Monday, December 8, 2014

Memancing Ikan

Kalau tiada halangan setiap kali hujung minggu suami dan dua orang Hero saya akan pergi memancing. Pergi memancing bersama dengan "Geng Mansing" suami. Selalunya mereka memancing pada waktu malam. Lokasi mereka memancing ialah di Sepanggar ataupun di UMS.

Setiap kali dapat ikan suami mesti kirimkan gambar melalui Whatsapp. Tak kisah dah lewat malam, gambar kegembiraan anak-anak suami hantar. Seronok melihat anak-anak angkat pancing bagi tengok ikan yang mereka dapat. Segar balik dari tidur hehe..

Ikan Utik
Ikan Utik, ikan pertama Hero kedua saya malam semalam semasa memancing ikan di Sepangar.  Suami suruh masak asam pedas ikan ni. Kawan suami kata masak lemak pun sedap. Korang pula biasa masak apa ikan ini..?


Ikan MJ
Hero sulung saya. Dapat seekor ikan MJ. Ini kira ikan pertama yang dia dapat sepanjang dia memancing. Selalunya balik kosong sahaja. Malam semalam rezeki menyebelahi dia. Terkejut sedikit bila pancing mengena, katanya.

Saya paling suka bila dengar anak-anak bercerita pengalaman mereka memancing. Sambil menyiang ikan sambil mendengar mereka bercerita. Kadang-kadang ikan terlepas, mata kail menyangkut ataupun putus, umpan habis di makan tapi ikan tak sangkut dan macam-macam lagi. Ada sekali anak ceritakan "Abah dapat ikan macam berus tandas"...Hehe...Gambar tak ada ambil. Teringin juga nak melihat rupa bentuk ikan itu. Macam mana lah agaknya rupa ikan tu.

Pengalaman memancing yang menyeronokkan buatkan anak-anak saya tidak sabar menunggu hujung minggu.Walaupun menunggu lama ikan mengena.  Kadang-kadang dapat ikan cuma seekor dua. Kadang-kadang tak ada. Yang paling seronok kata anak-anak saya ialah bila si ikan menyambar umpan dan menyangkut. Tarik pancing, lawan kuat dengan ikan..^^

16 comments :

  1. Bagus suami MR bawa anak-anak ke tempat begini
    Bagi peluang anak-anak merasa sendiri nikmat bila beroleh apa yg dipancing

    Kalau kakak suka masak asam pedas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time dapat ikan tu yang dorang seronok dgt Kakzakie^^

      Delete
  2. Salam...mesti hero2 tu seronok sangat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. yup Bunda..sampai tak sabar nak tunggu hujung minggu

      Delete
  3. memancing ikan ni nak kena banyak bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tny kat anak..tak bosan ke duduk tunggu lama2..anak jawab tak bosan..bestt memancing

      Delete
  4. salam, hye Mama... wargh bestnya...sekarang memang musim memancing ke apa?
    sebab abg CKK pun memancing jugak, balik dari KL ke perak semata2 nak mencari sungai
    untuk memancing tapi cuma ikan kecil aje dapat nye,huhuhu..

    p/s : mama ikan utik tu ikan apa ye? sbb sy tak pernah dengar..bahasa sabah saje ke yg panggil mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam CKK..hi jg hehehe...
      owh ya ka..tp beberapa hari ni dorg tak pegi memancing. suami kurang sihat..

      Delete
  5. Best bah memancing ni .. teringat zaman budak2 dulu .. sabar saja menunggu umpan dimakan oleh ikan karuk ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah Mia..dulu kecil2 pn suka memancing..memancing di sungai..dapat ikan kecil mcm jari pn sudah melompat kesernokan hehehe

      Delete
  6. Memancing ramai2 bersama ahli keluarga memang best! Kenangan manis pabila dikenang semula nanti,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup BM..kenangan anak dan abah mereka..^^..nak jg join tapi putri bongsu masih kecil..dorg pegi memancing waktu malam

      Delete
  7. wah bestnya...kalau memancing dapat ikan memang best coz ikan-ikan dia semua fresh kan mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.. tu yg best tu Raudzh..fresh betul ikan2nya.

      Delete
  8. Replies
    1. yup KA..yg selalu ikut tu Hero sulung dan Hero no dua sy...

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...