Kapurung ialah sejenis makanan. Saya mula mengenali makanan ini dari seorang sahabat berasal dari Indonesia. Mula-mula dengar nama makanan ini rasa pelik sikit juga sebab belum pernah mendengarnnya sebelum ini. Pertama kali mencubanya, boleh tahan juga rasa enaknya.
Kapurung
Ini kapurung kawan beri. Katanya, buat tak banyak..kacang pun tiada bubuh.
Sahabat saya menggunakan tepung kanji yang dituang dengan air panas mendidih kemudian dibentuk bulat kecil-kecil. Kapurung ini dicampurkan dengan isi ikan, sayur-sayuran, tempe dan ditabur dengan kacang tumbuk.
Apa yang menarik tentang sajian ini ialah kesemua bahan-bahannya direbus. Banyak sayur-sayuran rebus seperti kacang panjang, bayam dan kangkung digunakan dalam menu ini. IKan juga direbus dan isinya diambil.
Kapurung disajikan bersama dengan air kuah yang banyak. Kuah yang digunakan ialah air rebusan ikan dan sayuaran tadi. Boleh dikatakan makanan ini menu yang sihat. Sangat sesuai juga bagi yang tidak mahu ternak lemak.
Tepung yang telah dituang dengan air panas mendidih dan dibentuk bulat.
Lebih menarik lagi Kapurung tidak perlu dikunyah-kunyah. Terus telan begitu sahaja. Tapi isi ikan dan sayu-sayuaran kena kunyah lah..Tercekik lah pula..hehe
sambal dan limau
Makan Kapurung ini tidak sedap jika sambal tiada. Saya suka sambal ini sebab ada campuran tomato dan boleh bakar lemak hehe... Sambal dan limau ini penyebab utama rasa enak makanan ini.. Bagi saya lagi kaw pedas dan masamnya, lagi kaw-kawlah menikmati Kapurung ini..:)
Sekarang ini, saya sudah mula menyukai makanan ini..:)
# Maaf sahabat semua kerana lambat membalas kunjungan kalian. Terima kasih tidak terhingga yang sudi datang singgah membaca bebelan MaMaRey..^______^
Mmg menu sihat ni...
ReplyDeleteKuah tu mcm rasa sup ikan ke? Ke ikan direbus tanpa letak apa apa?
kuah dari air rebusan ikan dan sayuran..cara buatnya kurang tahu Aisy..pernah sekali saja tengok member tu buat tp tak ingat..sy tau makan je hehehe
ReplyDeletecam teringin jer nak rasa, kena google, mana tau ada resepi
ReplyDeletecubala Umi..mungkin ada tu.:)
DeletePelik tapi nampak macam best Mama.kita sebenarnya suka any kind of food yang guna banyak kuah..nanti kita habiskan kuah aje and tinggalkan bahan-banah lain..he..he
ReplyDeletehehehe..sama mcm anak sy sukakan kuah
DeleteI pernah makan something with kanji lebih kurang macam ni my sarawakian friend buat, tapi tak sama kapurung kot. Memang sihat la kan langsung tak der lemak.
ReplyDeletesemuanya maen rebus je Nastyna..menu sihat..:)
Deletemacam diperbuat dari sagu je, macam makanan org sabah.. menarik!
ReplyDeletemungkin yg Ainaa maksudkan tu ambuyat kot..
Deletefirst time dengar dan tengok makanan ni....
ReplyDeletesy pun sbnrnya baru kenal makanan ni
DeleteFIRST TIME DGR TTG MAKANAN NI
ReplyDeleteTP TERINGIN NK TRY SBB IANYA MENU YG SIHAT KAN
menu sihat sbb semuanya direbus begitu saja
Deleteterasa mcm nk rasa plk makanan ni...bunda pencinta maskanan berasaskan ikan n sayur..
ReplyDeletesama juga Bunda..pencinta makanan..kalau kena selera kompem dua kali tambah hehe
Deletefirst time dnga kapurung
ReplyDeleteboleh tahan jg rasanya tau Mimi..:)
Deleteassalam..ehem banyak makanan yg unik ada diindonesia..aritu mama ke bandung & medan memang byk makanan unik tapi mama tak berani utk mencubanya..setiap hari mama hanya makan nasi padang..he2x..
ReplyDeletewasalam mama..
Deletenasi padang pun sy tak pernah cuba apalagi pegi Indonesia..cian..hehe
tengok dari gambar saja pun kak zu tau yang kak zu akan suka makanan ni..
ReplyDeletetambah sedap kalau ada sambal dan limau kak Zu..:)
DeleteMcm best jeaa.... mcm amplang (mknan sabah. Xtaw betulx eja. Hihi ) laa hihi.
ReplyDeletebetul la bah tu NinaAz..nanti dtg sabah try la makan kapurung hehe
DeleteKlu di sini selalu lah makan kapurung ni Mama Rey.. kawan2 berbangsa bugis yang buat kan.. hehe.. suka juga makan, tapi ndak pernah lagi buat sendiri..:)
ReplyDeleteWaahh..beruntung bah Atie ni selalu makan kapurung..
Deletekawan sy yg buat tu bangsanya Tator..
tak pernah dengar mama..nie baru tau..ada beberapa menu indonesia je yg saya tau..:-)
ReplyDeletesy pun baru2 saja mengenali makanan ni..:)
DeleteTk pernah dengar dan tk pernah mkn..tp mmg sihat la menu ni .
ReplyDeletesihat sebab bahan2nya direbus
Deletefirst time dengar ni. mcm sedap je.
ReplyDeletetambah sedap dimkan bila bubuh sambal dn limau
Deletewah..1st time dgr kepurung..xpenah tgok secara live..tetbe2 t'ign nk tgok..tgok je la~~hehe..x)
ReplyDeletetengok je la ya...hehehe..
Deleteuniknya kepurung ni..1st time dengar n nampak..terasa nak mkn pon ade..hihihi
ReplyDeletehehe..Mommy habis pantang dulu baru cuba try test..hehehe
Deletefirst time dengarrr dan nampak serius sangat sedap
ReplyDelete