Saturday, February 8, 2014

Sambal Belacan Bakar

Sambal Belacan Bakar ini ibu mertua yang buat untuk makan malam tadi. Walaupun keadaannya yang kurang sihat tapi masih tetap menyediakan hidangan untuk keluarga.

Belacan & bawang merah di bakar

Sambal belacan dan bawang merah yang telah dibakar. Ibu mertua saya bakar menggunakan api dapur gas.

Tumbuk dalam lesung

Lepas itu ditumbuk dalam lesung. 4 biji cili dengan satu sudu besar gula ditumbuk terlebih dahulu. Diikuti dengan bawang merah dan belacan yang dibakar tadi.

Sambil tengo sambil telan liur hehe..

Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Limau tidak ada jadi ibu mertua saya gunakan asam jawa. Tertelan-telan air liur melihat ibu mertua menggaul-gaul sambal belacan itu.

Simple jer..

Menu makan malam simple kami tadi hasil tangan tiga orang chef. Ayam masak kicap, ikan goreng, kacang bendi, sayur cendawan dan Sambal Belacan Bakar.  Makan beramai-ramai sambil berbual-bual. Rasa seronok dan makan pun berselera. Tambah berselera lagi dengan adanya Sambal Belacan Bakar ibu mertua..^_^

31 comments :

  1. Belacan kalau tak dibakar kurang kick! Boleh rasa perbezaannya!

    p/s: support saya, share G+ artikel ini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/pengikat-kasih-sayang-yeos-pilihan-semulajadiku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Kan BM..
      Orite nopo BM..nti sy share ; )

      Delete
  2. singgah sini mama... sedapnya semua lauk tu. terliur plak tgk sambal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk simple2 je nina..yg penting dapat makan bersam2..

      Delete
  3. waha mama..macam best je..kita tak makan belacan coz allergic...nway salam hujung minggu mamarey!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke Raudz..tak bole mkan tu nanti gatal..

      Delete
  4. sedap tu..boleh try..selalunya kakak ipar akan buat bila balik semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple je mertua buat..bakar belacan n bawang merah tu jer pas tu tumbuk dgn bhn2 yg lain

      Delete
  5. Yang simple tulah yang sedap dan membuka selera.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PeRdu...lagi berselera makan ramai2

      Delete
  6. orang kedah jarang bakar belacan sebab belacan dia lain sikit.
    mula2 sampai kedah, saya heran juga. lama2 dah terbiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sikit mcm na tu kak..Rasa dia ke

      Delete
  7. asalkan sambal... belacan bakar ke idak, smua sy suka he3...

    ReplyDelete
  8. aduhhh... sedapnya nampak sambal tu MR.. telan liur jak lah ni..haha..
    nti mo cuba jgk lah buat sambal bgtu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah aTie..sy sllu buat belacan main goreng.. belum pernah lagi bakar membakar mcm mertua buat ni..
      err lap liur tu,,meleleh sudah... hehehehe

      Delete
  9. peminat sambal belacan....sedapnya..

    ReplyDelete
  10. Nasi putih.. ulam-ulam.. ikan masin dengan sambal belacan huhuu terbaik.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! memang terbaik..makan dengan ikan fuh memang tambah nasi putih dua kali hehe

      Delete
  11. smbl blcan mmg sdap., tp lps mkn lg sdp brgaru.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh..alregik ke zuhdi....tak best kan..

      Delete
  12. memang laju makan kalau ada sambal belacan :)

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Makan dgn nasi panas tmbh sedap Fiza hehe

      Delete
  14. perrrggghh..meleleh air liur bah tingu sambal belacan tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia pn minat samal belacan ka..mmg best kn makan sambal belacan..bole 2..3 round sauk nasi hehehe

      Delete
  15. lain orang lain cara jugak kan....sedapnyaaaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..gula+cili ditumbuk bersama..pertama kali tengo sbnrnya cara ni

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...