Tiga orang anak saya pernah bersekolah di tadika ini. Anak buah seorang sedang belajar di tadika yang sama dan tamat persekolahannya tahun ini. Cikgu-cikgu di sini memang baik-baik belaka. Sebarang masalah pelajar selalu dibincang bersama dengan ibubapa.
Masa masuk mahu bertanya, saya terus dilayan...Baiknya pihak sekolah senang saya berurusan..:) Cikgu tadika tu minta surat beranak asal dan bawa bagi tengok Guru Besar. Kalau dulu buat pendaftaran tadika, tidak perlu pun bagi tengok. Pembaharuan agaknya.
Selepas itu, saya diberi satu kertas kecil mengenai butir-butir yuran dan dokumen yang perlu untuk pendaftaran pelajar tadika tahun 2014. Terkezuutt juga bila melihat yuran pendaftaran tadika sudah naik..
"aiyaa suda naik ka cigu"...
"suda naik woh..taun depan suda mulai loh.."..
Yuran dan dokumen yang perlu
Pendaftaran RM30, Yuran pendahuluan 2014 RM180 dan untuk kad nama RM5. Jumlah kesemuanya RM215. Kalau sebelum ini jumlah yuran keseluruhan untuk mendaftar hanya RM170. Pihak tadika itu kata yuran bulanan telah dinaikkan bermula tahun 2014 dari RM135 ke RM180. Garu kepala dibuatnya..botak kepala bapak hehehe...
Dokumen penting yang perlu sebagai rekod pendaftaran macam di atas tuu... Gambar anak, surat beranak anak dan IC ibubapa antara dokumen utama harus dibawa. Fotocopy-fotocoy wajib disahkan oleh pegawai kerajaan. Kalau tidak, rejectt jawapannya..
Dokumen anak buah saya belum lengkap lagi. Perlu dilengkapkan dulu semua dokumen, baru boleh duduk belajar di tadika ini. Pendaftaran pun kena buat awal-awal..Nanti tempat penuh. Ibubapa berebut daftarkan anak-anak ke tadika ini. Kalau terlewat memang kempunanlah sekolahkan anak di sini...Minggu ini atau minggu depan baru uruskan nanti..
p/s: Entry ini semalam mahu dibuat tapi oleh kerana mood nun ke laut sanaaa, hari ini baru baru terbuat..