Thursday, January 17, 2013

Boys' Brigade

Petang kelmarin anak saya yang belajar di kelas tahun 4 baru sampai dari sekolah bertanya...

Anak:Mummy boleh saya join Persatuan Boys' Brigade di sekolah..
MaMaRey: Kalau rasa minat, join la..:)
Anak:Tapi kena bayar yuran rm50..bila-bila masa pun boleh bayar..
MaMaRey: Ok..yuran tu jangan risau ya nak..nanti bagitau Abah.  Kalau berminat, join saja..
Anak:Ok..Bestla aktiviti dia..seronok main tadi..(dgn wajah yang gembira)

Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang Persatuan Boys' Brigade ini.  Dulu-dulu disekolah cuma pernah join Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri saja.  Maka dengan rajinnya saya mengoogel tentang persatuan ini.  Dan terjumpalah saya maklumat dari sini, Boys' Brigade (BB) Malaysia.

Persatuan ini kira organisasi seragam yang pertama di dunia.  Lebih tua dari Persatuan Pengakap.  Diasakan oleh seorang guru bernama William Alexander Smith pada tahun 1883 dan pernah berkhidmat sebagai Leftenan.
William Alexander Smith

Di Malaysia pula Boys' Brigade mula bertapak pada tahun 1946 dan waktu Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, The Boys 'Brigade dijemput  mengambil bahagian dalam Perarakan Merdeka (Independence Day Parade).  Info lanjut lagi baca di website BB Malaysia

Boys' Brigade juga diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai aktiviti tambahan kokurikulum sekolah.

Persatuan sekolah macam ini memang bagus untuk anak-anak.  Banyak aktiviti yang boleh disertai. Bagi saya tiada halangan untuk menyertai apa-apa pun persatuan sebab kecemerlangan sekarang bukan dinilai dari segi pencapaian akademik saja.  Pencapain kokurikulum juga turut sama dinilai.  Sekarang ini pun muri-murid sekolah wajib kena ikut aktiviti kokurikulum sekolah. 


# psstt... kakzakie huruf 'e' sudah pulih.  Saya ada buat sisatan dan kompem bukan Nastyna yang kacau hehehe...

19 comments :

  1. nice... asalkan dia gembira kan sis? dan masa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah...at least boleh belajar something di situ... ^_^

    saya pulak masa primary, masuk Pengakap...sekolah menengah Renjer Puteri... he he he... (Puteri la sangat...)

    ReplyDelete
  2. Setiap murid yg masuk tahun 4 telah diwajibkan ambil salah satu koko pakaian beruniform. Anak kakak kena Tunas Puteri sedangkan dia hendak Bulan Sabit Merah macam kakak-kakak dia..

    ReplyDelete
  3. Baru tau! sebelum ni x pernah tau pun! heee... ;)

    ReplyDelete
  4. wahh cikgu anis pun baru tahu kewujudan persatuan boys briged ni

    ReplyDelete
  5. Baru plak Kak tau persatuan ni.
    dulu2 masa Kak sekolah mcm ndak ada persatuan ni di sekolah..hehe..kak dulu2 aktif Puteri Islam & kelab alam sekitar jak...:)

    ReplyDelete
  6. bagi saja galakan pada anak2 utk aktiviti yg bagus mcm ni

    ReplyDelete
  7. first time dengar BB ni, zaman nisah sekolah dulu takde BB ni ..
    zaman dah berubah.. hehe

    ReplyDelete
  8. bagus bagi galakan utk anak2 jopin persatuan beruniform kan..skrg nak masuk uni pon kena ade merit on Ko ko..

    ReplyDelete
  9. Sekarang banyak pilihan untuk budak-budak. Peluang untuk mereka mencari potensi diri dan mengembangkan bakat kepimpinan.

    ReplyDelete
  10. siasatan nampaknya berjaya yer mama Rey. eeii saya time skolah dulu suka sangat la dgn badan uniform ni, terasa diri power kejap, very good untuk self esteem tau. Bagus2.

    ReplyDelete
  11. Budak zaman sekarang banyak pilihan. Biarlah kebebasan memilih diberi kepada mereka. Selain boleh mencungkil potensi diri, kegiatan seperti ini boleh mengembangkan bakat kepimpinan mereka.

    ReplyDelete
  12. xtau plak ada persatuan brigade ni..

    ReplyDelete
  13. bagus berpesatuan ni,Tringt zaman skolah dlu

    ReplyDelete
  14. pestaim dengar jgk...macam macam seklolah skrg ni kan

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Mamarey...zaman sekolah akak dulu biasa dgr ni. Skrg Pengakap yg budak2 tau. Anak kakpb pun suka sgt aktif kokum mcm ni, semua nak join. Skg sibuk dgn pemilihan bola sepak sekolah.
    Bagus kalau anak mamarey aktif.

    ReplyDelete
  16. Tak tahu pun pasal persatuan ni. Bukan mcm pengakap ke..

    ReplyDelete
  17. Anak saya pun tahun ni kena join koko. Dia nak masuk pengakap katanya. Tapi boleh pilih sendiri ke atau cikgu yang pilih.

    ReplyDelete
  18. bestnya skolah anak mama adakan aktiviti ni.. seronok budak2 dpt join :)
    baru tahu pasal william tu..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...