Tuesday, May 7, 2013

Pekan Nabalu

Petang sabtu minggu lalu..saya, anak-anak dan anak buah berjalan-jalan ke Pekan Nabalu. Pekan ini terletak dekat saja dari kampung saya. Perjalanan memakan masa selama lima minti sahaja dengan menaiki kenderaan.

Pekan ini menjadi tempat persingahan popular bagi para pelancong yang menuju ke Taman Kinabalu, Kundasang dan Ranau..Kira-kira sejam lebih untuk sampai ke sini dari Kota KInabalu..

Menara tinjau Pekan Nabalu

Sampai saja..benda pertama yang disnap..Menara tinjau Pekan Nabalu hehe..Anak-anak dan anak buah pula berlari, berlumba naik ke atas..

fuuhh..penantnya mendaki menara ini..

Saya kurang pasti berapa ketinggian  menara ini. Tapi yang pasti semput juga Hero saya seorang ini memanjatnya.Terpaksa guna empat kaki untuk sampai ke atas..hehehe...


Tangkap gambar atas menara..
1..2..3..snapp...heeee.

Ambil gambar anak-anak dengan anak buah di atas menara ini. Masa ini tiada orang lain selain kami..Orang lain sedang bersiap-sedia pergi mengundi esok hari. Kami pula pergi panjat menara ini untuk tangkap gambar hehe.."Syiok bah tangkap gambar atas sini hee.."


Pemandangan Pekan Nabalu dari atas menara

Ini pemandangan sekitar Pekan Nabalu dari atas menara. Deretan kedai dan gerai boleh dilihat. Macam-macam yang dijual di sini. Buah-buahan, sayur-sayuran segar banyak dijual oleh penduduk tempatan di sini. Tanaman yang kira femes di Pekan Nabalu ini ialah buah Nanas. 

Dari atas menara ini juga, pemandangan Gunung Kinabalu boleh dilihat. Tapi waktu ini Sang Kinabalu tidak kelihatan. Memang sukar untuk menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu di waktu petang. Sebab awan telah menutupinya..

Gerai kraftangan Pekan Nabalu

Tempat yang mesti dikunjungi..Gerai kraftangan Pekan Nabalu..Macam-macam adaaa..Banyak pilihan yang pelbagai di sini. Bulih pilih-pilih ikut mana yang berkenan dihati..

Gerai kraftangan Pekan Nabalu

Baju..beg..alat muzik tradisional dan macam-macam lagi banyak tergantung di gerai ini..Anak saya tertarik dengan kecomelan gitar kecil yang tergantung itu dan meminta saya membelinya..

Gerai kraftangan Pekan Nabalu..

Gelang, rantai kunci, selendang, kotak tisu dan banyak lagi.  Cantik-cantik..comel-comel dan memikat hati...Rambang mata melihatnya. 

Kalau ada kemahiran tawar menawar yang lama terpendam, boleh keluarkan disini. Sebab kalau pandai tawar menawar boleh dapat harga yang murah..Boleh dapat diskaun jika beli banyak.. Jadi kalau singgah tempat ini, jangan lupa keluarkan lah kemahiran tawar-menawar anda semasa bershopping di sini..:)


Gunung Kinabalu

Oleh kerana tidak dapat snap gambar Gunung Kinabalu masa di Pekan Nabalu, saya tangkap gambar Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ini depan rumah saya..sorry kabel tu kacau betul..

Gambar ini diambil pada waktu pagi..Masa ini Gunung Kinabalu jelas kelihatan..Awan..kabus tiada yang kacau..


35 comments :

  1. lawanya pemandangan dri atas tu... ni kali pertama saya dengar nama Pekan Nabalu, hihi, mmg tak belajar geografi...menarik tempatnya ni, kn? untung orang KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekan ni pekan kecil je Aisy..tempat singgah para pelancong..kalau dulu tempat ni tempat org singgah utk ke tolet tapi akrg mjd tempat persinggahan popular para pelancong

      Delete
  2. mama tak pernah ke gunung ka? hehe.alang2 dah dekat naik ler..hehe..saya teringin...tapi ledang pun tak ada rezeki nak jejak lg..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa muda2 pernah 3 kali panjat gunung..tapi skrg blm pernah lg Nana...teringin juga nak panjat balik..

      Delete
  3. semua anak2 ceria jer dapat posing kat atas menara ru...
    bila la boleh tgk gunung tertinggi tu depan mata, wish to be there one sweet day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyak ambil gambar dorang kat menara tu..mcm2 aksi dibuat hehe..happy bdk2 bergambar ramai2 atas menara tu ..:)

      Delete
  4. saya tak pernah pergi sabah lagi, teringin juga nak ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanie kalau dtg sini singgah kat pekan nabalu ni..byk kraftangan boleh cari sini..

      Delete
  5. Bestnya rumah Mama berlatarkan gunung kinabalu... Teringin sgt saya nak ke KK...anak buah ada belajar di UMS, kalau ada rezeki ke KK nak singgahlah rumah Mama...mesti best! Nak ajak Mama panjat Gunung Kinabalu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngehh..belum tentu dapat panajt gunug tu..dah tua bah BM hehe..

      Delete
  6. Untunglah mereka yg tinggal di sana. Nampak nyaman dan segar. Kakak geram tengok kedai cenderahati tu Mamarey.. Banyak membeli ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. udara di sana memang nyaman dan segar..best jalan2 waktu petang..
      pemandangan pun cantik..sejuk mata memandang kehijauan sekeliling pekan tu

      Delete
  7. asiknya'y mbk main bersama keluarga jadi pengen pulang hehhe

    ReplyDelete
  8. cantiknya pemandangan gunung kinabalu..
    teringin nk pegi.. tp tak tau la bila boleh sampai ke kota kinabalu ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang lah sini Ira..:)
      lagi cantik kalau depan mata sendiri

      Delete
  9. menarik ni pekan ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) pekan ni pekan kecil je KA..tapi popular sbg tempat persinggahan para pelancong

      Delete
  10. akak pi sana lama dak? bestnya..tanah tinggi kan kundasang n kan..bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap je Intan..setengah jam mcm tu..susah kawal rakyat ramai..yg paling kecik yg susah kawal hehe..ni Pekan Nabalu Intan sebelum Kundasang..

      Delete
  11. Harap-harap boleh samapai ke Sabah lagi cuti sekolah Mei ini. Kali terakhir saya ke Sabah dan Sarawak ialah 19 tahun dahulu. Pasti banyak yang berubah kan Mama Rey ? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu kak Lynn..kira mcm tu lah kak..:)

      Delete
  12. Replies
    1. damai..indah..sejuk..dan tenang suasananya..:)

      Delete
  13. Imian saya ada view camni kat sekeliling rumah ... nyaman , tenang dan udara pun segar . mesti kat tpt ni sejuk jer kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. udara mmg segar dan sejuk..tak seperti dkt bandar..

      Delete
  14. Sy pernah singgah Pekan Nabalu ni...mmg cantik kan Mama Rey..masa singgah hari tu kami bergamabar sakan...kesukaan..hihihi..
    bila lagi lah mo singgah sini...boleh jumpa klu kami ke sana...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nanti dtg kk..singah lagi bah aTie..banyak barang bulih pili-pili..hehe

      Delete
  15. liya pernah sampai sini... tpi tu latak naik menara ni pn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala napa tak naik..boleh twngok view dari atas..:)

      Delete
  16. cantiknya permandangan disana.. =)

    moga2 diberi rezki ke sana 1 hari nti.. :)

    *saya follow sini ya..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...