Sempena musim cuti sekolah, inilah masanya ibubapa perlu mengambil kesempatan untuk bersama anak-anak. Melakukan aktiviti bersama anak-anak tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Contohnya:
- Makan bersama anak-anak. Duduk satu meja dan makan bersama.
- Mengajar anak-anak memasak makanan kegemaran mereka. Buat biskut yang dgemari oleh anak-anak. Tidak perlu tunggu Raya baru buat.
- Membawa anak-anak berjogging di waktu pagi atau petang selepas balik kerja.
- Melakukan aktiviti sukan bersama-sama seperti badminton atau bola sepak.
- Menonton bersama-sama rancangan televisyen kegemaran mereka. Kalau anak suka ultraman, berbuallah mengenai ultraman.
- Aktiviti seni bela diri seperti teakwando memberi kelebihan kepada anak-anak untuk mempertahankan diri. Galakkanlah anak menyertainya. Boleh tumbuk jerung seperti Mariko Haugen.
- Kalau ada sedikit kemampuan bawalah anak-anak pergi melancong. Tidak perlulah pergi jauh ke luar negara. Banyak tempat-tempat menarik di Malaysia boleh dikunjungi seperti Pulau Sipadan dan Cameron Highland.
Berjalan di tepi pantai bersama anak-anak juga aktiviti yang boleh dilakukan bersama
Budak2 suka lah cuti2 ni.. boleh rehat puas2.. buat aktiviti sama2..
ReplyDeleteHappy Holiday pd anak2 yg bercuti :)
betul tu, pon tgh plan2 ni
ReplyDeleteseronok dpt bersama famuli...
ReplyDeletesaya duduk asing dengan mak ayah. nak berjumpa dengan diorang sangatlah susah sebab asyik sibuk bekerja saja.. huhu
ReplyDelete