Monday, January 7, 2013

Tahniah Juara AJL ke 27

Tahniah buat Yuna kerana berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-27 semalam.  Dengan penyanyi gantian Aizat, lagu Terukir Di Bintang menjadi Juara semalam.  Best pula tengok Aizat dengan misai nipis pegang cawan merah sambil menyanyi.  

Tertanya-tanya juga cawan yang Aizat pegang tu betul-betul ada air ke..Tengok Aizat sedap je duduk sambil minum-minum.  
Pinjam gambar dari sini

Lepas ini ramailah nanti anak muda akan simpan misai nipis macam Aizat dan akan ramailah yang akan beli cawan warna merah..hehe

Tahniah untuk lagu Idola nyanyian Azlan & Typewritter mendapat tempat kedua dan kepada Hafiz, vokal terbaik menyanyikan lagu Ku Akui yang mendapat tempat ketiga.  

Untuk  Black & RJ tahniah kerana mendapat Persembahan Terbaik.  Walaupun Lagu Teman Pengganti tidak menjadi Juara AJL ke-27 tetapi kau tetap lagu kesukaan hati..:) 

Tahniah juga kepada pencipta-pencipta lagu yang bertanding semalam.    Lagu-lagu semalam memang best-best belaka.  Semoga industri muzik tanahair kita akan semakin berkembang maju.


Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27
  1. Juara Lagu: Yuna - Terukir Di Bintang
  2. Tempat Kedua: Azlan & The Typewritter - Idola
  3. Tempat Ketiga: Hafiz - Ku Akui
  4. Vokal Terbaik: Hafiz - Ku Akui
  5. Persembahan Terbaik: Black & RJ - Teman Pengganti


14 comments :

  1. Assalamualaikum Mama

    waaaa peminat Black yer....

    ReplyDelete
  2. tak sangka aizat menang.. smple je dia..

    ReplyDelete
  3. black tetap menang dihati kak zu..ewahhhh

    ReplyDelete
  4. xtgk pn smlm..heee..tahniah pd pemenang kan

    ReplyDelete
  5. Dengan pelbagai teknologi canggih dalam persembahan...Yg sempoi dan selamba juga yang menang...Terukir di bintang amat layak untuk juara!

    ReplyDelete
  6. aku gak tau neh soal ginian, ikutan coment aja ya :)selamat pagi sukses selalu

    ReplyDelete
  7. suka yuna dan suka aizat.. memang sukaler keputusan malam semalam..
    persembahanpun best2 belaka...

    ReplyDelete
  8. mmg semuanyer terbaikkan

    ReplyDelete
  9. suka lagu YUna tu, tapi dalam masa yang sama nisah harapkan Patah Seribu yang Juara hehe

    ReplyDelete
  10. ajl mlm tadi mmg terbaik...semua lagu yg masuk bertanding hebat2 belaka...

    lagu pembukaan pun best, lagu penutup laaaaagi besttt!!


    hidup lagu tahun 90an!!

    ReplyDelete
  11. Best juga aizat bawa lagu yuna. Tapi frust sbb teman pengganti tak menang..huhuhu...

    ReplyDelete
  12. rasanya dalam cawan merah tu takde air la..aizat berlakon jer tu..buat2 minum padahal cawan kosong..hehehe

    kalau dalam cawan tu ada air, mesti aizat tak dapat nak fokus..kena jeling2 kat cawan takut air tu tumpah..

    teman pengganti memang best..

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...