YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

Bobo Dan Parody Sayang

Rasanya korang pun mungkin sudah pernah tengok video ini kan. Mula-mula tengok video Parody Sayang ini di FB, ingatkan orang Indonesia. Tapi lepas tengok Interview bersama Bobo di sini, baru tahu Bobo merupakan orang Malaysia. Nama pun baru tau juga, Bobo..

Gelak tengok video Parody Sayang dari Bobo ini. Geleng kepala ke kiri..geleng kepala ke kanan. Hinggakan saya pun tergeleng-geleng kepala juga tengok. Tapi tidak sangka pula video dia ini meletop. Hinggakan masuk TV..masuk media masa... Kalau di FB, tidak perlu lah cakap.  Memang ramai yang share video Bobo ini. 

 kalau anda stress..boleh tengok Video Bobo ini..:)

Selain Parody Sayang, banyak lagi parody yang dibuat oleh Bobo.  Kalau mahu tengok pergi saja ke Youtube.

Tapi yang paling best bila tengok parody Sayang oleh Johan Raja Lawak masa ABPBH..hehe..Kalau tidak berkesempatan tengok, boleh klik sini untuk menontonnya. Korang boleh tengok aksi gerakan pantas kaki dan rambut gerabang oleh Johan Raja Lawak hehe.. 


Thursday, February 7, 2013

Percintaan Shila Dan Sharnaaz

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.
Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad

Semakin hangat kisah cinta dua artis ini.  Percintaan antara penyanyi lagu 'Patah Seribu', Shila Amazah,23, dan pelakon Ruby, Sharnaaz Ahmad,28 semakin menjadi topik hangat sekarang.  Kisah cinta mereka semakin hangat bila berlaku konflik antara Sharnaaz dan ND Lala, bapa Shila.

Baru-baru ini Sharnaaz merasa jauh hati dengan kekasihnya kerana surat yang dihantar oleh Shila kepada media.  Dalam suratnya, Shila tidak sanggup melukkan hati kedua ibu bapanya.

Surat Shila Amzah:
Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibu bapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.
Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Baca seterusnya di sini
Terbaru berita percintaan dua artis ini dalam Sinar harian,  Sharnaaz telah membatalkan hasratnya untuk merisik Shila.  

Semoga ada jalan penyelesian yang terbaik untuk mereka.  Bagi saya, apa yang penting ialah restu dari kedua ibu bapa.  

Sunday, January 20, 2013

Lindsey Stirling

Hujung minggu ini layan dulu irama biola ini.  Suami selalu pasang muzik ini masa dalam kereta.  Mula-mula tu tidak berapa kisah dengan muzik ini tapi bila anak-anak pun suka dengar saya pun ikut layan.  Best juga dengar irama gesekan biola gadis bersenyuman cantik ini, Lindsey Stirling.  Bukan Lindsay Lohan ya..:)

Lindsey Striling  

Apa menarik hati gadis muda ini ialah caranya bermain biola.  Sambil mengesek biolanya sambil dia menari-nari dengan senyuman di wajah yang mengikut irama muziknya.  Wajah cantik, muzik indah dan gerak tarinya yang memikat.

Dubstep Violin Original- Lindsey Stirling- Crystallize


Sedikit mengenai Lindsey Striling:

Dilahirkan di Orange County, California dan dibesarkan di Gilbert, ArizonaPada umur 5 tahun, selepas dipengaruhi oleh rekod muzik klasik yang dimainkan oleh ayahnya, Stirling mula untuk belajar biola. 

Beliau mengambil pelajaran swasta selama 12 tahun. Apabila dia berusia 16 tahun, beliau menyertai sebuah band rock dengan empat rakan-rakan.

Pada tahun 2010 ketika berusia 23 tahun Lindsey Stirling mengikuti rancangan America's Got Talent.  Persembahannya telah digelar "electrifying" oleh juri-juri America's Got Talent.

sumber dari sini

“My musical style is a reflection of my personality,” Lindsey shares, “and through it I hope to share my belief that no one should be afraid to be themselves.” She adds “All my songs were created to depict specific themes that I pulled from my own life experiences. ‘Spontaneous Me’ is about having the courage to love yourself for who you are.”;

Kata-kata dari Lindsey Stirling dalam laman webnya.

Monday, January 7, 2013

Tahniah Juara AJL ke 27

Tahniah buat Yuna kerana berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-27 semalam.  Dengan penyanyi gantian Aizat, lagu Terukir Di Bintang menjadi Juara semalam.  Best pula tengok Aizat dengan misai nipis pegang cawan merah sambil menyanyi.  

Tertanya-tanya juga cawan yang Aizat pegang tu betul-betul ada air ke..Tengok Aizat sedap je duduk sambil minum-minum.  
Pinjam gambar dari sini

Lepas ini ramailah nanti anak muda akan simpan misai nipis macam Aizat dan akan ramailah yang akan beli cawan warna merah..hehe

Tahniah untuk lagu Idola nyanyian Azlan & Typewritter mendapat tempat kedua dan kepada Hafiz, vokal terbaik menyanyikan lagu Ku Akui yang mendapat tempat ketiga.  

Untuk  Black & RJ tahniah kerana mendapat Persembahan Terbaik.  Walaupun Lagu Teman Pengganti tidak menjadi Juara AJL ke-27 tetapi kau tetap lagu kesukaan hati..:) 

Tahniah juga kepada pencipta-pencipta lagu yang bertanding semalam.    Lagu-lagu semalam memang best-best belaka.  Semoga industri muzik tanahair kita akan semakin berkembang maju.


Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27
  1. Juara Lagu: Yuna - Terukir Di Bintang
  2. Tempat Kedua: Azlan & The Typewritter - Idola
  3. Tempat Ketiga: Hafiz - Ku Akui
  4. Vokal Terbaik: Hafiz - Ku Akui
  5. Persembahan Terbaik: Black & RJ - Teman Pengganti


Thursday, December 20, 2012

Video Paling Popular Di Malaysia

Siapa suka tengok video di Youtube... Ini adalah Video paling popular di Malaysia tahun 2012
  1. PSY-Gangnam Style
  2. Sleeq & Najwa Latif-Untuk Dia
  3. Bigbang-Fantastic Baby
  4. PSY(ft. Hyuna) 오빤 딱 내 스타일
  5. Orang Sabah Style (Oppa Gangnam Style Parody)
  6. Maher Zain-Number One For Me
  7. Bigbang-Blue
  8. Gangnam Style Parody-KL Style
  9. Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza-Muara Hati
  10. Upin & Ipin 2012-Tangkap Dia!

Video Trending Teratas (Malaysia)

Di tempat pertama  tidak perlu cakap pun semua orang tahu, mestilah PSY–Gangnam Style, Raja You Tube yang mengalahkan lagu Baby nanyian Justin Bieber, bintang remaja Kanada.  Kuat betul aura si PSY ini.

Upin & Ipin pun tersenarai antara yang paling popular.  Anak-anak suka tengok upin & Ipin termasuklah saya juga...:)

Friday, December 14, 2012

Upin Ipin-Lagu Pengembara dan Biri-Biri

sumber: youtube

Tengok sekejap dengan anak-anak sebelum tidur.  Anak-anak saya suka sangat tengok kartun Upin Ipin ini.  Lagu Pengembara dan Biri-Biri ini best.  Saya pun suka tengok. Seronok tengok dorang buat persembahan.  Comel betul suara bila nyanyi.  Satu nasihat yang baik untuk anak-anak.

"Jangan biasa memperdaya..nanti orang dah tak percaya..bila terkena padan muka.."

Anak-anak jangan suka bohong tau..Jangan sesekali ya..Nanti tiada orang yang percaya. 

Thursday, December 6, 2012

The Walking Dead (TV Series)

sumber:google

Mula-mula dulu tidak berapa tengok Siri Drama The Walking Dead ini.  Tapi melihat suami suka sangat tengok sampai tidak  berganjak depan tv saya pun tumpang sekaki tengok.  Selepas tengok  dua tiga siri rasa minta pula mahu mengikutinya. 

Drama ini memang mengerikan dengan zombie yang bermuka buruk sentiasa menunggu mangsa untuk dimakan.  Budak-budak 18 tahun ke bawah memang tidak berapa sesuai tengok dan juga yang penakut hehehe...


Tengok cara membunuh zombie pun mengerikan.  Kena tepat pada kepala baru zombie itu mati. Kalau kena gigitan zombie comfirm bertukar jadi mayat hidup.

Siri drama thriller The Walking Dead ini sebenarnya diadaptasi dari buku komik Robert Kirkman yang sama tajuknya dan diarahkan oleh pengarah terkenal Frank Darabont


Apa yang menarik ialah semangat berkumpulan mereka dan pelbagai konflik di antara mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan zombie.  Apa yang teruk sekali ialah ketakutan mereka terhadap orang-orang hidup yang lebih berbahaya dari zombie tersebut. 



   sumber: youtube

The Walking Dead season 3 episode 4.  Bahagian yang menyentuh hati bagaimana pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya iaitu Lori.  Lori meminta Meggie membelah perutnya bagi menyelamatkan bayi dalam kandungannya.  Rasa tidak sabar menunggu kemunculan episod baru febuari 2013.

Wednesday, December 5, 2012

Layan Sekejap


Layan sekejap lagu Teman Pengganti ini sebelum memulakan tugas masak-memasak. Suka lirik, suka rentak iramanya dan suka video klip ini. View telah pun mencapai 3 juta lebih di youtube.  Tahniah..

Antara lagu yang berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu ke-27 2012.  Semoga berjaya..Semoga Menang...

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...