Friday, May 10, 2013

Hakim Yang Berhati Mulia

Rasa terharu terbaca cerita ini. Kisah mengenai seorang nenek misikin yang dituduh mencuri ubi kayu dan telah di bawa ke muka pengadilan..

Yang menariknya cara Hakim menjatuhkan hukuman terhadap nenek ini..

Sumber:Im a Muslim & Im Proud


Photo: Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

LIKE kalau terharu baca kisah ini.
SHARE ye sahabat2..

(✿◠‿◠) LIKE PAGE>> Im a Muslim & Im Proud <3

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
 

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


21 comments :

  1. Mmg uniklah cara hakim ni buat keputusan.. Bagus n bijak betul...bukan calang2 orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Aisy..hakim yg berhati mulia..

      Delete
  2. subhanaAllah, mulianya hati hakim tu.. ni baru dikatakan keperimanusiaan...

    ReplyDelete
  3. Terharu pulak kakpb dgn nenek tu. Patut si tuan ladang tu dihukum..membiarkan jiran kelaparan...tapi dah nama pun hukum dunia. Mencuri mesti dihukum.
    Tuan hakim dapat pahala kerana menggembirakan hati si miskin. Tuan punya ladang dpt apa?

    ReplyDelete
  4. kagumnya...bagus dan bijak....

    ReplyDelete
  5. pengajaran utk kita semua..... yang senang wajib menolong yang susah

    ReplyDelete
  6. Memang kagum dengan Hakim ni MAma Rey..pernah baca cerita ni..mmg sedih dgn nenek tu:)

    ReplyDelete
  7. pernah baca gak artikel ni...harap akan ada ramai lagi hakim macam ni....

    ReplyDelete
  8. memang mulia sungguh hakim tu....
    tindakan yg sangat bijak...
    tanggungjawab sbg hakim dilaksanakan...
    disamping tanggungjawab sbg seorang insan terlaksana...

    ReplyDelete
  9. ai, curi ubi pun masuk mahkamah, cian nya nenek tu, nasib malaysia tak macam ni.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. kalau la hakim dekat malaysia kat sini pon macam ni.. mesti best..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..masih ada hakim yang berperikemanusian..selalu denagr yang nakal-nakal aje kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  12. kita patut ambil iktibar akan kisah ni mamarey..
    kerana kita juga akan ditanya nanti, andai kita kekenyangan tetapi ada jiran kita yang kelaparan..

    ReplyDelete
  13. susah nak jumpa lagi manusia yang bertimbang rasa macam ni sekarang....

    ReplyDelete
  14. kernan jujurnya nenek tuh , allah memberi 2 kali ganda ganjaran padanya ... subhanallah !

    ReplyDelete
  15. lama sd baca ini cerita..just wonder, adaka lg org yg mcm si hakim ni wujud skrg...hmmmmm......

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah ya, itu yang kurang dlm masyarakat kadang2, perikemanusiaan, sedangkan ia sgt penting :(

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...