YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Alkisah Sebuah Hidangan Isteri..

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.



sumber:  I Am Proud To Be A Muslim


Friday, January 25, 2013

Don't Forget Allah

Tersentuh menengarkan lagu ini. Setiap liriknya penuh dengan makna.  Lagu ini mengingatkan kita supaya bersyukur dengan segala kenikmatan yang telah kita terima selama ini.  Kadang-kadang kita terlupa betapa besarnya nikmat yang diberikanNYA kepada kita.  Sama-sama kita agar sentiasa mengingatiNYA.  Jangan Lupa ALLAH..

youtube
Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Lagu ini dinyanyikan oleh Farid Sanullah.  Anak kelahiran Malaysia tetapi menetap di Perth, Australia.  Walaupun beliau tidak fasih berbahasa Malaysia tetapi itu tidak menghalangnya untuk berdakwah kepada umat Islam di Malaysia.
Farid Sanullah

sumber:mStar

Friday, January 11, 2013

Bumi

Maha Suci Allah...
Indahnya Bumi ciptaan Allah.  Keindahan yang hanya mampu dilakukan oleh yang Maha Esa.  Syukur kepada pencipta yang Maha Esa atas sifat Maha Pemurah dan sifat Maha PenyayangNYA.  

youtube
Sama-sama kita nikmati dan hargai keindahan yang diberi kepada kita. 

Tuesday, January 8, 2013

Ubah Sikap Negatif Ke Positif


 Terjumpa satu artikel ini dari sini. Rasa tertarik mahu berkongsi dengan kawan-kawan semua.
"Untuk kita merubah sikap kita kepada sikap positif, kita kena hampirkan diri dengan persekitaran positif, berkawan dengan orang-orang bersikap positif, bercakap hal-hal positif, berfikir tentang aspek-aspek positif, melihat kepada aspek positif
Sikap kita boleh diubah, yang penting kita ada kemahuan membara mahu berubah di dorong oleh keinginan mahu merubah hidup menjadi lebih bagus. 
Ramai orang tersilap – perubahan yang dibuat oleh mereka hanya sementara kerana walaupun mereka mahu merubah sikapkepada sikap positif, mereka masih berkawan dengan orang-orang bersikap negatif, berkata hal-hal negatif, berfikir tentang hal-hal negatif, banyak melihat kepada aspek negatif dalam sesuatu perkara.
Kita sebenarnya yang membentuk diri kita sama ada bersikap positif atau bersikap negatif. Kekadang, kita membiarkan diri kita dikuasai sikap negatif tanpa kita menyedari."
Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi positif walaupun bukan mudah untuk memupuk sikap ini.  

Friday, January 4, 2013

Resmi Padi

sumber: google

Peringatan untuk diri sendiri.  Ikutlah Resmi Padi, Semakin Berisi semakin Tunduk.  Cuba untuk tidak mengikut Resmi Lalang Semkain Tumbuh Semakin Menjulang.

Kalau boleh berusaha untuk merasa rendah diri dalam setiap perkara walaupun adakalanya tanpa disedari terHidung Tinggi juga.  Sikap saya yang memang tidak baik.  Jangan ikut.

 #sedang merenung balik sikap-sikap negatif dalam diri ini untuk dibuang jauh-jauh.

Friday, December 28, 2012

AwesomeThai Ads Red Bull : Mother (Eng Sub)

Tersentuh melihat filem ini.  Menitis air mata melihatnya.  Link perkongsian dari facebook Ustaz Zahazan Mohamed.  Terima kasih Ustaz.


Kadang-kadang kita terlupa banyak perkara termasuklah insan yang amat menyayangi kita.  Sayangilah selagi masih ada.  Masih belum terlambat lagi.

Friday, December 21, 2012

21 Disember 2012 Tarikh Kiamat

Ramalan yang kononya hari ini Jumaat, 21 Disember 2012 adalah Tarikh Kiamat ternyata tidak tepat.  Sebelum ini orang sibuk bertanya tentang ramalan ini samada benar atau tidak.  Kelmarin dulu pun saya ditanya "betul ke 21hb hari kiamat"

Tidak perlulah kita percaya sangat dengan ramalan-ramalan yang diramalkan. Dalam Berita Harian pun ada mengingatkan supaya umat Islam tidak perlu percaya dan terpengaruh.  Pagi tadi di MHI TV3 pun membincangkan perkara ini.  Ustaz Zahazan Mohamed jemputan MHI tv3 kata haram dan syirik percayakannya. 


Seperti yang kita sedia tahu tidak ada tarikh kiamat yang ditetapkan.  
Kiamat pasti datang tapi tidak dapat diramal bila harinya, bila masanya.  Hanya Allah yang tahu dan ia merupakan urusan Allah.  

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...