YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Listen..!! Bawani VS Sharifah Zohra

Beberapa hari ini terbaca beberapa blog menulis perkataan "Listen".  Bila tengok Video Youtube Forum Suara Mahasiswa ini.  Barulah tahu kenapa perkataan "Listen!!" ini digunakkan..

Kalau mahu tahu, tengok saja video dibawah ini.  Banyak komen yang hot-hot yang dilontarkan dalam Youtube tentang perkara ini.  Korang sendirilah tengok dan nilai sendiri.  Tengok dan Listen baik-baik. 

Forum Suara Mahassiswa UUM
4bed2402072f79333874c5aedce59503_XL
Kredit pada
The Kuala Lumpur Post
Perbahasan antara Bawani dan Sharifah Zohra menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.



Monday, December 10, 2012

Giant Crocodile


Besarnya buaya ini, macam dinosaur.  Reptilia ini di tangkap hidup-hidup di Philippines yang disyaki telah menyerang dan membunuh orang.  Panjangnya 20,24 kaki atau 6.17 meter dan masuk Rekod Dunia.

Tengok gambar saja pun nampak besar, kalau tengok depan mata lagi besar. 

sumber: National Geographic

Wednesday, December 5, 2012

Kate Middleton Hamil

Kate Middleton
sumber: nydailynews

Kate Middleton atau nama sebenar Catherine Middleton disahkan hamil.  Kandungan Kate dijangka kembar.  Tentu seluruh rakyat Britain gembira mendengar khabar berita yang telah diumumkan semalam.

Prince William yang merupakan pewaris takhta, membawa Kate ke Hospital King Edward VII setelah Kate mengalami morning sickness.  Kesian Kate..

Kate Middleton berkahwin dengan Prince William pada 29 April 2011.  Lahir pada 9 Januari 1982 di Reading, Berkshire, England.Pernah belajar di University of St Andrews.  Kate mempunyai adik perempuan, Pippa Middleton dan seorang adik lelaki James William Middelton.

Saturday, December 1, 2012

Memang Gila dan Ganas

Memang gila dan ganas.  Gara-gara pinangan ditolak seorang lelaki memenggal kepala seorang gadis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.  Ini berlaku di Utara Afgahnistan.

Bapa si  gadis menolak pinangan sebab anaknya baru beusia 15 tahun.  Masih terlalu muda untuk berkahwin.  Lelaki tersebut adalah saudara terdekat dan tinggal sekampung.


Ngeri pula bila membayangkannya.  Sampai ke tahap membunuh kerana pinangan ditolak.


Sumber:Mynewshub

Thursday, November 29, 2012

Malang Tak Berbau


Kesian bayi ini mati akibat dihempap oleh Raja Buah.  Buah durian yang gugur jatuh menimpa tepat di kepala bayi ini ketika didukung oleh ibunya yang sedang mengambil kain di ampaian.  

Sedihnya membaca berita ini.  Malang memang tak berbau.  Perkara yang tidak kita jangkakan berlaku secara tiba-tiba.

Sumber:Thestar

Wednesday, November 28, 2012

Kerana Hutang Gadai Ibu sendiri

Kerana terdesak seorang anak sanggup mengadaikan ibu sendiri gara-gara berhutang dengan along. Terbaca dalam akhbar  Metro sebentar tadi seorang ibu berusia 63 tahun menjadi mangsa kerana anaknya belum membayar wang Rm10,000 yang dipinjam dari along.

Mengapa masih ada yang mahu berhutang dengan ceti haram sedangkan tahu akibatnya.  Ahli keluarga menjadi mangsanya.  Sebelum ini sudah banyak kejadian berkaitan dengan along hingga menyebabkan cedera parah akibat dibelasah malah ada juga yang mati. 


Syukur si ibu tidak apa-apa setelah 4 jam menjadi tahanan.  Jangan sesekali meminjam dengan ceti haram kelak keluarga menjadi mangsa.  Elakkanlah diri daripada terjebak ke dalam perangkap along.  


Jangan mudah tertarik  dengan iklan yang menjanjikan kelulusan pinjaman yang cepat dan tanpa penjamin. Fikir dulu sebelum meminjam.  

P/S: Kalau jumpa iklan along tanggalkan :)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...