YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label Tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat menarik. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Pekan Nabalu

Petang sabtu minggu lalu..saya, anak-anak dan anak buah berjalan-jalan ke Pekan Nabalu. Pekan ini terletak dekat saja dari kampung saya. Perjalanan memakan masa selama lima minti sahaja dengan menaiki kenderaan.

Pekan ini menjadi tempat persingahan popular bagi para pelancong yang menuju ke Taman Kinabalu, Kundasang dan Ranau..Kira-kira sejam lebih untuk sampai ke sini dari Kota KInabalu..

Menara tinjau Pekan Nabalu

Sampai saja..benda pertama yang disnap..Menara tinjau Pekan Nabalu hehe..Anak-anak dan anak buah pula berlari, berlumba naik ke atas..

fuuhh..penantnya mendaki menara ini..

Saya kurang pasti berapa ketinggian  menara ini. Tapi yang pasti semput juga Hero saya seorang ini memanjatnya.Terpaksa guna empat kaki untuk sampai ke atas..hehehe...


Tangkap gambar atas menara..
1..2..3..snapp...heeee.

Ambil gambar anak-anak dengan anak buah di atas menara ini. Masa ini tiada orang lain selain kami..Orang lain sedang bersiap-sedia pergi mengundi esok hari. Kami pula pergi panjat menara ini untuk tangkap gambar hehe.."Syiok bah tangkap gambar atas sini hee.."


Pemandangan Pekan Nabalu dari atas menara

Ini pemandangan sekitar Pekan Nabalu dari atas menara. Deretan kedai dan gerai boleh dilihat. Macam-macam yang dijual di sini. Buah-buahan, sayur-sayuran segar banyak dijual oleh penduduk tempatan di sini. Tanaman yang kira femes di Pekan Nabalu ini ialah buah Nanas. 

Dari atas menara ini juga, pemandangan Gunung Kinabalu boleh dilihat. Tapi waktu ini Sang Kinabalu tidak kelihatan. Memang sukar untuk menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu di waktu petang. Sebab awan telah menutupinya..

Gerai kraftangan Pekan Nabalu

Tempat yang mesti dikunjungi..Gerai kraftangan Pekan Nabalu..Macam-macam adaaa..Banyak pilihan yang pelbagai di sini. Bulih pilih-pilih ikut mana yang berkenan dihati..

Gerai kraftangan Pekan Nabalu

Baju..beg..alat muzik tradisional dan macam-macam lagi banyak tergantung di gerai ini..Anak saya tertarik dengan kecomelan gitar kecil yang tergantung itu dan meminta saya membelinya..

Gerai kraftangan Pekan Nabalu..

Gelang, rantai kunci, selendang, kotak tisu dan banyak lagi.  Cantik-cantik..comel-comel dan memikat hati...Rambang mata melihatnya. 

Kalau ada kemahiran tawar menawar yang lama terpendam, boleh keluarkan disini. Sebab kalau pandai tawar menawar boleh dapat harga yang murah..Boleh dapat diskaun jika beli banyak.. Jadi kalau singgah tempat ini, jangan lupa keluarkan lah kemahiran tawar-menawar anda semasa bershopping di sini..:)


Gunung Kinabalu

Oleh kerana tidak dapat snap gambar Gunung Kinabalu masa di Pekan Nabalu, saya tangkap gambar Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini depan rumah saya..sorry kabel tu kacau betul..

Gambar ini diambil pada waktu pagi..Masa ini Gunung Kinabalu jelas kelihatan..Awan..kabus tiada yang kacau..


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...