Saturday, March 2, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Dua Komando Malaysia Terbunuh

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini. 

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.
“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online. 

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut. 

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera

Lebih lanjut di sini
AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo.

 Isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat

 Sumber:https://www.facebook.com/supportpdrm

Takziah kepada kedua-dua ahli keluarga allahyarham. Sedih tengok gambar isteri allahyarham Insp. Zulkifli di atas tu.  Dapat bayangkan perasaanya..Anak-anak pun masih kecil lagi. Semoga ahli kelurga kedua-dua pejuang kita yang terkorban, tabah menghadapi dugaan ini.  Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.  


# Sahabat blogger kita Atie yang berada di Lahad Datu pasti dalam kebimbangan semasa kejadian.  Bagaiman agaknya keadaan sebenarnya di sana sekarang..

20 comments :

  1. salam...
    satu berita hangat....

    ReplyDelete
  2. Ya Allahhh. Hibanya laaa. Semoga lahad datu kembali aman.... alfatihah buat pejuang....

    ReplyDelete
  3. semoga bisa menjadi pelajaran bersama

    ReplyDelete
  4. salam mamarey
    Al fatihah dari ta buat perwira negara

    ReplyDelete
  5. sedih je tengok. takziah utk keluarga mereka.

    ReplyDelete
  6. kesian sgt semoga roh arwah ditempat dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete
  7. kesian anak bini arwah..harap depa tabah..alfatihah..

    ReplyDelete
  8. Snggah sini, follow back #302 Mama :)

    ReplyDelete
  9. situasi ini la yang paling kita takut.... sedih dengan anak2 kecil yg tak faham keadaan sebenar

    ReplyDelete
  10. semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah. Ramai yang terbunuh. Moga Allah lindungi kita dan keluarga kita dan saudara2 kita yg sedang mempertahan negara. Allah...

    ReplyDelete
  12. sekarang sabah dalam keadaan berjaga-jaga..ujian buat rakyat Malaysia..kita doakan untuk keamanan bersama-sama..

    ReplyDelete
  13. Ujian untuk kita...semoga cepat selesai.
    Kini di Semporna lak..5 anggota kita terbunuh..

    ReplyDelete
  14. AL-Fatihah buat kedua2 pejuang kita..moga mereka di tempat kan di kalangan org2 yg beriman.amin!
    Mama Rey : kedua2 jenazah di hantar ke Hospital LD sblm diterbang kan balik ke Semenanjung..ambulan mrk lalu di depan mata kami..sedih & sebak.

    ReplyDelete
  15. sedih sgt2.. al fatihah buat kedua2 yag terkorban !

    ReplyDelete
  16. al fatihah buat kedua2 pejuang kita..sama2 kita doakan utuk keamanan malaysia...

    ReplyDelete
  17. Alfatihah...semoga semua penduduk Lahad Datu selamat..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...