Monday, January 5, 2015

Cara Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ikan

Cara Hilangkan Hanyir Dan Lendir Ikan, kan sungai, ikan sembilang, ikan kurau
Ikan Sembilang & Ikan Kurau.
Hasil suami & anak,
memancing ikan sungai di sebuah
kampung di daerah Tuaran. 

Petua ini saya dapat dari suami saya. Perkongsian dari "Geng Mansing" dan rakan sekerja suami.. Bagaimana cara hilangkan hanyir dan lendir ikan. 
  1. Blander atau tumbuk kunyit hidup. Campurkan dengan asam jawa. Lumurkan pada ikan yang telah dicuci bersih. Biarkan selama 15 minit hingga setengah jam. 
  2. Asam jawa dicampur dengan air limau kapas. Lumur pada ikan. Biarkan setengah jam kemudian cuci ikan tersebut.
  3. Ambil Tepung gandum dan lumurkan pada badan ikan. Gosokkan sehingga lendir ikan hilang. Biarkan sekejap kemudian cuci ikan tu.
  4. Siram ikan dengan menggunakan air panas. Jangan air yang baru mendidih nanti masak pula ikan tu. Kemudian cuci dengan air biasa.
Ini pula cara yang selalu saya gunakan;
Lumur ikan dengan garam dan asam jawa. Gosokkan disemua bahagian badan ikan. Biarkan 15-30 minit kemudian basuh.

Korang pula macam mana nak hilangkan hanyir dan lendir pada ikan..?


18 comments :

  1. Ikan kurau pula namanya tu .. yg byk tulang tu kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ndak banyak tulangnya ni Mia..masak berkuah sedap.yg tulangnya banyak sedap walaupun byk tulang tapi payah sikit mau makan hehe

      Delete
  2. haaaa mmg biasa guna asam jawa jer... biasanyer mmg menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita Lia hehe..sy biasa guna asam jawa yg berbiji tu...

      Delete
  3. Biasa lumurkan dengan limau kasturi je....

    ReplyDelete
  4. Saya biasanya simpan ikan keli dalam semalam di peti sejuk. Esok baru masak.
    Ini memudahkan pengeluaran lendir ikan itu tadi tanpa perlu bersusah payah menyentalnya
    dengan bahan lain. Apa pun lain orang lain caranya, tak gitu Mama Rey ?
    Apa kabar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. khbr baik kak Lynn..harap kak Lynn jgbaik2
      owh mcm tu..baru tau cara ni kak Lynn..nak try nanti..

      Delete
  5. hai mama rey, lama dah tak melawat mama. saya punya cara sama dengan mama lah, garam dan limau sambal tu. senang dan mudah, lumurkan sahaja dan biarkan selama 15 minit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Hanie.. sy pn lama tak dtg lawat Hanie..ada masa sy palan2 dtg jenguk Hanie ya..
      hanyir pn hilang kn hanie..

      Delete
  6. nice tips,hanyir nilah yg buat ramai tak nak makan ikan

    ReplyDelete
  7. Salam. Hee saya sudah lama tidak menyiang ikan hanyir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam TL..saya pun jarang juga menyiang ikan TL..sll beli ikan di pasar..sejak suami & anak2 suka memancing ni baru lah mula balik menyiang ikan...

      Delete
  8. Ira cuci ngan asam jawa je.. Patut la masih x hilang hanyirnya.. Kene biar 15 minit ye.. Tima kasih sudi share petua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kdg biar lama Ira..kdg smpi 30 minit

      Delete
  9. Sama juga stepnya mama.. asam limau dan tepung. Cuma xpandai nk menyiang ikan lg. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..x pa nti boleh bljr..sy pn x pdi sgt bab menyiang ikan ni hehe

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...