Friday, August 2, 2013

Diserang Asthma Lagi

Hero ke-4 saya diserang asthma lagi. Capai beg..capai jaket..Tinggalkan bahan-bahan yang sedang saya sediakan untuk dimasak sahur nanti. . 12:55 am...Saya ditemankan Mr.Sawo, segera bergegas ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan lanjut. Kesian tengok dia...sesak nafas dengan tiba-tiba time tengah-tengah malam. 

Di hospital..

Kurang 10 minit sampai di hospital. Nasib baik lah juga keaadaan jalan masa itu kurang sibuk. Sampai saja terus masuk wad kecemasan dan Hero saya diberi rawatan segera. Saya duduk disebelahnya. Temankannya sambil tongkat dagu. Terhidu pula bau bawang..Bau bawang datang dari tangan sendiri hehe..Baru tersedar,tangan tiada basuh lepas potong bawang di rumah tadi. 

Lepas habis sedut ubat nurse suruh tunggu 20 minit, kemudian chek paru-paru. Alhamdulillah tiada bunyi lagi dan dibenarkan pulang rumah..Ubat yang diberi dalam bentuk biji. Nasib baik ubat yang diberi kecil comel-comel. Hero saya ni jenis yang mudah termuntah bila makan ubat..

Kira mencabar juga bila anak ada asthma. Dua anak saya punya masalah yang sama. Tapi yang seorang (abang) tu jarang-jarang kena. Si adik ni yang kerap diserang asthma. Inhaler sentiasa standby di rumah. Paling teruk serangan asthmanya waktu usianya setahun lebih. Jadi panik juga tengok dia tercungap-cungap sesak nafas macam lemas dalam air dengan tiba-tiba. 

Banyak sebenarnya situasi-situasi mencemaskan yang tidak dijangka melibatkan anak-anak ni. Salah satunya situasi ini...Dan situasi-situasi yang mencemaskan itulah telah menyebabkan saya mula belajar dan terus belajar sampai sekarang, supaya tidak merasa panik masa menghadapinya..Seboleh-bolehnya..HARUS BERTENANG..:)

18 comments :

  1. hmm.. sy dulu asma, xde ubat hospital... mak jelum air, sapu vick kat dada dan tinggikan bntal.. lpas tgktn 5 masuk ward baru mula pkai inhaler smpai sekrg.. budak asma kna jaga persekitaran, makann dan cuaca... akk cuba la bg makan madu, belut dan vco.. Alhamdulillah, asma mkin kurg insha Allah..

    ReplyDelete
  2. salam jumaat mamarey..
    moga hero mama sihat2 selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat jg M3H..tq doakan kesihatan anak sy..:)

      Delete
    2. ikut mendoakan semoga cepat sembuh ya mamarey

      Delete
  3. Kesian plak hero ni.. moga cepat sembuh ya.
    tu lah kan..mula klu kena mesti kita panik..lama2 nti tau sdh mcm mana mo handle situasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah aTie..panik jg mula2 tengok anak kena asthma ni..tapi lama2 ok suda lah jg..:)

      Delete
  4. alhamdulillah takde ape2 yang teruk berlaku.. moge cepat sihat..

    ReplyDelete
  5. isyyy.. takut jugak kan.. kalau macam sy yang xde pglaman hadap org asma ni mesti panik & kelam kabut.. hehehehe.. mama rey kene stanby ubat la ye..

    ReplyDelete
  6. Ena pernah tengok abang ena kne asthma ni.. betul betul kena kat rumah lak tu, serius sampai merangka2 dia.. menggelabah kami...

    ReplyDelete
  7. dari pengalaman camni lah kita belajar ye sis...
    tapi kesiannnn tengok anak bila sakit2 ni...
    smoga asthma nye tu beransur hilang...

    ReplyDelete
  8. Kesian dia..kecil-kecil dah diduga..susahkan bila jadi macam ni..so mama rey kena kuat...take a good care of them..

    ReplyDelete
  9. dulu kecik-kecik saya memang setiap minggu kena pergi dapatkan oksigen ni kat hospital. sebab asthma saya dulu kategori kritikal.. banyakkan bagi minum madu. sebab madu bagus untuk dalaman. dia buat dalam kita sentiasa panas.. lepas tu, cuba dapatkan telur lebah yang dah nak jadi anak. boleh nampak bentuk dia nak jadi lebah. lepas tu makan. selawat dulu dan berdoa pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq petua ni boni..nanti try cari telur lebah tu.baru tau pula telur lebah tu bagus utk asthma..dulu masa kecik selalu makan telur lebah tu..tq sekali lg ya boni..:)

      Delete
  10. cabaran jadi ibu mmg banyak dan menuntut kesabaran yg tggi ... klu saya hadapi situasi ni pun akan menggelabah juga ...

    ReplyDelete
  11. betul tu..yang penting jangan panik, jangan gelabah, bertenang..

    p/s salam aidilfitri untuk nea lopah dan cik bieha. maafkan kak jika ada komen dan entry kak yang menyinggung perasaan.

    ReplyDelete
  12. p/s salam aidilfitri untuk mamarey sekeluarga. maafkan kak jika ada komen dan entry kak yang menyinggung perasaan. (sorry...silap taip nama..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa kak ANIM..;)
      selamat hari raya dan maafkan sy jg jika ada tersalah dan silap ya kak..:)

      Delete
  13. amalkan bgi supplement yg sesuai utk kanak2.multivitamin.vitamain c juga brfungsi sbagai agen ketahanan badan.elakkan serta merta dari beri mnuman berkafein untuk kanak2 yg mngidap asthma...

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...