Thursday, January 31, 2013

Rumpai Laut

Pagi tadi selepas dari membawa anak ke klinik terus singgah di pasar berdekatan.  Pusing-pusing di pasar sambil menggendong anak yang beru kena cucuk jarum, ternampak pula rumpai laut.  Sebenarnya lama sudah teringin untuk membeli rumpai laut ini.  Khasiatnya yang banyak seperti menegangkan dan melicinkan kulit, menimbulkan minat saya untuk menjadikannya makanan kesukaan hati..^__^

Banyak jenis rumpai laut yang dijual di pasar tadi.  Ada yang jenis berbiji-biji ada yang juga jenis bentuknya macam ranting kayu.  Ada juga yang jenis kering dan berwarna.  Ia dijual dengan harga yang murah dan diletak dalam piring.  Rumpai laut jenis macam ranting kayu saya pernah cuba sebelum ini.
Rumpai Laut jenis berbiji-biji

Saya beli sepiring rumpai laut yang jenis berbiji-biji dengan harga RM1.  Nama jenis rumpai ini saya kurang pasti.  Cuba dulu rasanya macam mana.  Untuk menyediakannya senang sahaja.  Si penjual yang ajarkan bagaimana cara untuk menyediakannya.  Cuma perah dengan limau dan bubuh cili.  Tapi saya telah memandai-mandai dengan menambah garam dan gula hehe...

Nampak layu pula Rumpai Laut MaMaRey ini.

Boleh tahan juga rasanya rumpai jenis ini.  Saya suka kunyah biji dia.  Rasanya sedap.  Tapi kenapa pula rumpai yang saya sediakan itu nampak macam layu.. huhu...Agaknya saya telah terlalu mencucinya sehingga menjadikkannya sebegitu rupa..hehe


# Kepada kawan-kawan semua, maaf kerana tidak dapat berkunjung balas sebab kena layan anak yang baru dicucuk jarum.  

22 comments :

  1. wah...mama...kita ada chemistry hari ni.. sama2 duk cerita pasal rumpai laut dan pure marine collagen... ^_^

    ReplyDelete
  2. nampak cam sedap je. tak pernah try.

    ReplyDelete
  3. Nisah tak pernah nampak pula di pasar ada jual rumpai laut. err ni kat pasar mana ni?

    ReplyDelete
  4. tak pernah tgk real..lagi rumpai laut nie

    ReplyDelete
  5. My mom pun suka makan rumpai laut, tapi saya tk tau pulak jenis yg mana. Dia selalu buat kerabu..

    ReplyDelete
  6. Selalu dengar pasal khasiat rumpai laut ni tapi belum pernah makan lagi. Macam mana rasanya ye..

    ReplyDelete
  7. Jaga anak tu ..hahahhahahah
    Dah baik jangan lupa singgah ke sini...

    Rumpai laut..tak pernah makan.
    Baru tahu boleh makan ..hahahha

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan yang fresh macam ni.. selalu beli yang keping2 org selalu buat sushi je tu.. nampak tempting juga, teringin nak rasa

    ReplyDelete
  9. saya pun tak pernah makan rumpai laut lagi... nanti mesti awet muda mama rey ni... hehe..

    ReplyDelete
  10. masa pergi Sabah ari tu kawan saya ada beli yang berbiji-biji.. tapi saya tak cuba pun... takut dengan bau dia... hihihi

    ReplyDelete
  11. Sesuatu yg baru...Xpernah lagi makan. Kalau betul sedap, boleh cuba nih!

    ReplyDelete
  12. ala mama kenapa kecik dan kurang jelas gambarnya....

    ReplyDelete
  13. dah besarkan sikit pic rumpai..
    rasanya boleh tahan juga..cubala

    ReplyDelete
  14. Mama Rey (kena panggil kakak kah??) haha..berapa jg umur ni?..hihi..
    sy ndak pandai bah makan rumpai laut ni..hubby sy yg org Semenanjung plak suka makan.. pernah cuba tp ndak boleh telan..hehe:)

    ReplyDelete
  15. sedap ek? tak pernah lagi cuba.. harganya boleh tahan murah jugak, nak masak pun senang

    ReplyDelete
  16. rumpai laut ne terkenal sangat dekat Sabah..nama dia "latok" or anggur laut..xpayah cuci lama2..nanti layu..just cuci sekali n cecah dengan air perahan limau nipis+lada padai+sedikit garam n serbuk perasa..sedap :)

    P/S : makan mcm anggur jugak..xpayah laa amik n makai sampai tangkai2 dia sekali..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, nak tanya latok ni boleh tahan berapa lama ye?

      Delete
  17. Salam, nak tanya latok ni boleh tahan berapa lama ye?

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...