YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, May 15, 2014

Teman Setia

Teman setia ke mana saja..

La Noisette Pouch..Pouch yang menjadi kesayangan saya sekarang ini. Teman setia bila keluar berjalan ke mana saja. Dapat pouch ini semasa special price dalam catalog 17 Sophie Paris yang lalu. Harganya cuma RM22 sahaja. Mula-mula nak jual balik sebenarnya tapi akhirnya saya gunakannya sendiri. Kombinasi warnanya pink & Black memang menarik hati.

Wallet..handphone..pen..notebook kecil boleh dimasukkan semua sekali ke dalam. Itulah sebabnya saya sayangkan pouch ini. Semua benda penting saya sekali ada di dalam. Bila kemana-mana cuma bawa pouch ini saja..ringkas..mudah.. Kecuali kalau keluar berjalan bersama-sama dengan satu family. Pouch ini saya masukkan dalam bag.


Saturday, May 10, 2014

Pengorbanan Dan Jasa Mu Tidak Ternilai

Sewaktu Mengandung, Menahan sengsara selama sembilan bulan.
Sewaktu mengidam, sukarnya mencari apa yang diidamkan.
Sewaktu Melahirkan, bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Sewaktu Membesarkan, bertahan dengan karenah anak yang pelbagai.
Berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Ketika sakit ibu bersengkang mata menjaga. Menyuapkan makanan. Merawat hinggalah sembuh.
Ketika hari pertama ke sekolah ibu mengejutkan dari tidur, menyiapkan agar tidak lewat ke sekolah.
Ketika sedih, ibu memeluk memujuk agar tidak bersedih. Memberi semangat. Memberi kata nasihat.
Ketika jatuh terluka, ibu meniup lembut luka itu. Menyapu ubat pada luka.
Ketika berjauhan ibu sentiasa akan teringat-ingat. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya.



Wahai Ibu kasih mu, pengorbanan mu, jasa mu sangat lah besar. Tidak terkira, tidak ternilai harganya, tidak termampu membalasnya. Terima kasih ibu kerana melahirkan diri ini kedunia dan memberi kasih sayang yang tidak terhingga.

Wahai anak hargailah ibu mu selagi masih ada. Sayangilah ibu sepertimana ia menyayangimu sepenuh jiwa raganya.

Selamat Hari Ibu buat Ibu tercinta. Saya sayang ibu. Ampunkan segala dosa-dosa anakmu ini. Buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu. Moga kita sebagai ibu dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak sepertimana yang ibu kita lakukan..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...