Friday, March 8, 2013

Terima Kasih Wahai Pewira

Gambar: ♥ Terima kasih pewira - pewira negara..

Bangga dengan Pewira-Pewira kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahan Negara tercinta kita, Malaysia..Kagum dengan mereka, walaupun ada anggota terkorban..tercedera..namun semangat juang mereka tetap berkorbar..Berjaga 24 jam tanpa henti demi kembalikan keamanan..Betapa besar pengorbanan mereka.  Semoga pewira-pewira kita akan kembali dengan selamat. 


Gambar: MALAYSIA WUJUD BENTENG PERTAHANAN DI SEPANJANG PERAIRAN PANTAI TIMUR SABAH

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Malaysia mewujudkan benteng pertahanan di sepanjang perairan pantai timur Sabah bermula dari Kudat di bahagian Utara hingga ke Tawau di bahagian Tenggara bagi menyekat sebarang elemen pencerobohan
terutama dari wilayah kepulauan di selatan Filipina.

Perisytiharan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibuat berikutan kejadian pencerobohan kumpulan militan dari Sulu di Lahad Datu 12 Feb lepas dan sehingga kini insiden itu masih berlanjutan.

"Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kedaulatan Sabah...soal Sabah dalam Malaysia tidak harus dipertikai oleh sesiapa," kata Najib selepas melawat kawasan ''ground zero'' di Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.
Kawasan Keselamatan Khas Sabah itu merangkumi Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, dan kerajaan akan menempatkan lima batalion tambahan terdiri daripada pasukan tentera dan polis di kawasan itu.

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Pada Selasa pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb dan pasukan keselamatan kini meneruskan operasi dengan tindakan susulan dan penggeledahan.

Selepas tiga hari gerakan ofensif dilancar, pasukan keselamatan negara masih mendapat tentangan daripada kumpulan pengganas militan itu dan hari ini berlaku dua kejadian berbalas tembak iaitu di Kampung Tanduo yang merupakan kawasan kumpulan itu bertapak dan di Tanjung Batu.

Seramai 32 musuh terbunuh dalam pertempuran hari ini iaitu 31 dalam kejadian pada 11 pagi di Tanjung Batu dan seorang dalam kejadian 6.45 pagi di Kampung Tanduo.

Tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban manakala 52 pengganas militan terbunuh.

Menegaskan pendirian Malaysia, perdana menteri berkata operasi bagi memburu kumpulan penceroboh militan itu akan diteruskan dan Kuala Lumpur tidak akan menimbang sebarang permintaan gencatan senjata selagi kumpulan penceroboh militan tidak meletak senjata tanpa syarat.

Beliau berkata Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan sebelum melancarkan gerakan ofensif.

"Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh lapan anggota polis kita," kata Najib yang melahirkan rasa puas hati dengan keberhasilan operasi bersama pasukan polis dan tentera itu.

Laporan media dari Filipina hari ini memetik Jamalul Kiram III meminta pihaknya meletak senjata di Lahad Datu selepas beberapa anggota kumpulannya terbunuh dalam gerakan ofensif pasukan keselamatan Malaysia pada Selasa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pula menyeru agar ''keganasan'' di Sabah, dihentikan dan mencadangkan agar pihak terlibat mencari penyelesaian secara aman terhadap apa yang berlaku. - BERNAMA

Terima Kasih wahai Pewira semua, kerana berjuang demi mempertahankan keamanan negara.  

sumber pic dari sini

18 comments :

  1. Pounsikou perwira malaysiaaa... berjuang demi bangsa dan negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. pounsikou hero semua..korangla hero yg sebenar..:)

      Delete
  2. Alhamdulillah, negara kita mempunyai ramai perwira yg sanggup berjuang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nur..sangat bangga dengan keberanian mereka..

      Delete
  3. Bangga dengan mereka..berkorban untuk kesejahteraan semua.

    ReplyDelete
  4. terima kasih sudi berkorban utk negara.. :)

    ReplyDelete
  5. betul2''saya pun bangga menjadi seorang anak anggota tentera,bapa saya komando..semoga Allah melindungi mereka semua..Amin..terima kasih pd mereka semua kerana sggup berjuang merpertahankan negara..

    ReplyDelete
  6. Yups, I am very proud of our Heroes there.

    ReplyDelete
  7. salam..

    jasamu kami kenang....perwiraku..

    ReplyDelete
  8. tahniah perwira negara...kami sentiasa doakan kamu semua

    ReplyDelete
  9. Bangga dengan mereka...semoga mereak sentiasa dilindungi Allah S.W.T dlm berjuang mempertahan kan negara..amin! :)

    ReplyDelete
  10. Berbangga dgn para pejuang negara...

    P/s: Maaf ya MamaRey sebab baru perasan komen di blog. Bloglist akak buat di sebuah blog lain, kemudian linkkan ke blog utama (di tab halaman)


    ReplyDelete
  11. SANGAT BANGGA DAN TERHARU DGN MEREKA SEMUA..

    ReplyDelete
  12. para pewira yg berjuang pertahankn negara buatkan ramai anak muda bersemangat nak pertahankn ngara dr anasir luar.. :)

    ReplyDelete
  13. Ummi pun sangat bangga dengan mereka, tanpa mereka yang mempertahankan negara, siapalah kita.

    ReplyDelete
  14. besarnya jasa2 perwira kita utk negara malaysia...

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...