Thursday, March 7, 2013

Tarian Harlem Shake

Mula-mula dengar nama Harlem Shakeingatkan nama orang. Rupa-rupanya Harlem Shake ialah sejenis tarian.  Tarian Harlem Shake ini adalah langkah tarian yang popular tahun 80-an. Bermula di kawasan Harlem New York, dan popular dalam video muzik.  Telah dimuat naik di You Tube pada 30 Januari 2013.  Dalam video ini, korang boleh lihat beberapa orang lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake ini.  Info lanjut boleh baca sini

 Power Ranger tengah berHarlem Shake..
sumber:google

Sebelum ini tarian kuda Gangnam Style oleh Psy digilai ramai, sekarang pula demam tarian Harlem Shake melanda.  Hinggakan banyak Parody yang di upload di youtube.  Kalau korang mahu tengok boleh cari di You Tube.  Diingatkan tarian ini tidak berapa sesuai ditonton oleh kanak-kanak.  Sebabnya terdapat unsur-unsur yang kurang menyenangkan mata (lucah) untuk ditonton oleh golongan kecil.  Saya sendiri pun kurang berkenan menontonnya.

Kalau di tengok dalam video, tarian ini dimulakan oleh seorang diri saja.  Tapi selepas itu dilakukan beramai-ramai dengan gaya tarian ikut suka-suka hati.  Gerakan bahu, pinggang, tangan dan semua badan dilakukan secara pantas.  Macam orang kena sawan pula hehe..   
Mungkin korang ada baca berita mengenai 15 orang pelombong emas di Australia dipecat oleh majikan.  Dipecat selepas menari tarian ini di tempat melombong huhu...Kesemuanya punya gaji 6 angka.  Betapa ruginya hilang kerja, hilang gaji, gara-gara menari tarian Harlem Shake ini.  Minat terlebih sangat agaknya dengan Harlem Shake ni.  Baca sini untuk lebih lanjut lagi.

30 comments :

  1. PERGHH..SAMPAI KENA BUANG KERJA..RUGI LA

    ReplyDelete
    Replies
    1. huk..huk tu la Bui..elok2 keja bgs kena buang

      Delete
  2. huh... sampai kena pecat semata2 kerana Harlem Shake... honestly saya memang tak minat Harlem Shake ni... hu hu hu...don't know why...mungkin kerana ada unsur2 kelucahan di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.memang ada unsur itu dlm tarian tu Farah..sy pn memang tak berkenan sgt dgn gaya tarinya..sbb tu tak letak vidoe tu sini

      Delete
  3. belum pernah tengok lagi..satgi nak cari kat utube..

    ReplyDelete
  4. menari je pun sampai kena buang kerja? kesian betull.. huhu..

    tapi saya tak minat nak tgk dance ni, geli.. :p

    ReplyDelete
  5. pernah masuk berita pasal ada penumpang kapal terbang wat tarian ni ;)

    ReplyDelete
  6. akak pandai joget zapin... tu pun cuba2 dalam bilik air je

    ReplyDelete
  7. menari pun macam kayu ha..ha..
    kalau dah minat, tetap buat juga...
    sedap nama tarian ni...

    ReplyDelete
  8. tarian ni bodoh sangat lah. menyampah tengok!!!

    ReplyDelete
  9. pernah tgk sekali tarian ni kat youtube..mmg x sesuai..tarian ni agak kurang sopan&lucah..
    jom kita boikot harlem shake..tah pape tah..

    ReplyDelete
  10. salam mamarey ..x pernah tgk ag tarian n hehe

    ReplyDelete
  11. Ada juga terbaca info tarian ni di Fb...tapi belum lg explore di You Tube.. nti lah cuba tgk.. yg takut nya tarian2 begini cepat menular dikalangan remaja..merisau kan!

    ReplyDelete
  12. nilah tarian yang dalam flight air new zealand aritu..nasib baik kapal tak terhempass....ganti gangnam la plak agaknyer kan...

    ReplyDelete
  13. Pernah nmpk dlm berita...ntah apa apa jenis tarian tu....nda suka tengo ..

    ReplyDelete
  14. sama macm kes polis buat gangnam style..kena buang kerja jgak..hehe.. bnda barat2 ni entah apa2..apa yg nak dibanggakan pun tak tahu.hehe

    ReplyDelete
  15. jgn di tiru budaya dan hiburan dr barat..orang kita mudah sgt meniru klu bab2 hiburan nie..dalam bab2 agama takde plak yg nak meniru dan ambil contoh..betul tak..dah lah tarian agak lucah..tak senonoh betul..huhu

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Saya sampai skrg ni masih belum tgok lagi tarian ni dan xberminat pun nak tgok. Hmmm...mungkin satu hari nanti teringin juga nak tgok, sekadar utk tahu. Mama lagi advance...mane boleh jadi ni. hehe

    ReplyDelete
  17. Haiii mcm2 jnis tarian pulak melanda dunia sekarang

    ReplyDelete
  18. makin banyak yg pelik2 sekarang ni. pastu cepat je jd ikutan. huhu..

    ReplyDelete
  19. Memula anis pon igt nama org, alik2 dance rupanya. Ntah nanti tarian apa plak la yg datang . Hehe macam2 =)

    ReplyDelete
  20. macam2 sekarang ni kan..akak tak penah tgk lg tarian ni macam mana

    ReplyDelete
  21. macam2 skrang ni... tq for the info, lepas ni ada la idea bila orang cerita pasal harlem shake

    ReplyDelete
  22. Kakak ni tak rajin nak melayan ini semua sebab dah tua agaknya...
    Harapnya tak melalaikanlah.

    ReplyDelete
  23. Ade dgr jugak psal tarian ni dr suria fm,,,sampai kene buang kerja tu

    ReplyDelete
  24. makin lama makin merepek kan.

    ReplyDelete
  25. tak pernah tengok & tak teringin pun nak tengok...

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...