Ramadhan meninggalkan kita..Sedar tak sedar dah nak menjelang raya. Macam sekejap saja rasanya. Berblog pun dah nak hampir empat tahun. Terhenti untuk beberapa lama. Namun hati masih rindu-rinduan berblog hehe.. Pada yang masih setia datang ke sini.. terima kasih saya ucapkan. Sayang korang semua. Walaupun ada yang tak terbalas jejaknya namun masih berkunjung di sini.
Buat sahabat blogger dan G+ saya semua saya ucapkan Selamat Hari Raya 2016. Moga syawal pada kali ini membawa keberkatan dan kerahmatan buat kita semua. Moga bertambah erat silaturahim antara sanak saudara..sahabat dan semua. Kalau nak beraya tu kurang-kurangkanlah handphone di tangan. Kurangkan whatsapp..kurangkan fb..kurangkan instag.. Lebih-lebih lagi pada yang jumpa setahun sekali sahaja. Masa inilah kita cuba eratkan lagi silaturahim antara sesama. Media sosial..anytime kalau nak update (^~)
Pada yang akan balik kampung..semoga tiba di destinasi dituju. Berhati-hati semasa berada di jalan raya. Pandang kiri pandang kanan..jangan pandang belakang hehee..Biar slow asalkan selamat. Selamat sampai semua pun happy.. (^^).. Pada adik-adik jangan nakal-nakal main mercun.. Bahaya!!.. Jadikanlah hari raya kali ini penuh dengan makna..
Sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.. 😊😊
Tuesday, July 5, 2016
Tuesday, April 26, 2016
BERAS BUKIT
Beras bukit dari kampung, di kirim oleh ibu. Terima kasih ibuku.
Jarang dah makan beras bukit sekarang. Selalu makan beras beli dari kedai sahaja. Kali ini alhamdulillah dapat lah juga merasa beras bukit yang baru di tuai.
![]() |
| Parai Wagu |
Bentuk berasnya pendek berbanding beras yang saya selalu beli di kedai. Masa kecil-kecil dulu saya suka makan jenis beras ini. Wangi..sedap berlemak. Orang kata beras bukit banyak khasiatnya. Tapi saya kurang pasti apakah khasiatnya. Yang saya tahu ianya memang sedap bila di makan masa panas-panas.
Kalau di kampung saya Beras Bukit ini di panggil PARAI WAGU. Parai itu ialah Padi dan Wagu itu Baru. Mereka tak akan sebut Beras Baru Tapi Parai Wagu. Maksudnya, padi yang baru dituai.
Kalau dulu sewaktu masih kecil, sempat juga merasa bagaimana cara menuai padi bukit atau PARAI TIDONG yang hasilnya akan menjadi beras seperti di atas. Dengan menggunakkan satu alat kecil yang dipanggil Langgaman padi dituai secara kerjasama dari orang kampung. Bukan mudah dan bukan senang yang difikirkan. Ianya memerlukan kekuatan fizikal semasa menuainya kerana bentuk muka bumi yang curam.
![]() |
| sumber |
Sunday, April 24, 2016
HUJUNG MINGGU DI KOLAM PANCING
Jika ada masa terluang di waktu hujung mingu di kolam inilah kami anak-beranak datang bertandang. Bawa pancing dengan umpan sekali. Nak test umpan menjadi ke tidak. Kalau sang keli datan menyambar maka jadilah umpan hasil buatan dari tangan suami sendiri hehee..
![]() |
| Yusuf & Maryam |
Untuk diamkan mereka berdua dari berlari-lari.. saya minta dorang berdua bantu abang uli umpan. Tapi bukannya di uli..dijadikan guli pula. Habis hancur bertaburan di tanah oleh Yusuf dan Maryam.
Hujung minggu di kolam yang sama ada game memancing. Kcil Adam..Yang paling gemar mengikut abahnya join game memancing. Kalau boleh semua game nak dia ikut. Tak kisah siang atau malam. Panas atau hujan..dekat atau jauh. Memang kaki pancing macam abahnya. Saya tak ingat game ini yang ke berapa dah dia join. Semangat memancingnya memang tinggi. Lepas saja buang mata kail dia berdiri di situ menunggu sang keli datang mematuk umpan. Panas terik mentari dia dah tak kisah dah..

BB Alfee.. hah yang ni abang Kcil Adam.. Dia pun suka memancing. Tapi tak suka ikut game memancing. Dia lebih suka memancing untuk suka-suka saja. Dapat ikan keli besar sudah puaskan hatinya.
Aktiviti memancing ini seronok sebenarnya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Seharian menanti sang ikan meragut umpan memang memenatkan. Jika umpan tak laku memang rasa kecewa. Tapi jika umpan itu kaw-kaw ngam untuk si ikan, maka di situlah kegembiraan tak terhingga. Segala penat..kecewa..bosan terhapus serta merta heheee..
Tapi apapun yang penting happy bersama dengan family di hujung minggu. Sama-sama berkongsi minat. Tak minat pun kena belajar meminatkan diri...(^^)
Friday, April 22, 2016
Enaknya Tidur
Namanya Jelita Miau... Penghibur hati kami sekeluarga.
![]() |
| Aku suka dengan tikar ini. sungguh selesa. enak tidur di buatnya... |
![]() |
| Jangan kacau bah!!!!.... |
Anak saya memang sangat suka kacau JM bila tidur. Tapi JM malas nak layan. Tidurnya di layan lebih hehe..
Saya suka sentuh bulu-bulunya yang halus. Dia memang rajin membersihkan badannya. Dulu masa dia datang ke rumah, badannya kurus..kecil..comot dan bekurap. Kesian tengo dia. Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah besar..dah cantik Jelita..dan nakal juga... (^^)

Sunday, March 6, 2016
Orkid
Bunga Orkid pemberian orang..
Orang beri saya terima..(^~^)
Mula-mula rasa dua hati nak ambil sebab risau kalau orkid ni mati. Belum pernah sebenarnya pelihara bunga orkid sebelum ini. Tapi tuan punya keratan orkid ini beria-ia nak berikan pada saya. Siap bagi pasu untuk letakkan orkid tu. Yang perlu dicari cuma sabut kelapa dan arang kayu saja lagi.
Arang saya dapat dari jiran sebelah yang baik hati. Selalu saja memberi jika dia ada. Sabut kelapa pula saya dapat dari kedai pembekal santan segar. Dapat free saja. Kedai tu bagi satu karung,..Banyakknyeerrr...hehe.. Saya ambil sikit saja. Cukup untuk menanam keratan orkid yang diberikan pada saya.
Inilah dia keratan orkid yang diberi. Saya letak ia di tempat yang redup dan siram dengan air basuhan beras. Mudah-mudahan tumbuh subur dan berbunga dengan cepat. Rasa tak sabar nak tengok bentuk bunganya macam mana.
Monday, February 29, 2016
Kaki Pancing
Bapa kaki pancing..anak pun kaki pancing.. Kira mereka berdua ini geng pancing. Mana-mana game memancing mesti bersama. Sampai saya pun dah terjangkit sama hehe..
Saya sebenarnya suka dengan suasana kolam memancing ini. Sekelilingnya hijau. Air tenang menyejukkan suasana.
Nanti ada masa saya cerita dengan korang cerita-cerita pancing kami anak-beranak ya..Pada yang masih datang ke blog saya.. terima kasih sangat-sangat.. Masih juga sudi datang jenguk sini..^^..
Wednesday, February 10, 2016
Pantun Rindu
Jatuh kaca pecah berkecai
Hati-Hati jari terluka
Alahai blogku lama tak berusai
Wajah masih sperti yang lama
Pergi ke kedai meniti titi
Meniti titi berhati-hati
Menulis berblog hati kurindu
Menekan huruf jariku kaku
Duduk termenung dimalam sepi
Bertemankan cahaya sang bulan terang
Sangatlah lama diri menyepi
Namun tetap rindukan korang
Hati-Hati jari terluka
Alahai blogku lama tak berusai
Wajah masih sperti yang lama
Pergi ke kedai meniti titi
Meniti titi berhati-hati
Menulis berblog hati kurindu
Menekan huruf jariku kaku
Duduk termenung dimalam sepi
Bertemankan cahaya sang bulan terang
Sangatlah lama diri menyepi
Namun tetap rindukan korang
Monday, February 9, 2015
Rebung Masak Lemak Cili Padi
![]() |
| Rebus dan toskan |
Beli rebung ini dipasar. Sudah pun siap dipotong kecil-kecil. Satu plastik RM2. Rebungnya banyak dalam satu plastik. Yang ini setengah plastik yang telah saya rebus dua kali. Suami tak berapa suka rasa pahit sebab tu saya rebus dua kali.
![]() |
Rebung masak lemak cili padi
|
Rebung Masak Lemak Cili Padi, permintaan dari suami. Tambah nasi sampai dua kali.^^.. Anak-anak pula sukakan kuahnya. Rebung dorang tak nak.
Bahan-bahan yang saya gunakan simple saja. Ikut apa yang ada dalam rumah hehe;
- Rebung yang telah direbus.
- Bawang merah 5 ulas dan bawang putih 2 ulas ditumbuk.
- Cili 12 biji. Juga saya tumbuk.
- Udang kering segenggam tangan
- Bawang besar satu biji dihiris.
- Serbuk kunyit satu sudu.
- Santan
- Asam keping
Ini pula cara saya masak:
Masukkan segelas air dan bahan-bahan yang ditumbuk, udang kering, bawang besar, asam keping, kunyit dan rebung. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan. Saya guna sekotak kecil. Ermm rasanya lebih sekotak. Didihkan sekejap sambil dikacau-kacau. Jangan lupa tambahkan garam dan gula kalau hendak.
Wednesday, January 28, 2015
Monday, January 26, 2015
Cara Mudah & Cepat Menyusun Buku Sekolah Mengikut Jadual
Saya dapat tips ini dari perkongsian member di group whatsapp. Nampak menarik dan praktikal. Semalam baru buat. Asalnya nak gunakan sticker. Senang nak lekatkan. Tapi jumpa warna putih saja masa nak membelinya. Jadi Saya gunakan kertas memo yang berwarna. Gunting kecil-kecil dan lekatkan di tepi buku teks.
![]() |
| 5 warna berlainan. Satu warna mewakili satu hari. |
Tuliskan hari pada setiap kertas berwarna dan lekatkan di loker anak-anak. Warna hijau untuk hari isnin. Merah untuk hari selasa. Kuning untuk hari rabu. Biru untuk hari khamis dan putih untuk hari jumaat. Maksudnya satu warna mewakili satu hari.
Bila hari isnin masukkan buku teks yang bertanda hijau sahaja. Dan begitulah juga bila hari seterusnya.
Anak-anak pun suka. Siap lekatkan semalam, terus susun buku untuk hari isnin. Mudah dan cepat menyusun buku. Tidak perlu lagi tengok jadual waktu setiap hari nanti.
![]() |
| Siap dah..^^ |
Buku teks anak-anak, dah siap tampal warna. Terima kasih lah pada yang telah berkongsi idea ini.
Tuesday, January 13, 2015
Minggu Orientasi
Cerita minggu lalu. Minggu orentasi Yusuf di sekolah tadikanya.
Hari pertama:
Awal pagi dah bangun, mandi dan sarapan. Bersemangat nampaknya Yusuf nak pergi sekolah. Sampai di sekolah. Yusuf tak nak lepaskan tangan saya. Dia mahu saya masuk ke dalam sekali denganya. Cikgu ambil pun dia tak nak. Saya dan suami tunggu di luar pagar sekolah. Hari pertama biarlah tunggu dulu. Tengok-tengokan dia dari jauh. Dari luar kami nampak Yusuf berlari keluar sambil dikejar oleh cikgunya. Alahaaiii Yusuf...
Hari kedua:
Sampai sekolah, laju saja Yusuf keluar dari kereta. Tapi masih Sama macam hari pertama. Masih nak saya ikut sekali dengannya. Cikgu ambil pun tak nak. Masih tarik-tarik tanganya. Tak mahu cikgu pegang tangan dia. Kali ini saya dan suami tidak lagi menunggu diluar.
Hari Ketiga:
Seperti hari pertama dan hari kedua juga, awal pagi Yusuf sudah bangun, mandi dan sarapan. Kali ini dia tak lagi tarik-tarik tangan bawa saya masuk kedalam. Cikgu datang ambil pun, dia tak lagi lari keluar dan tidak lagi berdukung macam hari pertama..^^
Hari Keempat:
Kejutkan Yusuf. Alahaii.. liatnya dia bangun kali ini. Makan pun kena disuapkan. Masa dalam perjalanan ke sekolah, sempat lagi tidur sekejap dalam kereta. Tapi hari ini kelihatan Yusuf sudah dapat menyesuaikan diri. Selepas letak selipar atas rak, terus saja dia masuk tanpa tangannya dipegang. Alhamdulillah..
Hari Kelima:
Seperti biasa saya hantar Yusuf depan pintu sekolah. Masuk dengan senyuman malu-malunya sambil beri salam. Suara pun malu-malu macam senyumannya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang minggu orentasi Yusuf tidak menangis....^^
Hari ini hari kedua sesi persekolahan 2015. Semua anak-anak saya bersekolah sebelah pagi. Pagi tadi Yusuf tak sabar nak ke sekolah sebab nampak abang-abangnya semua dah kesekolah. "Mummy cepatlah...jum...".
Anakku baik-baik di sekolah. Moga besar nanti jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.

| Setiap kali ambil Yusuf di sekolah, Dia mesti tunjukkan pada saya dan suami hasil kerjanya.. ^^ |
Hari ini hari kedua sesi persekolahan 2015. Semua anak-anak saya bersekolah sebelah pagi. Pagi tadi Yusuf tak sabar nak ke sekolah sebab nampak abang-abangnya semua dah kesekolah. "Mummy cepatlah...jum...".
Anakku baik-baik di sekolah. Moga besar nanti jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.
Friday, January 9, 2015
Tetamu Pagi
Setiap hari kucing jantan ini akan datang ke rumah saya. Sekitar jam 7 pagi macam tu dia akan berada di luar rumah. Saya tak tahu kucing siapa. Kucing ini datang sejak saya letakkan makanan di luar. Terbiasa dengan kedatangan kucing ni, dah menjadi kemestian meletak makanan dalam mangkuk putih tu sebelum jam tujuh pagi. Kadang-kadang kalau terlupa, kucing jantan ini akan duduk di luar menunggu dengan setia.
Jarang sangat dia masuk dalam rumah. Kalau pun masuk, kucing ini akan duduk di bawah meja. Bila nampak saya letakkan makanan dalam bekas makanan, barulah dia keluar.
Baru-baru ni, kucing jantan ni cedera dibahagian lehernya. Mungkin bergaduh dengan kucing lain.
Monday, January 5, 2015
Cara Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ikan
![]() |
| Ikan Sembilang & Ikan Kurau. Hasil suami & anak, memancing ikan sungai di sebuah kampung di daerah Tuaran. |
Petua ini saya dapat dari suami saya. Perkongsian dari "Geng Mansing" dan rakan sekerja suami.. Bagaimana cara hilangkan hanyir dan lendir ikan.
- Blander atau tumbuk kunyit hidup. Campurkan dengan asam jawa. Lumurkan pada ikan yang telah dicuci bersih. Biarkan selama 15 minit hingga setengah jam.
- Asam jawa dicampur dengan air limau kapas. Lumur pada ikan. Biarkan setengah jam kemudian cuci ikan tersebut.
- Ambil Tepung gandum dan lumurkan pada badan ikan. Gosokkan sehingga lendir ikan hilang. Biarkan sekejap kemudian cuci ikan tu.
- Siram ikan dengan menggunakan air panas. Jangan air yang baru mendidih nanti masak pula ikan tu. Kemudian cuci dengan air biasa.
Ini pula cara yang selalu saya gunakan;
Lumur ikan dengan garam dan asam jawa. Gosokkan disemua bahagian badan ikan. Biarkan 15-30 minit kemudian basuh.
Korang pula macam mana nak hilangkan hanyir dan lendir pada ikan..?
Thursday, January 1, 2015
Selamat Tahun Baru 2015
Selamat Tahun Baru 2015 buat semua sahabat alam maya saya. Harapnya segala yang dirancang tahun lalu telah terlaksana. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dilindungi dan diberkati olehNYA.
Andai ada tersalah kata..terkasar bahasa..Mohon diampunkan..Maaf juga kerana selalu saja lambat membalas jejak korang.. Apapun saya akan palan-palan datang ke blog korang ya^^... Kepada korang semua yang selalu datang menjenguk MaMaRey di sini, terima kasih sangat-sangat. Kunjungan kalian semua sangat saya hargai...^^
Sekali lagi saya ucapakan Selamat Tahun Baru 2015.

| Hari ini.. 010115..Yusuf di sekolah tadikanya. Ada Majlis bacaan doa selamat dan yaasin. Besok nak ambil peralatan sekolahnya. Harap dia dapat menyesuaikan dirinya nanti.. |
Monday, December 22, 2014
Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Aktiviti hujung mingu kami anak beranak minggu lalu. Buat Aiskrim Goreng perisa Vanilla Coklat. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahannya pun simple saja.
Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Goreng Vanilla Coklat macam di bawah ini.
- Aiskrim perisa Vanilla Coklat
- Roti
- Sudu
- Gelas
![]() |
| Cara-cara |
Cara-cara untuk membuatnya. Mudah saja. Ikut langkah-langkah macam gambar atas ini. Ambil aiskrim dengan sudu dan letak di tengah-tengah atas roti. Aiskrim agak-agak dalam satu sudu. Kalau banyak koyak pula roti tu. Kemudian tutup aiskrim tu dengan sekeping roti lagi. Selepas itu ambil gelas tekan ngam-ngam pada permukaan tengah roti tersebut. Tekan, pusing-pusing kan sikit sampai putus roti tu. Gunakan gelas yang nipis badannya supaya roti mudah putus.Selepas itu tekan-tekan bahagian tepi roti tu dengan sudu.
Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Di bahagian freezer. Yang ini malam ahad buat. Esok pagi baru digoreng. Tunggu anak-anak pulang dari main futsal baru nak digoreng. ^^
![]() |
| Goreng dengan minyak yang panas |
Kalau nak menggorengnya minyak kena betul-betul panas baru masukkan aiskrim goreng. Gunakan minyak yang banyak. Goreng sekejap saja. Dalam beberapa saat saja. Nampak dah kekuningan angkat cepat-cepat.
![]() |
| Aiskrim Goreng Vanilla Coklat |
Yummy yumm..Panas rangup diluar, Sejuk enak di dalam..
Dah goreng jangan kasi biar lama-lama. Nanti cair aiskrim di dalam. Ndak sedap nanti. Lepas goreng, hidang dan makan.
![]() |
| Gigih membentuk |
Buat aktiviti masak-memasak dengan anak-anak memang menyeronokkan. Riuh rendah dibuatnya. Ada yang roti tak putus.. roti koyak..aiskrim terkeluar..ada juga yang sambil buat sambil curi-curi aiskrim masuk mulut..hehe... Dan lagi seronok bila melihat mereka makan dengan rasa puas hatinya hasil dari tangan mereka sendiri.
Tuesday, December 16, 2014
Kirim Barang Guna Bas
Sabtu lalu saya kirimkan barang oder untuk sahabat yang berada di Sandakan. Ini pertama kali bagi saya mengirimkan barang menggunakan khidmat Bas Besar dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Belum ada pengalaman lagi macam mana prosesnya. Ada juga dapat info dari kawan-kawan kalau nak kirim barang guna bas kena pergi ke terminal bas tersebut.
"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"
Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.
Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..
"kenapa nda di gam awal-awal"
"ingatkan durang mau chek lagi bah"
Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.
Nama, alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^
"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"
![]() |
| Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam |
Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.
Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..
"kenapa nda di gam awal-awal"
"ingatkan durang mau chek lagi bah"
![]() |
| Kaunter Bas Tung Ma |
Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.
Nama, alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^
Wednesday, December 10, 2014
Pi1M
Monday, December 8, 2014
Memancing Ikan
Kalau tiada halangan setiap kali hujung minggu suami dan dua orang Hero saya akan pergi memancing. Pergi memancing bersama dengan "Geng Mansing" suami. Selalunya mereka memancing pada waktu malam. Lokasi mereka memancing ialah di Sepanggar ataupun di UMS.
Setiap kali dapat ikan suami mesti kirimkan gambar melalui Whatsapp. Tak kisah dah lewat malam, gambar kegembiraan anak-anak suami hantar. Seronok melihat anak-anak angkat pancing bagi tengok ikan yang mereka dapat. Segar balik dari tidur hehe..
Ikan Utik, ikan pertama Hero kedua saya malam semalam semasa memancing ikan di Sepangar. Suami suruh masak asam pedas ikan ni. Kawan suami kata masak lemak pun sedap. Korang pula biasa masak apa ikan ini..?
Saya paling suka bila dengar anak-anak bercerita pengalaman mereka memancing. Sambil menyiang ikan sambil mendengar mereka bercerita. Kadang-kadang ikan terlepas, mata kail menyangkut ataupun putus, umpan habis di makan tapi ikan tak sangkut dan macam-macam lagi. Ada sekali anak ceritakan "Abah dapat ikan macam berus tandas"...Hehe...Gambar tak ada ambil. Teringin juga nak melihat rupa bentuk ikan itu. Macam mana lah agaknya rupa ikan tu.
Pengalaman memancing yang menyeronokkan buatkan anak-anak saya tidak sabar menunggu hujung minggu.Walaupun menunggu lama ikan mengena. Kadang-kadang dapat ikan cuma seekor dua. Kadang-kadang tak ada. Yang paling seronok kata anak-anak saya ialah bila si ikan menyambar umpan dan menyangkut. Tarik pancing, lawan kuat dengan ikan..^^
Setiap kali dapat ikan suami mesti kirimkan gambar melalui Whatsapp. Tak kisah dah lewat malam, gambar kegembiraan anak-anak suami hantar. Seronok melihat anak-anak angkat pancing bagi tengok ikan yang mereka dapat. Segar balik dari tidur hehe..
![]() |
| Ikan Utik |
![]() |
| Ikan MJ |
Hero sulung saya. Dapat seekor ikan MJ. Ini kira ikan pertama yang dia dapat sepanjang dia memancing. Selalunya balik kosong sahaja. Malam semalam rezeki menyebelahi dia. Terkejut sedikit bila pancing mengena, katanya.
Saya paling suka bila dengar anak-anak bercerita pengalaman mereka memancing. Sambil menyiang ikan sambil mendengar mereka bercerita. Kadang-kadang ikan terlepas, mata kail menyangkut ataupun putus, umpan habis di makan tapi ikan tak sangkut dan macam-macam lagi. Ada sekali anak ceritakan "Abah dapat ikan macam berus tandas"...Hehe...Gambar tak ada ambil. Teringin juga nak melihat rupa bentuk ikan itu. Macam mana lah agaknya rupa ikan tu.
Pengalaman memancing yang menyeronokkan buatkan anak-anak saya tidak sabar menunggu hujung minggu.Walaupun menunggu lama ikan mengena. Kadang-kadang dapat ikan cuma seekor dua. Kadang-kadang tak ada. Yang paling seronok kata anak-anak saya ialah bila si ikan menyambar umpan dan menyangkut. Tarik pancing, lawan kuat dengan ikan..^^
Tuesday, December 2, 2014
Apa Khabar
Apa khabar korang semua. Lama tak mengupdate blog. Rindu dengan korang semua. Rindu nak BW. Rindu baca entry-entry korang. Harap korang semua sentiasa dalam keadaan yang baik-baik. Sihat sentiasa. Gembira sentiasa ^^. MaMaRey di sini sentiasa sihat. Macam biasalah sibuk dengan urusan harian sebagai seorang surirumah..dengan anak-anak yang masih kecil, Bertambah sibuk lagi dengan kehadiran si kecil comel, Noah. Penyeri suasana. Anak bongsu kakak yang dihantar ke rumah saya.
Tak banyak yang nak ditulis sekadar bertanya khabar korang semua. Sahabat Blogger ku..Sahabat alam Maya ku. Mau menulis panjang tapi masa ndak banyak. Maafkan saya kerana lama tidak membalas jejak korang semua. Nanti saya palan-palan datang jenguk blog kamurang ya. Terima kasih kerana masih lagi sudi jadi sahabat saya ^^...

Monday, September 15, 2014
Workshop Abang Abu | MEKANIK $
Berpeluang menghadiri workshop Abang Abu di Tabung Haji, Kota Kinabalu minggu lalu. Pertama kali sebenarnya datang ke workshop Abang Abu ini. Pertama kali juga tahu tentang Abang Abu ini. Itu pun kawan yang ajak. Masuk percuma sebab daftar berlima. Mula-mula tu tak cukup lima orang tapi alhamdulillah last minit dapat juga akhirnya mencukupkan ahli.
Workshop mula jam 7:30pm hingga 11:30pm. Rasa macam sekejap saja. Best sangat...Seronok mendengar perkongsian dari Abang Abu. Banyak info dan tips-tips yang dikongsikan. Tentang teknik pengurusan kewangan, perniagaan dan banyak lagi. Yang bestnya lagi ialah cara Abang Abu menyampaikan dan berinteraksi dengan audience. Yang hadir di workshop itu memang tak akan rasa bosan. Gelak saja dibuatnya. Sesekali ada buat senaman bagi peserta energy..^^ Paling seronok senam 'Char Kue Teow'..Bestt..
Ini antara tips-tips yang dikongsikan malam itu;
★Sebelum melabur pastikan 6 bulan simpanan. Lebih bagus 24 bulan.
★Bila ada penolakan jangan merasa putus asa.
★Jangan berbelanja melebihi batas/Jangan membazir.
★Sentiasa senyum dengan sesiapa pun.
★Sentiasa dalam keadaan bersyukur.
Banyak lagi sebenarnya info dan tips yang dikongsikan. Kena datang sendiri workshop ini barulah best..^^.Korang akan tahulah nanti apa maksud BEST..BEST..BEST.. 3 amalan kaya dari Abang Abu. Korang boleh cari Abang Abu di www.facebook.com/mekanikwang.
Baru nak bermula. Simple saja Abang Abu ini. Tengok saja caranya berpakaian. Mula-mula ingatkan siapa. Rupanya dialah orang yang akan berkongsi info dan tips berguna pada malam itu. Ada satu cerita Abang Abu kongsikan iaitu "Fokus Unta". Dalam cerita ini mengajar kita bagaimana kita fokus terhadap sesuatu yang dilakukan. Jangan biarkan ada yang menggangu fokus kita. Saya tak pandai nak cerita sebab Abang Abu masa tu sampaikan dengan cara berlakon..hehe..
Sebelum pulang, beli buku ini. Simpan Challenge. Ditulis oleh Abang Abu sendiri. RM35 sebuah. Buku ini memberi tips dan strategi bagaimana menyimpan dengan cara yang mudah dan praktikal. Antaranya;
Jumpa syiling dilantai, bilik atau mana-mana tempat dalam rumah, masukkan dalam tabung yang disediakan. Tabung jangan beli. Gunakan container kosong. Saya guna tabung macam ini..^^.. Kalau nak shoping minta diskaun atau tawar-menawar dengan penjual. Yang ini saya memang suka dan amalkan. Tawar- menawar dengan penjual sampai dapat harga murah..hehe. Makan sebelum berbelanja. Kajian kata perut kosong menyebabkan perbelanjaan lebih 20%. Betul lah, selalu bila shoping masa perut lapar macam-macam lah makanan yang dicapai masuk troli. Terbeli benda yang sepatutnya tiada dalam senarai..huhu...
Banyak lagi tips yang belum dipraktikkan. In Sha Allah pelan-pelan cuba mempraktikkannya nanti...^^

| MEKANIK $ |

| SIMPAN CHALLENGE Abang Abu, terima kasih berkongsi tips...^^ |

Subscribe to:
Comments
(
Atom
)