Jalan-jalan pergi ke taman
melihat kolam penuh ikan
Tuntun ilmu suluh kehidupan
Bersungguh-sungguh tangga kejayaan
Lutut berdarah tersepak batu
Tergelincir jatuh terseliuh tangan
Syurga dibawah telapak kaki ibu
Kisah Si Tanggang diikut jangan
Tekak kering kerana cuaca
Terasa ingin minum kelapa
Ilmu itu adalah cahaya
Jahil itu sangat merbahaya
pagi-pagi turun ke sawah
sambil memandang Si gunung Daik
Ikutlah resmi padi di sawah
semakin berisi semakin tunduk
Beli gula di kedai Cina
Beli kopi di kedai Melayu
Berbuat Baik pada ibubapa
Kelak anak-anak baik padamu
Terjerit-jerit si kecil Mia
Kaki yang kecil digigit lintah
Jangan suka buang masa
Isi dengan perkara berfaedah
# Lama pula tidak berpantun. Cipta pantun pun sudah lupa...Terkial-kial mencari pembayang hehehe...
Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts
Friday, January 18, 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)