YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label Tamu. Show all posts
Showing posts with label Tamu. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Tamu Ahad Di Tuaran


Awal pagi ahad kelmarin, jalan-jalan ke Tamu Ahad Di Tuaran. Tempat mencari barangan dapur basah atau kering yang pelbagai. Bertolak seawal jam 6 pagi untuk elakkan kesesakan jalan dan cuaca panas. 

tamu
Tamu Ahad Di Tuaran, Sabah.
Suasana Tamu Ahad Di Tuaran. Orang masih kurang. Setiap ahad ia beroperasi seawal jam 6 pagi hinggalah jam 2 petang. Macam-macam boleh dapat di Tamu ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, ikan-ikan segar, ubat-ubatan, kuih-muih, baju-baju dan banyak lagi. Hujung ke depan dalam gambar ialah tempat memilih barangan dapur dari sumber laut. Ikan, kerang, udang, ketam, rumpai laut dan macam-macam lagi.


ikan
Barang basah
Ikan Talapia, RM10 setompok. Sebelah ikan talapai tu kerang. Kerang RM2 sebungkus..

cendawan
Demo cendawan
Cendawan dalam bahai(plastik) biru, RM5 harganyaPakcik Dusun tu siap bagi demo lagi. Nampak kaler putih atas beg tu. Itu ialah kulit batang cendawan yang dikupas oleh pakcik tu.

"Ko kasi buka kulit dia dari sini bawah ni batang cendawan...Baru lembut makan...Sedap baini cendawan kalo kasi sup..manis..Sia pakai tanah tanam"

Owh..Macam itu rupanya. Kupas kulitnya supaya lembut batang cendawan tu bila dimasak. Pounsikou(terima kasih) tips ni uncle. Nanti akan ditry..;) Selama ini saya main buang saja batang cendawan tu. Adehh...membazirnya...

sayu-sayuran
Pelbagai sayuaran..
Pucuk ubi, jantung pisang, buah pisang dan macam-macam lagi. Saya beli halia RM2 seikat. Nampak benda panjang hijau, hujungnya kemerah-merahan tu..Itu ialah batang tuhau sebelum dikupas kulitnya. Sedap kalau dibuat Jeruk Tuhau. Dalam botol penutup kuning dan merah tu pula Jeruk Buah Bambangan.


gula kapas
Abang gula kapas
Abang jual gula kapas sedang berdiri di tepi jalan menunggu peminat-peminat kecil datang membeli. Teringat pula masa kecil-kecil dulu, selalu beli gula kapas ni bila mengikut ibu atau nenek ke tamu..:)

mainan
Mainan
Ini bahagian kesukaan anak-anak kecil, kereta mainan..Dalam mangkuk besar tu pula ialah memerang mandi-manda sambil bermain bola. Mainan yang menggunakan bateri. Ni kalau budak-budak tengok mesti suka. Saya pun terberhenti sekejap tengok. Seronok pula tengok si memerang tu bermain bola..hehe..

kuih
Kuih Penjaram
Singgah beli kuih kesukaan hati, Kuih Penjaram. Ada tiga jenis rasa. Hijau, pandan. Coklat, gula melaka. Putih, biasa. Saya beli ketiga-tiga jenis. RM1 untuk empat keping. Baru keluar dari kuali..:)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...