Semakin hari semakin bertambah jumlah keguguran rambut saya sekarang. Menyapu lantai pun banyak kali dalam sehari..adoiii sakit pinggang.  Nasib baik rambut ini pendek.  Tidaklah terasa sangat seksa menjaga rambut ini.
Kenapa wanita baru bersalin akan gugur rambut? Apa sebabnya?
Ini jawapannya.  Cari dari sini..Majalah Pa & Ma.
Hormon dalam darah yang berubah selepas bayi dilahirkan adalah penyebab rambut gugur dan purata keguguran rambut adalah kurang 100 helai.
Ibu tidak perlu risau atau takut sebab kepala tidak akan botak walaupun rambut banyak gugur.  Selepas bayi menyambut ulang tahun pertama rambut akan kembali normal dan rambut baru juga akan tumbuh.
Kalau tidak mahu rambut berguguran macam saya, harus amalkan makanan seperti telur, daging ayam, taugeh, sayuran hijau, makanan laut dan buah-buahan.

Air juga penting untuk rambut tumbuh sihat dan kuat.  Jadi kena minum air secukupnya.  Sekurang-kurangnya 8 gelas.  Lebih lagi baik..
Info lanjut boleh baca Pa & Ma, panduan lengkap keibubapan.