Monday, December 22, 2014

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat

Aktiviti hujung mingu kami anak beranak minggu lalu. Buat Aiskrim Goreng perisa Vanilla Coklat. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahannya pun simple saja.

Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Goreng Vanilla Coklat macam di bawah ini.


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Bahan-bahan Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
  • Aiskrim perisa Vanilla Coklat
  • Roti
  • Sudu
  • Gelas
Cara-cara

Cara-cara untuk membuatnya. Mudah saja. Ikut langkah-langkah macam gambar atas ini. Ambil aiskrim dengan sudu dan letak di tengah-tengah atas roti. Aiskrim agak-agak dalam satu sudu. Kalau banyak koyak pula roti tu. Kemudian tutup aiskrim tu dengan sekeping roti lagi. Selepas itu ambil gelas tekan ngam-ngam pada permukaan tengah roti tersebut. Tekan, pusing-pusing kan sikit sampai putus roti tu. Gunakan gelas yang nipis badannya supaya roti mudah putus.Selepas itu tekan-tekan bahagian tepi roti tu dengan sudu. 


Masukkan dalam freezer
Masukkan dalam freezer

Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Di bahagian freezer. Yang ini malam ahad buat. Esok pagi baru digoreng. Tunggu anak-anak pulang dari main futsal baru nak digoreng. ^^

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Goreng dengan minyak yang panas


Kalau nak menggorengnya minyak kena betul-betul panas baru masukkan aiskrim goreng. Gunakan minyak yang banyak.  Goreng sekejap saja. Dalam beberapa saat saja. Nampak dah kekuningan angkat cepat-cepat. 



Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Yummy yumm..Panas rangup diluar, Sejuk enak di dalam.. 

Hero bikin..Mummynya goreng..^^
Dah goreng jangan kasi biar lama-lama. Nanti cair aiskrim di dalam. Ndak sedap nanti. Lepas goreng, hidang dan makan. 


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Gigih membentuk
Buat aktiviti  masak-memasak dengan anak-anak memang menyeronokkan. Riuh rendah dibuatnya. Ada yang roti tak putus.. roti koyak..aiskrim terkeluar..ada juga yang sambil buat sambil curi-curi aiskrim masuk mulut..hehe... Dan lagi seronok bila melihat mereka makan dengan rasa puas hatinya hasil dari tangan mereka sendiri.

8 comments :

  1. wah sedap tu..senang pulak membuatnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup AA..ank2 pn dah tau cara nak buatnya

      Delete
  2. Replies
    1. wasalam..untuk anak2 kena rajinkan juga hehe

      Delete
  3. Sedap tu kalau mkn panas2.. hehee.. terliur pulak tgk mama buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu Nina..kena mkn time baru masak..panas2..nti Nina buat yee..

      *hmm satu pic tu hilang..terdelete pic dlm hp..:(

      Delete
  4. Sedapnya. Lagi jimat buat sendiri. Kalau beli mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiza..nak beli yg sedia tu tak cukup Fiza..lagi baik buat sendiri..anak kata sama jer rasa dia hehe

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...