Baru saja siap masukkan kuih dalam bekas sebentar tadi. Semalam tidak habis masuk balang sebab si kecil Nur Maryam merengek-rengek minta diambil. Untuk persiapan raya tahun 2013 ini, buat kuih sikit-sikit sahaja dan macam biasa cuma beberapa jenis sebab tidak mahir bab buat kuih-muih ni. Semalam buat pun hangus mengelap sedulang kuih, sebab suhu tidak ngam hehe..
Pakaian pula..Tahun lalu punya Baju Raya masih okey..Masih muat dan masih boleh dipakai..Pakai pun sekali dua saja..Belikan sepasang kasut dan beberapa helai pakaian sahaja untuk anak-anak semua. Macam biasa juga dalam rumah pun tidak banyak yang ditukar. Persiapan ala kadar seperti tahun-tahun sebelum ini.
Tahun lalu beraya di Kota-Kinabalu. Tahun ini pula balik Sandakan ikut Mr.Sawo. Rasa macam tidak sabar pula beraya tahun ini..:)..Cuma yang rasa tidak syioknya, mesti mabuk jalan bila dalam perjalanan balik Sandakan. Anak-anak..kompem ada yang muntah.
Okey lah..Layan dulu si kecil yang demam dicucuk jarum semalam. Sorry kawan-kawan yang jejaknya belum terbalas. Nanti saya datang ke tempat korang ya..:)..Layan anak dulu..
Showing posts with label persiapan raya. Show all posts
Showing posts with label persiapan raya. Show all posts
Saturday, July 27, 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)