Tuesday, March 18, 2014

"Tagal" Sungai Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau

Tentu ada diantara korang yang sudah pernah datang ke sini kan. "Tagal" Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru, Ranau. Kira-kira 10 km dari Pekan Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu kira-kira 131 km. Agak-agak 2 jam 40 minit macam tu lah jika korang menaiki kenderaan dari Kota Kinabalu ke tempat ini.

Di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Sabah

Sungai ini terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Dan, Tempat ini pernah memenangi "Malaysia River Care" pada tahun 2006. "Tagal" dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud sebarang aktiviti menangkap ikan adalah dilarang sama sekali. Tujuannya adalah untuk menjaga alam sekitar dan ekosistem bagi kegunaan generasi akan datang. Ada juga yang memanggil "Tagal" ini "Bombon". 

Kami singgah di sini sewaktu balik Kampung suami di Sandakan, melawat ibu mertua yang kurang sihat.

Sungai Moroli Kg. Luanti Baru, Ranau

Anak-anak bersama suami sudah di depan meninggalkan saya dan Puteri bongsu di belakang. Masa ini pengunjung tidak berapa ramai. Jadi kami pun boleh terus masuk tanpa perlu beratur.

"Fish massage"
Jinak-jinak..Besar-besar.

Sungainya tersangatlah jernih sewaktu berkunjung di sini. Nampak kejernihannya kan. Masuk saja kaki dalam sungai, ikan-ikan segera datang berkumpul dan gigit-gigit kaki. Ikan-ikan di sini sudahlah jinak, besar-besar pula tu. Rasa sedikit geli dengan ikan-ikan tu. Ikan-ikan tu cuma gigit-gigit manja saja sebenarnya. Tapi entahlah, tetap juga rasa geli..ndak biasa bah ikan jinak besar berenang-renang dekat kaki..Kalau tidak, kompem habis kulit mati di kaki ini. Halus mulus jadinya hehehe..

Takut bah si Hero bongsu..

Si baju kuning sedang duduk tepi sungai, Hero bongsu saya Yusuf. Sangatlah takut dengan ikan-ikan tu. Ni waktu anak-anak tabur makanan ikan dalam sungai. Tengok tu, banyak sangat ikan yang datang.


Nda sempat naik..sempat snap jak..

Ada sebuah jambatan di "Tagal" Sungai Moroli ini. Tapi tidak sempat bawa anak-anak naik. Sempat snap jer. Hujan renyai-renyai mula turun. Masa pun tamat. Masa yang diberikan masuk di sini ialah 15 minit. Nombor korang akan dipanggil apabila masa tamat. 

Harga tiket
Harga tiket masuk ke "Tagal" Sungai Moroli Kg.Luanti Baru, Ranau. Bayaran masuk untuk dewasa RM5 dan kanak-kanak RM2. Bawah 5 tahun Free saja. Itu untuk berendam kaki sahaja. RM10 dikenakan bagi yang mahu mandi/seluruh badan. Kamera termasuk handphone berkamera, turut dikenakan bayaran. RM3 untuk satu kumpulan. Ok lah bah juga tu kan...^_~


17 comments :

  1. Rietta masa nk pergi sana dlu...excited bukan main...lepas tu bila ikan besar dtg best aje...bila ikan kecik dtg...skit sket...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg besar tu geli skit Rietta..yg kecik skit tu yg suka gigit-gigit hehe..

      Delete
  2. geram lak tgk ikan tuh . nak tangkap jer rasanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar n jinak ikan2"situ Qaseh. tp rasa takut+geli la pla..byk sgt hehe

      Delete
  3. Masyaallah...saya ingatkan gambar2 yg sebelum ini ada di internet, gambar dari luar negara, rupanya di Sabah jer. Teringin sungguh menjejakkan kaki disitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dtg Sabah singah la sini BM...best tau...

      Delete
  4. Sistem "Tagal" tu apa mama?

    INTI & INTI for mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Raudz..^-^

      sistem Tagal tu satu pendekatan pemuliharaan alam sekitar..kawasan yg di "Tagal" adalah diisytiharkan sbg larangan. Kalau kwsn sungai tu di "Tagal" maksudnya tidak boleh menangkap ikan atau hidupan di dlamnya dgn apa juga caranya..

      Delete
  5. klu tangkap ikan tu buat panggang orang marah x., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cofirm marah hehehe..sebenarnya boleh tangkap ikan ni tapi kena tunggu musim menuainya..waktu buka "Tagal"

      Delete
  6. Bestnya. Air jernih. Byk betul ikannya yer MR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup Fiza..ni yg kumpul dekat kami,,ada byk lg di sebelah..brkumpul dekat dgn pengunjung yg lain..

      Delete
  7. saya belum pernah sampai sabah. suka p tempat2 begini. ada sungai, hutan, jambatan , ikan..

    ReplyDelete
  8. bestnyer yerk semulajadi.. kiranya murahlertu.. dlu banyak bisnes fish spa.. la ni dah takder.. nak ke sabah jauh sangatler ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la Kak..kira murahlah jg..hr tu masuk sini rendam kaki jer..

      Delete
  9. Harga tiketnya masih sama ker atau dah naik skit?

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...