    kiranya ni pasar pagi la ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuaran tu nama tempat Ira..Tamu tu mcm pasar jg Ira..Tamu di Tuaran ni tiap ahad dr 6 am hingga 2pm beroperasi...

      Delete
  14. x pernah lagi ke Sabah…huhu..mesti best kan kak?

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. seronk KA..boleh cari mcm2 barang..lg best dpt ikan2 yg segar2..;)

      Delete
  16. hehe..macam-macam ye ade di pasr ni..boleh beli kat satu tempat je...senang..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...