Kepada semua sahabat semua, terima kasih saya ucapkan kerana selalu datang ke Blog MaMaRey, yang tidak seberapa ini. Setiap kunjungan sahabat semua amat saya hargai. Setiap komen yang diberikan pemberi semangat untuk saya terus berkongsi sesuatu dalam blog yang tidak seberapa ini.
Maaf jika saya tidak dapat berkunjung balas dengan segera ke blog sahabat semua. Terpaksa utamakan tanggungjawab utama saya. Tapi yang pasti, saya akan datang juga membalas semua kunjungan sahabat semua.
Mohon Maaf sepanjang saya berblog selama ini jika ada entri yang yang tidak disenangi. Maaf juga jika saya ada meninggalkan komen di blog kalian yang telah menyinggung dan mengguris hati sahabat semua.
Pagi-pagi buat entri,
kata salam harus diucap,
Tiada apa dapat diberi,
Hanya Terima Kasih mampu diucap.
# Berpantun pula MaMaRey awal pagi..hehehe..
Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts
Monday, February 4, 2013
Friday, February 1, 2013
Timbang Berat
Semalam semasa BW terbaca mengenai timbang berat. Bukan timbang berat badan orang tapi timbang berat blog. Blog pun ada timbangan juga rupanya. Saya terbaca di entry Ibu Berbicara di sini.
Disebabkan si kecil jerit mahu nen semalam, maka saya tidak sempat untuk mencubanya. Sebentar tadi barulah saya berkesempatan untuk menimbang berat blog ini. Tengok gemuk atau kurus blog ini..hehe..
Hasil timbanagn ialah : size : 106.17KB, load time : 0.47 seconds. Kepada yang arif dalam soal ini minta pertolong beri komen. Saya kurang arif dalam soal ini.
Kalau mahu tengok sejauh mana berat blog korang, boleh chek di sini.
Terima kasih kepada Ibu Berbicara kongsi info ini..:)
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)