Anak:Mummy boleh saya join Persatuan Boys' Brigade di sekolah..
MaMaRey: Kalau rasa minat, join la..:)
Anak:Tapi kena bayar yuran rm50..bila-bila masa pun boleh bayar..
MaMaRey: Ok..yuran tu jangan risau ya nak..nanti bagitau Abah. Kalau berminat, join saja..
Anak:Ok..Bestla aktiviti dia..seronok main tadi..(dgn wajah yang gembira)
Saya sebenarnya tidak berapa tahu tentang Persatuan Boys' Brigade ini. Dulu-dulu disekolah cuma pernah join Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri saja. Maka dengan rajinnya saya mengoogel tentang persatuan ini. Dan terjumpalah saya maklumat dari sini, Boys' Brigade (BB) Malaysia.
Persatuan ini kira organisasi seragam yang pertama di dunia. Lebih tua dari Persatuan Pengakap. Diasakan oleh seorang guru bernama William Alexander Smith pada tahun 1883 dan pernah berkhidmat sebagai Leftenan.
William Alexander Smith
Di Malaysia pula Boys' Brigade mula bertapak pada tahun 1946 dan waktu Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, The Boys 'Brigade dijemput mengambil bahagian dalam Perarakan Merdeka (Independence Day Parade). Info lanjut lagi baca di website BB MalaysiaBoys' Brigade juga diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai aktiviti tambahan kokurikulum sekolah.
Persatuan sekolah macam ini memang bagus untuk anak-anak. Banyak aktiviti yang boleh disertai. Bagi saya tiada halangan untuk menyertai apa-apa pun persatuan sebab kecemerlangan sekarang bukan dinilai dari segi pencapaian akademik saja. Pencapain kokurikulum juga turut sama dinilai. Sekarang ini pun muri-murid sekolah wajib kena ikut aktiviti kokurikulum sekolah.
nice... asalkan dia gembira kan sis? dan masa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah...at least boleh belajar something di situ... ^_^
ReplyDeletesaya pulak masa primary, masuk Pengakap...sekolah menengah Renjer Puteri... he he he... (Puteri la sangat...)
Setiap murid yg masuk tahun 4 telah diwajibkan ambil salah satu koko pakaian beruniform. Anak kakak kena Tunas Puteri sedangkan dia hendak Bulan Sabit Merah macam kakak-kakak dia..
ReplyDeleteBaru tau! sebelum ni x pernah tau pun! heee... ;)
ReplyDeletewahh cikgu anis pun baru tahu kewujudan persatuan boys briged ni
ReplyDeleteBaru plak Kak tau persatuan ni.
ReplyDeletedulu2 masa Kak sekolah mcm ndak ada persatuan ni di sekolah..hehe..kak dulu2 aktif Puteri Islam & kelab alam sekitar jak...:)
bagi saja galakan pada anak2 utk aktiviti yg bagus mcm ni
ReplyDeletefirst time dengar BB ni, zaman nisah sekolah dulu takde BB ni ..
ReplyDeletezaman dah berubah.. hehe
bagus bagi galakan utk anak2 jopin persatuan beruniform kan..skrg nak masuk uni pon kena ade merit on Ko ko..
ReplyDeleteSekarang banyak pilihan untuk budak-budak. Peluang untuk mereka mencari potensi diri dan mengembangkan bakat kepimpinan.
ReplyDeletenice info mama rey
ReplyDeletesiasatan nampaknya berjaya yer mama Rey. eeii saya time skolah dulu suka sangat la dgn badan uniform ni, terasa diri power kejap, very good untuk self esteem tau. Bagus2.
ReplyDeleteBudak zaman sekarang banyak pilihan. Biarlah kebebasan memilih diberi kepada mereka. Selain boleh mencungkil potensi diri, kegiatan seperti ini boleh mengembangkan bakat kepimpinan mereka.
ReplyDeletextau plak ada persatuan brigade ni..
ReplyDeletebagus berpesatuan ni,Tringt zaman skolah dlu
ReplyDeletepestaim dengar jgk...macam macam seklolah skrg ni kan
ReplyDeleteSalam kenal Mamarey...zaman sekolah akak dulu biasa dgr ni. Skrg Pengakap yg budak2 tau. Anak kakpb pun suka sgt aktif kokum mcm ni, semua nak join. Skg sibuk dgn pemilihan bola sepak sekolah.
ReplyDeleteBagus kalau anak mamarey aktif.
Tak tahu pun pasal persatuan ni. Bukan mcm pengakap ke..
ReplyDeleteAnak saya pun tahun ni kena join koko. Dia nak masuk pengakap katanya. Tapi boleh pilih sendiri ke atau cikgu yang pilih.
ReplyDeletebestnya skolah anak mama adakan aktiviti ni.. seronok budak2 dpt join :)
ReplyDeletebaru tahu pasal william tu..