Tuesday, April 26, 2016

BERAS BUKIT



Beras bukit dari kampung, di kirim oleh ibu. Terima kasih ibuku.

Jarang dah makan beras bukit sekarang. Selalu makan beras beli dari kedai sahaja. Kali ini alhamdulillah dapat lah juga merasa beras bukit yang baru di tuai.  

Parai Wagu

Bentuk berasnya pendek berbanding beras yang saya selalu beli di kedai. Masa kecil-kecil dulu saya suka makan jenis beras ini. Wangi..sedap berlemak. Orang kata beras bukit banyak khasiatnya. Tapi saya kurang pasti apakah khasiatnya. Yang saya tahu ianya memang sedap bila di makan masa panas-panas.

Kalau di kampung saya Beras Bukit ini di panggil PARAI WAGU. Parai itu ialah Padi dan Wagu itu Baru. Mereka tak akan sebut Beras Baru Tapi Parai Wagu. Maksudnya, padi yang baru dituai.

Kalau dulu sewaktu masih kecil, sempat juga merasa bagaimana cara menuai padi bukit atau PARAI TIDONG yang hasilnya akan menjadi beras seperti di atas. Dengan menggunakkan satu alat kecil yang dipanggil Langgaman padi dituai secara kerjasama dari orang kampung. Bukan mudah dan bukan senang yang difikirkan. Ianya memerlukan kekuatan fizikal semasa menuainya kerana bentuk muka bumi yang curam.

sumber
Hahh!! macam ini lah bentuk alat itu. Kalau gunakan alat ini saya mesti pakai sarung tangan. Kalau tak jari akan melecet. Kulit jari bengkak berair. Ibu saya kata Lumpanitan. 


8 comments :

  1. Kakak ada beli beras bukit tapi yg warna perang dari kawan blogger kita Kebun Bahagia. Kalau macam MR ni best boleh dpt supply dari mak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..ya ka kakzakie..beras perang kami panggil wagas tadong..sedap kalo buat bubur

      Delete
  2. Replies
    1. Kan Eca..hehee...cmpr dgn ayam lg sedap..

      Delete
  3. Oo.. mcm tu rupanya beras bukit ni ye.
    Terima kasih mamarey..share info pasal beras ni.. berkhasiat sbb ditanam dan diproses sendiri kan.. hehe.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sy pn dah jarang sgt dah mkn beras kg ni..bila ibu tanam baru merasa beras kg ni hehe

      Delete
  4. Memang peberet beras bukit ni Mama Rey.. tapi sini mcm susah skit mo dpt.. sellu kirim dgn kawan2.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bah..kg kwsn bukit bah Atie..dkt sm kundasng..tu yg bolehlah btanam2 ni hehe

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...