Hari ini 4 orang anak saya ke sekolah. Seorang pergi sekolah untuk acara sukan sekolahnya, yang tiga orang pula kesekolah untuk gantian cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina Febuari nanti. Selepas saja menguruskan mereka ke sekolah, saya berbaring dan terlelap sebentar.
Rasa kurang selesa dengan kedatangan Bintang ini..Selepas bersalin ini kali pertama saya datang Bintang. Kira banyak juga yang keluar. Semalam pun kena tukar 2 kali pads. Mood pun tidak baik. Pening pun ada, rasa mahu muntah pun ada. Pinggang pun ada rasa sakit sedikit. sakit perut pun ada. Orang kata sakit tu tidak berapa kalau sudah kahawin.
Masa zaman bujang-bujangan dulu, pernah pengsan sekali sebab sakit perut teramat sangat semasa datang Bintang. Sekarang ada juga sakit tapi tidak lah pernah pengsan lagi macam dulu.
Pantang orang tua-tua pula, tidak boleh cuci rambut, tidak boleh mandi malam dan tidak boleh minum sejuk. Kalau minum sejuk, memang saya tidak amalkan tapi yang mencuci rambut dan mandi malam itu kadang-kadang terbuat juga.
Macam mahu berehat-rehat dulu lah sekejap, hilangkan rasa tidak selesa ini. Petang sikit baru BW. Dengarkan ketukan saya ya..hehe..
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts
Saturday, January 26, 2013
Tuesday, January 22, 2013
Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
Setiap kali selepas bersalin mesti masalah keguguran rambut akan berlaku. Inilah yang terjadi pada diri saya sekarang. Rambut berguguran merata-rata tempat. Di bilik, ruang tamu, bilik mandi, mana-mana pun ada. Kalau sikat rambut hampir segengam tercabut dari kepala ini. Kalau dikumpul-kumpul boleh dibuat rambut palsu..(eiii..siapa yang mau)
Kalau tidak mahu rambut berguguran macam saya, harus amalkan makanan seperti telur, daging ayam, taugeh, sayuran hijau, makanan laut dan buah-buahan.
Semakin hari semakin bertambah jumlah keguguran rambut saya sekarang. Menyapu lantai pun banyak kali dalam sehari..adoiii sakit pinggang. Nasib baik rambut ini pendek. Tidaklah terasa sangat seksa menjaga rambut ini.
Kenapa wanita baru bersalin akan gugur rambut? Apa sebabnya?
Ini jawapannya. Cari dari sini..Majalah Pa & Ma.
Hormon dalam darah yang berubah selepas bayi dilahirkan adalah penyebab rambut gugur dan purata keguguran rambut adalah kurang 100 helai.
Ibu tidak perlu risau atau takut sebab kepala tidak akan botak walaupun rambut banyak gugur. Selepas bayi menyambut ulang tahun pertama rambut akan kembali normal dan rambut baru juga akan tumbuh.
Air juga penting untuk rambut tumbuh sihat dan kuat. Jadi kena minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas. Lebih lagi baik..
Info lanjut boleh baca Pa & Ma, panduan lengkap keibubapan.
Tuesday, December 18, 2012
Ujian Pap Smear
Pagi tadi saya pergi ke klinik ditemani suami buat Ujian Pap Smear. Kalau dulu tidak berapa kisah dengan ujian ini sebab tidak suka dengan prosesnya yang kena korek bawah. Tapi selepas tahu betapa pentingnya ujian ini barulah mahu buat. Cek macam cek bukaan masa bersalin. Kali pertama dulu memang ada rasa takut-takut tapi kali ini tidak. Sebab tidak rasa sakit pun...cek bukaan bersalin lagi sakit. Cuma perlu tarik nafas panjang-panjang dan relax.
Nurse tadi pun ramah-mesra. Pandai dia bawa berbual-bual bagi alih perhatian saya. Cek sekejap saja. Beberapa minit saja sudah siap. Ambil sampel gunakan kayu kecil di bahagian serviks. Keputusan ujian tidak dapat terus. Tunggu bulan depan baru dapat. Harap-harap tiada apa-apa.
Disini saya kongsi dengan anda maklumat tentang Ujian Pap Smear. Ambil dari Alamhamil.com Protal Kehamilan Malaysia
Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Siapakah yang perlukan ujian Pap?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

- Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
- Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
- Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
- Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
- Perokok
- Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Friday, December 7, 2012
Bulimia
Kongsi sedikit info tentang Bulimia atau yang terlalu obses terhadap bentuk badan.
Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan.
Ciri-ciri penghidap bulimia:
Bermula dengan berdiet dan bersenam secara berlebihan.
Makan banyak tetapi memuntahkan semula semua makanan.
Mudah rasa bersalah selepas makan.
Mengambil ubat laksatif atau diuretic serta pil lain.
Pipi kembung akibat pembesaran kelenjar liur kerana selalu muntah dan kerosakan enamel gigi sebelah dalam.
Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan.
Ciri-ciri penghidap bulimia:
Kesan buruk bulimia:
- Berat badan sentiasa turun naik atau lebih sedikit daripada berat normal.
- Boleh menyebabkan kematian akibat penghasilan asid gastrik berlebihan.
- Muntah berulang kali.
- Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
- Kerosakan lapisan perut.
- Degupan jantung tidak seragam.
- Kerosakan buah pinggang.
- Enamel gigi rosak kerana selalu muntah.
- Kerongkong berdarah.
- Kerap terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
- Gangguan fikiran, resah dan murung.
Sumber: mymetro
Friday, November 16, 2012
Senaman Untuk Ibu Mengandung
Bersenam semasa mengandung baik untuk paru-paru, meredakan stress, mengurangkan sakit belakang, sembelit dan membantu ketika proses bersalin dan kelahiran dengan menguatkan lagi otot-otot ibu mengandung. Cari senaman yang selamat dan sesuai untuk ibu mengandung. Rujuk kepada doktor sebelum melakukan apa-apa bentuk senaman.
Senaman yang selamat untuk ibu mengandung
sumber: Youtube
Wednesday, November 14, 2012
Ibu Mertua
Macam-macam ragam ibu mertua, ada yang cerewet ada yang suka juga ada yang langsung tidak suka terhadap menantu kerana perbezaan darjat. Tetapi walau apapun sikapnya Mertua adalah antara orang yang kita harus sayangi dan hormati kerana darjatnya sama seperti ibu kita sendiri.
Bagi seorang isteri, syurganya di bawah telapak kaki suami dan syurga kepada suami di bawah telapak kaki ibunya, jadi wajarlah isteri menyayangi ibu mertua. Tidak semua ibu mertua itu jahat seperti watak "Nyonya Mansoor" dalam filem "Kassim Selamat". Ada yang berhati baik malah lebih baik layananya dari anaknya.

Filem Kassim Selamat Sumber:Google |
Jadi sahabat kepada ibu mertua bukannya jadi musuh. selalu bersangka baik dan positif terhadap mertua bukannya mencari yang buruk dan memburukkan lagi hubungan yang sedia buruk.
Terima seadanya siapa mertua kita dan layan dengan baik seperti kita melayan anaknya. Jangan anaknya kita ambil tetapi wanita yang melahirkannya dan membesarkannya tidak tersenarai dalam hidup kita.
Sunday, November 11, 2012
Wanita Paling Berkuasa Di Dunia
Wanita no.1 paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes ialah canselor Jerman Angela Merkel yang berumur 58 tahun.
Mempunyai latar belakang pendidikan Doktor Falsafah, Universiti Leipzig; Sarjana Sains, Universiti Leipzig.
Beliau juga berada di tempat ke-4 dalam senarai Forbes sebagai orang paling berpengaruh di dunia.
Hillary Clinton iaitu Setiausaha Negara, Amerika Syarikat merupakan wanita paling berkuasa selepas Angela Merkel diikuti oleh Dilma Rousseff, Presiden Brazil.
Hebatnya seorang wanita. Jadikan wanita-wanita hebat ini sebagai inspirasi.
sumber: Forbes

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)