Tuesday, March 11, 2014

Sawan Demam Panas

Berlaku minggu lalu dan merupakan pengalaman kali pertama bagi saya dan suami anak diserang sawan. Oleh kerana kali pertama mengalami serangan sawan, Hero bongsu saya berumur 3 tahun 8 bulan, Yusuf ditahan di wad Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas selama 4 hari. Demam panas yang dialami oleh Hero kecil saya adalah di sebabkan oleh jangkitan virus denggi. Selepas kejadian ini barulah tahu bila diserang sawan, anak dibaringkan secara mengiring ke kiri. Tujuannya bagi mengelakkan muntah atau bendalir masuk keparu-paru. Kalau boleh tengok jam dan catatkan masanya. Dan yang paling PENTING, jangan panik.

Banyak lagi info yang saya dapat melalui penerangan doktor dan juga pamplet yang diberikan semasa di hospital. Saya kongsikan di sini sebagai panduan kita bersama dan moga info ini berguna untuk ibu-ibu diluar sana yang belum pernah mengalami situasi ini.

sawan demam panas, info sawan demam panas, apa perlu dilakukan jika anak diserang sawan
Bawa balik rumah


Apa Itu Sawan:
Sawan adalah akibat dari gangguan isyarat elektrik di otak di luat kawalan yang menyebabkan:
  1. Kekejangan
  2. Mata Terbeliak
  3. Mulut Berbuih
  4. Kancing Gigi
  5. Mengigil
  6. Tidak sedarkan Diri

Sawan Demam Panas boleh berlaku:
Sekiranya suhu badan melebihi 38.5°C pada hari pertama atau hari kedua demam di lingkungan usia antara 6 bulan hingga 6 tahun.

Demam terlalu tinggi melebihi 38.5°C berpunca dari jangkitan virus, jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan jangkitan telinga. Sebilangannya mungkin berpunca daripada jangkitan otak.


Bolehkah Sawan Demam Panas Berulang:
Ya. 30% kejadian sawan boleh berulang.


Adakah Sawan demam panas mengakibatkan kecacatan otak:
TIDAK. Kecuali apabila sawan berlaku berpanjangan dan menyebabkan kekurangan oksigen ke sel otak. 


Adakah ia keturunan:
YA. Sekiranyan terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami sawan demam panas semasa kecil, risikonya adalah tinggi.


Adakah ia boleh mengakibatkan Epilepsy (sawan Teruk):
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam panas yang berulang ulang dan berpanjangan berkemungkinan mengakibatkan epilepsy.(sawan teruk)


Bagaimana Mengenali Sawan Demam Panas:
  1. Badan Terasa panas
  2. Badan kaki kejang
  3. Kaki tangan menggeletar tanpa ransangan
  4. jatuh secara mengejut
  5. mulut berbuih
  6. air kencing keluar tanpa disedari
  7. tertidur dan tidak sedar diri seketika. Bila terjaga terasa bingung seketika kemudian aktif semula

Apa Harus Dilakukan Ketika Demam:
  1. Lakukan mandi berjelum
  2. pakaikan baju nipis
  3. Berikan ubat Paracetamol seperti yang diarahkan
  4. Beri minum banyak cecair
  5. Letakkan anak dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik(buka tingkap, buka pintu, pasang kipas)

Ketika Sawan:

ANDA HARUS BERTENANG
  • Baringkan anak anda ke sisi kiri dan dongakkan kepalanya ke atas supaya salur pernafasan tidak tersumbat dengan air liur dan muntahan agar dapat bernafas dengan baik.
  • Jauhkan barang-barang merbahaya di sekitarnya
  • Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut
  • Jangan tinggalkan anak bersendirian
Sekiranya serangan sawan berpanjangan iaitu lebih daripada 5 minit, sila bawa anak ke klinik/hospital berdekatan.


Paling tidak tahan tengok darahnya diambil..
Tips: Suhu demam cepat turun dengan
memberi anak banyak cecair. (pengalaman sendiri)


p/s: Pray for MH370. Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat.

23 comments :

  1. ooh..patutlah tak nampak mama rey update blog..semoga baik2 saja hendaknya lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya 3 orang anak sakit serentak pada masa yg sama Ummi..tp hero bongsu ni yg teruk ..sampai sawan

      Delete
  2. bahayakan... moga dah sembuh sepenuhnya...
    kalau tak jadi pada kita mungkin kita tak tahu...
    bila dah jaditu baurlah kita alertkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Cho Zila..kalau boleh tak mau lg berulang kejadian ini..tak sangka sebenarnya Yusuf kena demam denggi..

      Delete
  3. Semoga cepat sembuh...teringat dulu masa auni still baby kne demam panas.makcik sy jge ank sy ckp mata auni terbeliak dan mcm kejang...cepat cepat die basahkan kain n lapik auni..smntara tgu sy smpi...sbb suhu bdn die tgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby kecil ni yg bahaya kn Mimi kalau kna sawan..sama jg masa Yusuf kena sawan hari tu..mata terbelaik..tgn gegar tiba2..cepat-cepat angkat dia ke bilik mandi masukkn ke dlm tab mandi..jirus n basahkan seluruh bdn..baru dia sedar..

      Delete
  4. cian dia.. semoga cepat sembuh yusuf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Chic Na...Yusuf dah ok dah..dah jadi Hero kuat kat rmh..panjat..lari..kacau adik smpi nangis huhuhu..tp masa d hsptl adik dia yg sll dia cari hehe

      Delete
  5. tq M R kerna kongsi pengalamn anda kt blg nie tau jg mcm kne sawan so now dah tau lah sya......anak2 semua dah ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Lyina...ank ok sd Lynia....aktif mvm biasa dah hehe

      Delete
  6. mcmtu ke., mklumat tntng sawan kanak2 yg aku dpt slma ni bnyak xtepat la., huhu

    risaukn bla tgok ank2 xsihat.,
    cuaca kt luar skang mmg xssuai untuk kita lakukan aktiviti outdoor., mcm2 penyakit leh dtng.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu zuhdi..cuaca skrg ni mmg x sesuai utk lakukn aktiviti outdoor..skrg ni pn ank2 d rmh sj..x bgi mereka main d luar...

      Delete
  7. Mekasih atas perkongsian MR. Siannya yusuf. Lpas ni kalo demam kena pantau betul².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Fiza..yup Fiza..hrp x brulang kg kjdian ini..hrp ank2 jg x kna demam denggi lg..kesian ank2

      Delete
  8. thanks mama ray sb kongsikan info ni.. sy nak share la kt belog saya boleh tak... takut la sebab ank selalu kalau demam tengah malam suhu tinggi sangat. musim jerubu ni la kene jaga elok2 kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Hanie..boleh..dpersilakn share..btl tu cuaca skrg ni x elok..pns n jerebu..

      Delete
  9. bersabar ya, anak adalah amanah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aynora nur..betul tu..dan merupakan harta yg tidak trnilai harganya..

      Delete
  10. kesian kt anak mama.. semoga cepat sembuh ya adik..

    ReplyDelete
  11. moga semua dah ok ye... sabar byk2 tau ! sentiasa mendoakan yg terbaik !

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana sudi berkongsi info yg amat berguna ini ...

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...