Thursday, April 18, 2013

Nasi Goreng Kicap

Jom layan sekejap seorang Chef kecil sedang memasak di dapur petang kelmarin...

Bahan-bahan Nasi Goreng Kicap

Bahan-bahan utamanya. 
  1. Isi ayam (di hiris)
  2. sayur (dipotong kecil)
  3. Semangkuk nasi
  4. 2 biji telur
Semuanya disediakan sendiri oleh Chef kecil yang bernama Dnil, Hero keempat saya. Kecuali isi ayam itu. Omaknya yang tolong hiriskan untuk dia. Sayur, dia sendiri yang potong. Masa memotong sedikit riasu juga tengok caranya yang belum mahir menggunakan pisau. Nasi sendiri disenduk. Alahai..beketul nasi tuu... Dua biji telur dipecahkannya sendiri. Telur pertama berjaya dipecahkan. Kedua kurang berjaya..Sebab ketuk telur tu perlahan sangat. Saya kata sebijik telur sudah cukup. Tapi dua bijik juga diambilnya. Suka hatilah wahai chef kecil..Bawang-bawangan tiada. Sebab Chef kecil ini Anti segala jenis bawang huhu..

Acara gaul-menggaul

Ini pula masa mula memasak. Telur,isi ayam dan sayur sedang digaul hingga sebati. Anak masak, saya di belakang jadi tukang tengok dan tukang bantu sahaje. Sambil tengok dan bantu dia, sambil-sambil juga bagi pesanan penting masa memasak..

"Api mesti sederhana..jangan telampau kuat...mesti mau pandai kawal okey"

Tapi kalau di tengok dalam pic tu api pun tiada kelihatan. Sebabnya dia pasang api yang paling kecil sekali..

campurkan semua

Nasi..garam..serbuk perasa..sedikit lada putih bagi masuk semua dan gaul. Kemudian bubuh kicap. Bahagian sini Chef kecil ini kena perlu dilatih sukat-menyukat kuantiti serbuk garam dan serbuk-serbuk lain. 

resepi nasi goreng
Nasi Goreng Kicap
(Kicap tidak digaul mesra..nasi sebiji-sebiji putih...)

Dengan sedikit bantuan dari saya, maka terjadilah hasil seperti di atas...Nasi Goreng Kicap yang menyelerakan walaupun nampak masih ada sebiji-sebiji nasi putih hehe..Bila ditanya kenapa namanya Nasi Goreng Kicap..

"sebab ada taru kicap kan..."

"Owh..Apa-apa ja lah namanya..yang penting ni ari Dnil masak menjadi okey.."

"sedapnyaa masakan saya.."
(Odoi gia.. masuk bakul angkat sendiri bah..hihi.. )

Senyum tengok dia makan..Nampak dia gembira dan puas hati dengan masakannya sendiri. Makan sampai tidak peduli dia disnap..

Nasi Goreng Hangit Hangus..

Hah!!..Yang ini percubaannya minggu lalu. Ini kes jeles dengan abang-abang dia yang makan Nasi Goreng masakan sendiri.. Dengan Sendirian Berhad nya, dia pun juga cuba menghasilkan Nasi Goreng buatan sendiri. 

40 comments :

  1. Salam Mama, Salute ler dgn anak Mama...Ada inisiatif nak buat sendiri. Nanti dah besar mesti pandai bawa diri. Orang lelaki kena juga tahu memasak, penting tu.
    Apa2 pun masakan ibu juga paling sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam BM..

      betul air tangan ibu yg tersedap sekali..
      dorang sebenarnya nak mencuba sendiri..

      Delete
  2. ^_^ nasi goreng kicap ni kegemaran seseorang.. ^_^ hari tu saya masak, terus cakap...lama x makan nasi goreng kicap macam ni... ^_^ memang best kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti org tersayang tu..:) rindu tu nak makan air tangan Farah sendiri..:)

      Delete
  3. wahh sedapnyaaa.. bgus ada hero pembantu.. boleh tolong mummy dia nanti.. wahhhh lepas ni dia pula tolong masakkan untuk akk hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka bantu didapur masak..tapi bab nak membersihkan tak nak bantu hehehe

      Delete
  4. nampak sedap..nak cuba lah mamarey..
    err nak tanye mamarey ade bpe org ank?semua hero ke?nak tgk jugak pic mereka semua..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan anak..cuba la M3H..:)

      2 anak perempuan..5 hero..aramaitiii hehehe..
      nanti sy bagi tengok ya

      Delete
  5. bagusnyer sama dgn hero KA, dari kecik2 dah suka memasak sndiri, dah besar2 ni boleh dibanggakan masakanyer mmg sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok jg kan KA bila anak2 dah pandai masak sendiri..sekurang2nya bila ibu tiada di rumah mereka boleh masak sendiri kan KA..

      Delete
  6. bagus la dia.... rajin nak ke dapur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ke dapur..habis masak..byk bersepah2 hehe

      Delete
  7. Replies
    1. perut berbunyi ke Herman Bagus hehehe..
      tu anak sendiri masak sbnrnya..sikit2 sy ada tolong

      Delete
  8. Good boy..kecil-kecil dah berdikari...senang mama dia nanti

    ReplyDelete
  9. simple... senangnya nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi nasi goreng kicap dari anak sy..:)

      Delete
  10. wahhh pandainya. next time mama kalau nak makan order je. chef ramai tu. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..aramaitiii..:D

      kdg2 sy minta hero sulung sy masakn telur..telur dadar yg dia masak sedap..:)

      Delete
  11. nampak sedap dapat rasa lagi sedap hehehe

    ReplyDelete
  12. odoi gia.. rajinnya masak sendiri. pasni Mama Rey dah boleh relaks la (walhal makin risau ada la kan dorang kat dapur pandai2 nnt). hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nas..paling risau kalau tak pandai kawal api..hero sy yg ni sedikit sy risau bila dia msk..

      Delete
  13. berbakat tuh!...leh masuk master chef...
    pasni da leh bantu bantu masak kat umah....bertuah la awak...

    ReplyDelete
  14. Postingan mu sangat informative dan menarik gan.. Sangat bermanfaat buat banyak orang. Thanks for sharing and keep blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..makasih sahabat..ia cuma satu resepi dari anak sy..
      thanks juga..

      Delete
  15. wahhhhh bagus lah dia...
    rajin masuk dapur lelama makin terer....
    lelama maknya dah leh angkat kaki rest :D
    bertuahhhhhh u sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. angkat kaki sambil goyang2 hahaha..terlebih rajin masak sendiri..kdg2 pening sbb tengok bertaburan segala sisa masakan hehe..tapi gembira juga tengok dorang dah pandai memasak..:)

      Delete
  16. Pandai nya anak bujang Mama Rey masak..
    mcm sedap nasi goreng nya tu..hehe..
    harap2 Pa'e pun nti pandai masuk dapur & masak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasinya masih ada putih sebutir sebutir..kicapnya nda digaul betul..

      insyaallah..bole bah Pa'e tu aTie..tunggu besar sikit pandai tu nanti masuk dapur kacau aTie masak hehehe

      Delete
  17. Wah... pandai!! Auntie percaya Dnil memang rajin dan pandai. Kalau auntie suruh makan pun nak juga sebab masa lepas keluar dari kuali mesti sedap.. Cuma auntie kalau nasi goreng kicap macam ini makan dgn timun dan keropok krup-krap-krup-karp sedap tau sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam pic tu dia tengah tiup-tiup sbnrnya tu..masih panas tapi tak sabar nak mencuba maskannya sendiri..hehe..

      Delete
  18. hari tu try makan kat Lunch express hehe

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti sedap punya kan..:)


      tq sudi datang Bean..:)

      Delete
  19. Replies
    1. dia tu jeles sebenarnya dgn abang2 dia..tu sebab nak masak sendiri..hehe

      Delete
  20. wah pandai ank mama ni, rajin die nk memasak,,moge smpai besa nnt pun rajin nk msk gak,,=)

    ReplyDelete
  21. Wah pandainya masak...umur berapa tu MR? Rajin dia ke dapur ye MR

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...