Sunday, February 3, 2013

Kek Coklat Kukus

 Resepi Kek Coklat Kukus ini saya belajar dari buku masakan Chef Hanieliza.  Kawan yang bagi tengok buku Chef ini mula-mula dulu.  Resepi kek Chef Hanieliza ini saya suka buat sebab ia sangat mudah dan ringaks untuk disediakan.  Kek ini sedap sebab ada rasa coklat yang memang kesukaan hati..:)

Ini buku Resepi kawan bagi pinjam dengan saya.  Fotocopy, itu sebab kaler hitam putih..hehe..
Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Kek Coklat Kukus ini.  Saya tengok dari buku di atas itu.

Bahan A 

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C 
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat Kek
1. Panaskan kukusan.
2  Kacau semua bahan A dalam mangkuk besar.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.  kacau rata.
5. Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan dalam adunan tadi.  Kacau supaya tidak bergentel.
6. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat.

Krim Coklat 
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mantega

Cara Membuat Krim Coklat
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko dalam periuk.  Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana.  Kacau sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau sampai pekat.lagi.
4. Sapu atas kek bila nampak coklat agak pekat.

 Boleh juga tengok resepi ini di sini.


Ini dia Kek Coklat Kukus hasil buatan MaMaRey dan bantuan dua orang hero di dapur semalam. Ini potong masa masih panas-panas lagi sebab anak-anak tidak sabar mahu mengunyahnya.  Potongan pun nampak tidak cun..huhu

19 comments :

  1. nampak menggoda je topping coklat tu. nyummm..

    ReplyDelete
  2. hehe..
    kita selalu buat tak jadi. huuu~

    ReplyDelete
  3. Rajinnya...kek yg sdap perlu dikongsi bersama, pos sini sikit...hehe...

    ReplyDelete
  4. WOW..SEDAPNYA..NAK MTK SEPOTONG BOLEH? :)

    ReplyDelete
  5. kek coklat..sedapnyaaa, bahan-bahan pun nampak senang =)

    ReplyDelete
  6. lama gak tak buat kek coklat ni.sedapnya kalau dpt mkn utk minum ptg ni

    ReplyDelete
  7. saya pun suka tgk resepi chef hanieliza... selalu menjadi bila cuba, kan?

    ReplyDelete
  8. Hero bantu makan....hihihihi.
    Mesti sedap..

    ReplyDelete
  9. ini pun salah atu fav kami, sebab senang dan tak risau kek naik ker tak. ahaaha

    ReplyDelete
  10. nampak sedap je kek coklat..resepi yg enak..lepas nie kena gi beli la..:-)

    ReplyDelete
  11. nnti cuti CNY bolehlah buat..anak2 semua semua balik bercuti..baru meriah makan ramai ramai...

    ReplyDelete
  12. Best ni mama..memang favorite chocolate cake ni especially yang terlebih moist..yummy

    ReplyDelete
  13. boleh try nnt ni...PC dah lame plan nak buat kek coklat kukus ni...tapi tak tahu nak buat camne...tq for sharing!

    ReplyDelete
  14. huishhh sedapnyaaaaa.. nak try buatlah nanti time cuti pjg...

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...