YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Ikan Liking Dari Kota Belud Sabah.

Kalau hari itu entry tentang Ikan Terubuk Masin Sarawak pemberian dari rakan sekerja suami, kali ini pula Ikan masin dari Kota Belud, Sabah. Ikan masin yang dipanggil Ikan Liking. Suami beli sewaktu ke Kota Belud minggu lalu. Ikan Liking ini diperbuat daripada Ikan Talang. Dibelah dua kemudian dilumur dengan garam dan lada. Selepas itu dikeringkan.

Ikan Liking 

Ikan masin yang suami beli. Ada dua jenis suami beli. Yang warna merah itu lah Ikan Liking. Sebelahnya pula yang biasa punya. Suami beli dengan harga RM18 satu.


Goreng & perah limau..

Ini selepas dimasak. Masak ringkas sahaja. Potong kecil-kecil kemudian goreng. Masa menggoreng tu, baunya sangatlah sedap. Wangi sangat. Sesiapa yang menghidunya pasti terus terasa lapar. Yang memasaknya pula sambil menggoreng sambil telan liur hehe..

Lepas digoreng saya perah dengan limau. Rasa Ikan Liking yang cuma didapati di Kota Belud ini memang enak..sedap sekali. Isinya tebal dan tidak banyak tulang. Kalau dimakan bersama Jeruk Buah Bambangan lagi umpph...^_~

Monday, April 14, 2014

Ikan Terubuk Masin Sarawak

Ikan Terubuk Masin Sarawak..
Goreng kering..sisik pun jadi rangup...sedap..^-^

Ikan Terubuk Masin dari Sarawak ini pemberian dari rakan sekerja suami saya minggu lalu. Baru tengahari tadi goreng ikan ni. Bagi yang pernah makan ikan ini mesti tahu ikan terubuk ni banyak tulang. Halus-halus pula tu. Perlu berhati-hati masa makan. Takut pula tulang menyangkut di tekak. Tapi walaupun banyak tulang, ikan ini memang sedap. Sedap dimakan bila digoreng kering. Rangup..lemak-lemak.. Bubuh sikit lada..perahkan limau dan makan bersama dengan nasi panas...Fuhh!!..sungguh menyelerakan. Tapi tadi makan begitu saja. Stock lada dan limau habis dalam peti sejuk. Walaupun pelengkapnya tiada, tapi tetap juga makan dengan berselera sekali..^-^

Saya ada terbaca tentang Ikan Terubuk ini di SINI. Ikan terubuk ini ada dua jenis. Jenis terubuk sungai dan juga jenis terubuk laut. Ikan terubuk sungai(asli) mempunyai mulut yang lebih besar dan panjang. Manakala ikan terubuk laut pula mempunyai mulut yang lebih kecil, bersaiz pendek, bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.

Baru sekarang tahu ikan terubuk ini ada dua jenis rupanya. Sebelum ini cuma tahu makan saja ikan ini.

Tuesday, February 18, 2014

Sanggar Cheese

Minum petang dengan Sanggar Cheese... Apa tu Sanggar Cheese?..  Sanggar bermaksud pisang goreng dalam bahasa Bugis. Jadi Sanggar Cheese tu maknanya Pisang Goreng Berkeju.

sanggar cheese sedap, pisang cheese
Sanggar Cheese.
Sekali- sekala bole.
Selalu-selalu, jangan amalkan..nanti gemok hehe

Hah! Ni dia Sanggar Cheese sedap hingga menjilat jari. Beli di sebuah gerai kecil berdekatan tempat tinggal saya. Gerainya kecil saja tapi ramai pengunjung yang datang beli Sanggar Cheese ni. Apa yang menariknya pisang yang telah siap digoreng, dipotong kecil-kecil dengan gunting. Tujuannya, supaya campurannya nanti meresap. Selepas dipotong kecil-kecil, dicampurkan dengan cheddar cheese parut dan juga susu pekat. Makan masa panas-panas baru terasa kenikmatannya. Manis dan lemak-lemak. Harganya cuma RM2.50 untuk satu tapau.

Saya sempat korek rahsia campuran tepungnya yang membuatkan sanggarnya rangup dimakan..Dan ini campuran tepung yang dikongsi oleh adik yang buat Sanggar Cheese tu..
  1. 4 cawan tepung gandum
  2. 4 sudu tepung beras
  3. 4 sudu tepung adabi
  4. 1 sudu planta/margerine
  5. 2 biji telur
  6. 1 sudu garam
Dah tau rahsianya..Nanti lepas ni nak cuba buat buat sendiri pula Sanggar Cheese ni. Menjadi ke tidak....^_^

Thursday, September 26, 2013

Timun Kampung


timun
Timun kampung..Belah dua..
Timun ini ibu panggil Timun Kampung. Ditanam sendiri oleh ibu saya. Tumbuhan yang tumbuh menjalar ini ibu kata senang tumbuh. Warna kulitnya kuning-kuning macam buah honey dew. Berbentuk bujur macam buah betik. Gemuk sedikit dari timun yang biasa tu. Rasanya pula tidak lah terlalu manis. Bahagian tengahnya pula rasa masam-masam berjus. Bahagian tengah itu lah yang saya suka makan. 

Selalunya timun kampung ini saya campurkan dalam sup ayam. Jadi lebih sedap, wangi dan menyelerakan. Kalau masa kecil-kecil dulu ibu selalu masak jadikan sayur. Dimakan mentah-mentah pun sedap juga. Lagi sedap dimakan sejuk-sejuk. Potong kecil-kecil kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Lepas itu kalau makan cicah dengan kicap manis ABC. Sedaapp..;)..Korang pula macam mana cara makan timun ini..


Saturday, September 7, 2013

Makan-Makan Di Restoran Seafood Gayang


Kongsi dengan korang satu tempat makan seafood yang menarik di Sabah, Restoran Seafood Gayang. Salah satu tempat makan seafood yang kira femes di Sabah. Sedap dan segar.


Restoran Seafood Gayang
Restoran Seafood Gayang, Tuaran

Restoran ini terletak di Kg.Baharu, Jalan Sulaman, Tuaran. Tidak jauh dengan tempat tinggal saya.  Kalau Restoran seafood Gayang yang lama dulu dibina di atas air (paya). Macam restoran terapung. Lokasi Restoran Seafood Gayang yang baru ini pula dibina atas bukit. Tepi jalan. Lagi syiok..Lagi luas dan cantik. Tambah syiok lagi bila angin sepoi-sepoi bahasa bertiup semasa korang makan-makan..;)


menu
Sudah tersedia

Saya sekeluarga dan juga adik ipar datang ke sini menjamu selera. Sekali-sekala makan seafood. Sampai di Restoran Seafood Gayang, makanan sudah pun sedia dihidang. Nasib baik lah buat tempahan awal. Tidak perlu menunggu lama.  Masa kami sampai pun meja hampir semuanya penuh.

Nasi putih, Sup ketam jagung manis, ketam goreng bersos pedas, ikan kerapu goreng, ayam masak lemon, sotong goreng tepung, air bandung, puding kelapa..Cuma sayur Kailan dan udang rebus yang belum dihidangkan. 

Jom tengok-tengok lebih dekat lagi menunya yang sempat disnap..


crispy lemon chicken
Crispy Lemon Chicken

Yang cepat habis dingapp...Crispy Lemon Chicken. Terasa kerangupannya..Anak-anak suka makan yang ini. Sedap..

sotong goreng
Sotong Goreng Celup Tepung
Sotong Goreng Celup Tepung. Juga yang menjadi kesukaan anak-anak dan juga cepat habis dingapp...

ketam
Ketam Goreng Bersos Pedas

Ketam yang digoreng dengan sos pedas. Yang tidak habis dimakan. Tapau bawa pulang. Jangan membazir..Di rumah boleh sambung balik kopek-mengopek hehe..

ikan kerapu
Ikan Kerapu

Ikan Kerapu yang digoreng kering. Dengan rasa sosnya yang fuhhh..memang sedap. Tapi anak-anak pula tidak berapa menggemarinya. Makan pun sikit-sikit sahaja. 

sayur kailan
Sayur Kailan masak sos tiram

Sayur Kailan yang diamask dengan sos tiram. Tidak mampu mengapp sayur ini banyak-banyak. Perut sudah penuh muatan. Juga tidak habis dan ditapau pulang.

Makan tidak sedar disnap...
(sorry m3h..sorry Intan..
sia malu2 kucing bah hee..)

Harga kesemunaya ialah RM200++ ...Untuk 11 orang makan. Berbaloi dan puas hati dengan makananya yang segar dan sedap-sedap belaka..;)

Tuesday, September 3, 2013

Kerepek Popia Goreng


Seperti yang dijanjikan di entry saya di sini..Saya kongsikan dengan korang semua cara hendak membuat Kerepek Popia Goreng ini. Mudah, ringkas dan sedap dimakan..:) 

Kerepek yang diperbuat daripada kulit popia. Saya belajar membuatnya dari seorang akak yang rajin oderkan Kuih Lidah dari Papar untuk anak-anak saya. 

Bahan-bahan utamanya adalah:
  1. Kulit popia
  2. Serbuk kari (brand 888)
  3. Gula icing
  4. Garam
Cara membuatnya sangatlah mudah. Budak sekolah tadika pun boleh buat..:)
  • Kulit popia dipotong-potong dengan gunting. Bentuk, ikut suka hati korang. 
  • Goreng popia tadi dalam kuali dengan minyak yang telah dipanaskan.
  • Angkat selepas nampak kekuningan. Toskan..
  • Campurkan dengan kari, gula icing dan garam ikut rasa suka hati. Kalau suka pedas, lebihkan kari.
  • Gaul-gaul..dan boleh dihidang..;) 

kerepek
Kerepek Popia Goreng 

1. Kulit popia yang telah saya potong-potong empatsegi dan telah dikopek dengan rajinnya oleh Hero-Hero di rumah.

2. Popia yang telah siap digoreng. Masa ini Hero-Hero sedang mengintai-intai si kerepek dan bertanya.."Mummy, boleh makan suda ka?.."


3. Kerepek Popia Goreng yang telah dicampurkan kari, garam dan gula icing. Belum pun sebati digaul, tangan-tangan nakal datang satu persatu ambik si kerepek dan ngap masuk mulut..



kerepek
Kerepek Popia Goreng
krup..krup..sedia dimakan..:)

Mudah saja kan cara membuatnya...Selamat mencuba +Mimi Azirah dan +nur bijen. Juga pada yang ingin mencuba ..;)

Wednesday, August 28, 2013

Sup Ayam Untuk Orang Sakit


Untuk kali kedua masak sup ayam untuk Big Boss saya yang sedang sakit. Demam dari kelmarin. Kesian tengok dia. Walaupun demam tapi masih menggagahkan diri drive kereta menghantar anak-anak ke sekolah. 

sup ayam
Sup Ayam
Bahan-bahannya ayam, halia, bawang putih, kurma cina, buah goji, cendawan dan lobak merah. Cara masak serupa seperti sup ini. Ringkas saja..Sup ayam yang sesuai untuk orang sakit..

Masih berbaki sup ayam yang saya masak tadi. Kurang selera agaknya. Yang habis dimakan ialah kegemarannya. Cendawan dan kaki ayam. Bakinya, saya yang habiskan hehe... Rasa manis-manis kurma cina..

Tuesday, August 27, 2013

Puding Kastard Jagung


Entry beberapa bulan yang lepas tersimpan dalam draf. Baru hari ini dapat publish. Resepi yang dikongsi oleh +husna zahidi dan juga +Eca Dwinky Asha. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini..:)

Untuk kali kedua membuatnya. Kali pertama hasilnya agak lembik sikit. Tepung Jagung hari itu masih berbaki. Jadi saya telah merajinkan diri sekali lagi membuat Puding Kastard Jagung ini. 

Bahan-bahannya macam di bawah ni..
  1. Secawan tepung kastard
  2. Setin krim jagung
  3. 1/2 pek santan
  4. 1/2 cawan gula (saya guna 1 cawan)
  5. 2 cawan air
  6. garam
Cara mahu membuatnya sangatlah mudah dan ringkas..
  1. Gaul semua bahan-bahan di atas hingga sebati dalam satu bekas..
  2. Bila sudah sebati danmesra, barulah masukkan krim jagung.
  3. Adunan tadi dimasak dalam kuali dan apinya haruslah sederhana. 
  4. Masak dan sentiasa digaul hingga nampak berkilat. Bahagian ini korang kena sabar cikit lah ya..
  5. Bila kelihatan berkilat, bolehlah diangkat dan bagi masuk dalam bekas.
  6. Masukkan dalam peti sejuk. Bagi dia sejuk barulah sedap dimakan..:)

resepi puding
Gaul-menggaul

Dengan bantuan Hero sulung bahan-bahan dicampurkan dan digaul sampai sebati. Si hero bila tengok saya di dapur sedang siapkan bahan-bahan Puding Kastard Jagung ini, cepat-cepat dia menghulurkan bantuan..Baguslah, mudah kerja saya hehe...

resepi puding
Puding Kastard Jagung selepas 35 minit

Selepas 35 minit menggaul tanpa henti, jadilah bentuk seperti di atas. Mula-mula menggaul relax je.. Gaul guna tangan kanan sambil tangan kiri cekak pinggang..Bila adunan mula memekat, tiada lagi main cekak pinggang. Dua-dua tangan pegang senduk. Gaul tanpa henti. Takut pula nanti terbakar. Nasib baik si Hero sulung tadi meringankan tulang membantu. 

resepi puding
Puding Kastard Jagung baru potong..
Siap untuk dimakan..

Yeahh..Akhirnya..ini dia hasilnya Puding Kastard Jagung selepas dimasukkan dalam bekas dan selepas keluar dari peti sejuk dan selepas dipotong dua..Dan kali ini Puding Kastard Jagung tidak lembik seperti yang sebelumnya.. Dan juga habis licin dimakan...:)

Tuesday, May 14, 2013

Kuih Lidah Dari Papar

Kuih Lidah dari Papar sudah maliii...

Kuih ini petang tadi sampai. Oder dengan bantuan akak jiran sebelah saya. Terima kasih akak yang baik hati..:)

Datang dari jauh..Dari Kg Berundong, Papar. Kuih tradisonal  masyarakat Melayu Brunei di Daerah Papar ini memang sedap..rangup buatannya. Saya selalu oder untuk dimakan bersama keluarga. Masa raya pun oder juga untuk dimakan tetamu yang datang.

Kuih Lidah dari Papar ini ada beberapa jenis perisa. Antaranya, perisa susu, perisa kacang hijau dan perisa coklat..Ketiga-tiga perisa ini saya sudah pernah rasa. Sedap..Tapi yang tersedap rasanya bagi saya ialah perisa susu.

kuih lidah
Kuih Lidah perisa susu..

Kuih Lidah atas ini perisa susu. Saya selalu oder yang ini. Anak-anak suka makan sebab kerangupannya dan rasa susunya yang sedap. Ada juga yang dibungkus dalam pek kecil. Tapi selalunya saya ambil pek yang besar. Anak-anak pun puas hati makan..:)

kuih lidah
Kuih Lidah

Tepung gandum, susu tepung, gula halus, mentega dan minyak masak adalah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Kuih Lidah ini. 

Kuih Lidah dari Papar ini telah dikomersialkan oleh FAMA. Mahu tahu lebih lanjut boleh kilik sini. Satu rancangan Agrotek oleh RTM..

Tuesday, April 23, 2013

Jeruk Buah Bambangan

Pernah dengar Jeruk Buah Bambangan..?

Jeruk Buah Bambangan merupakan antara makanan kesukaan orang sabah.
Makanan tradisi kaum Kadazan-Dusun yang terkenal di Sabah. Pembangkit selera ketika makan. 

Bagi saya yang meminati makanan ini, rasanya memang sedap. Bila tercium baunya, air liur terus meleleh keluar. Rasanya masam-masam. Boleh terkenyit mata bila memakannya. Kalau dimakan dengan nasi panas campur ikan masin..fuhh..memang tidak terkata..sedap bah rasanya..hehe..

Kesukaan hati..Jeruk Buah bambangan..
(buatan Ibu)

Ini rupa bentuk Jeruk Buah Bambangan. Nampak warnanya yang kuning menyelerakan itu..Terliur la pula hehe..Jeruk ini Ibu yang buat. Dibawa khas dari kampung untuk saya yang menggemari makanan ini..:)

Cara-cara membuatnya:

Isi buah Bambangan dihiris-hiris. Kemudian dicampurkan dengan bijinya yang telah diparut. Selepas itu campurkan dengan garam dan cili jika suka. Masukkan dalam bekas botol dan ditutup ketat. Dibiarkan selama semingg baru boleh makan. Lagi lama simpan, lagi umpphh..kaw..kaw..rasanya..

Air dalam mangkuk yang korang nampak itu merupakan jus yang keluar dari buah tersebut semasa dijeruk. Warna putih-putih tu ialah biji buah Bambangan yang diparut. 

Pilih mana satu..atas atau bawah..

Tapi buat Jeruk Buah Bambangan ini pun kena tahu caranya. Nanti jadi macam pic dia atas itu. Kalau pandai buat, jeruk ini memang tahan lama. Warna dan rasanya tidak akan berubah. Ini ibu saya yang kata. Sebab ibu pandai buat jeruk ini. Saya cuma pandai makan saja. Belum pernah lagi membuatnya..huhu..

Salah satu petua yang ibu beri ialah jangan cuci buah selepas dikupas. Ia akan menggelap seperti Jeruk Buah Bambangan di atas itu. Yang di bawah, buahnya tidak dicuci selepas dikupas kulitnya. Nampak bezanya kan...

Kalau korang datang Sabah dan teringin mencubanya..Kamurang cari jak di tamu-tamu Sabah..:)


Thursday, April 18, 2013

Nasi Goreng Kicap

Jom layan sekejap seorang Chef kecil sedang memasak di dapur petang kelmarin...

Bahan-bahan Nasi Goreng Kicap

Bahan-bahan utamanya. 
  1. Isi ayam (di hiris)
  2. sayur (dipotong kecil)
  3. Semangkuk nasi
  4. 2 biji telur
Semuanya disediakan sendiri oleh Chef kecil yang bernama Dnil, Hero keempat saya. Kecuali isi ayam itu. Omaknya yang tolong hiriskan untuk dia. Sayur, dia sendiri yang potong. Masa memotong sedikit riasu juga tengok caranya yang belum mahir menggunakan pisau. Nasi sendiri disenduk. Alahai..beketul nasi tuu... Dua biji telur dipecahkannya sendiri. Telur pertama berjaya dipecahkan. Kedua kurang berjaya..Sebab ketuk telur tu perlahan sangat. Saya kata sebijik telur sudah cukup. Tapi dua bijik juga diambilnya. Suka hatilah wahai chef kecil..Bawang-bawangan tiada. Sebab Chef kecil ini Anti segala jenis bawang huhu..

Acara gaul-menggaul

Ini pula masa mula memasak. Telur,isi ayam dan sayur sedang digaul hingga sebati. Anak masak, saya di belakang jadi tukang tengok dan tukang bantu sahaje. Sambil tengok dan bantu dia, sambil-sambil juga bagi pesanan penting masa memasak..

"Api mesti sederhana..jangan telampau kuat...mesti mau pandai kawal okey"

Tapi kalau di tengok dalam pic tu api pun tiada kelihatan. Sebabnya dia pasang api yang paling kecil sekali..

campurkan semua

Nasi..garam..serbuk perasa..sedikit lada putih bagi masuk semua dan gaul. Kemudian bubuh kicap. Bahagian sini Chef kecil ini kena perlu dilatih sukat-menyukat kuantiti serbuk garam dan serbuk-serbuk lain. 

resepi nasi goreng
Nasi Goreng Kicap
(Kicap tidak digaul mesra..nasi sebiji-sebiji putih...)

Dengan sedikit bantuan dari saya, maka terjadilah hasil seperti di atas...Nasi Goreng Kicap yang menyelerakan walaupun nampak masih ada sebiji-sebiji nasi putih hehe..Bila ditanya kenapa namanya Nasi Goreng Kicap..

"sebab ada taru kicap kan..."

"Owh..Apa-apa ja lah namanya..yang penting ni ari Dnil masak menjadi okey.."

"sedapnyaa masakan saya.."
(Odoi gia.. masuk bakul angkat sendiri bah..hihi.. )

Senyum tengok dia makan..Nampak dia gembira dan puas hati dengan masakannya sendiri. Makan sampai tidak peduli dia disnap..

Nasi Goreng Hangit Hangus..

Hah!!..Yang ini percubaannya minggu lalu. Ini kes jeles dengan abang-abang dia yang makan Nasi Goreng masakan sendiri.. Dengan Sendirian Berhad nya, dia pun juga cuba menghasilkan Nasi Goreng buatan sendiri. 

Monday, February 11, 2013

Babysitters Nur Maryam

Ini Babysitter Nur Maryam kelmarin..
Tiga orang yang baik hati

Nasib baik Nur Maryam tidak meragam bila tiga orang baik hati ini tolong jaga Puteri Kecil ini.:)  Dorang pun suka melayan Nur Maryam yang tidak banyak karenah.  Dua orang gadis baik hati namanya Divina dan Suzy..Jejaka tu namanya Waled.

MaMaRey kemana pula..sampai tiga orang ini jadi Babysitter Nur Maryam..??

MaMaRey tidak kemana-mana..hehe..Saya sebenarnya tengah layan perut yang sedang lapar..Kelmarin pergi rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumah kawan Mr. Sawo.  

Biskut, coklat, kacang, limau pun habis masuk perut..Macam tidak pernah makan pula huhu..Kenyang perut dibuatnya hehe..

Terima kasih kepada tiga orang yang baik hati, bantu jaga Nur Maryam sementara saya menikmati makanan enak yang dihidangkan oleh tuan rumah..:) Gong Xi Fa Chai Tuan Rumah dan juga kepada semua yang menyambutnya..

Bertuah tinggal di Malaysia, pelbagai perayaan disambut bersama..:)

Saturday, February 9, 2013

Kapurung

Pernah dengar Kapurung?..

Kapurung ialah sejenis makanan.  Saya mula mengenali makanan ini dari seorang sahabat berasal dari Indonesia.  Mula-mula dengar nama makanan ini rasa pelik sikit juga sebab belum pernah mendengarnnya sebelum ini.  Pertama kali mencubanya, boleh tahan juga rasa enaknya.

 Kapurung
Ini kapurung kawan beri.  Katanya, buat tak banyak..kacang pun tiada bubuh.

Sahabat saya menggunakan tepung kanji yang dituang dengan air panas mendidih kemudian dibentuk bulat kecil-kecil. Kapurung ini dicampurkan dengan isi ikan, sayur-sayuran, tempe dan ditabur dengan kacang tumbuk.  

Apa yang menarik tentang sajian ini ialah kesemua bahan-bahannya direbus.   Banyak sayur-sayuran rebus seperti kacang panjang, bayam dan kangkung digunakan dalam menu ini.  IKan juga direbus dan isinya diambil.   

Kapurung disajikan bersama dengan air kuah yang banyak.  Kuah yang digunakan ialah air rebusan ikan dan sayuaran tadi.  Boleh dikatakan makanan ini menu yang sihat.  Sangat sesuai juga bagi yang tidak mahu ternak lemak.

 Tepung yang telah dituang dengan air panas mendidih dan dibentuk bulat.

Lebih menarik lagi Kapurung tidak perlu dikunyah-kunyah.  Terus telan begitu sahaja.  Tapi isi ikan dan sayu-sayuaran kena kunyah lah..Tercekik lah pula..hehe

 sambal dan limau

Makan Kapurung ini tidak sedap jika sambal tiada.  Saya suka sambal ini sebab ada campuran tomato dan boleh bakar lemak hehe...  Sambal dan limau ini penyebab utama rasa enak makanan ini.. Bagi saya lagi kaw pedas dan masamnya, lagi kaw-kawlah menikmati Kapurung ini..:) 

Sekarang ini, saya sudah mula menyukai makanan ini..:)


# Maaf sahabat semua kerana lambat membalas kunjungan kalian.  Terima kasih tidak terhingga yang sudi datang singgah membaca bebelan MaMaRey..^______^

Sunday, February 3, 2013

Kek Coklat Kukus

 Resepi Kek Coklat Kukus ini saya belajar dari buku masakan Chef Hanieliza.  Kawan yang bagi tengok buku Chef ini mula-mula dulu.  Resepi kek Chef Hanieliza ini saya suka buat sebab ia sangat mudah dan ringaks untuk disediakan.  Kek ini sedap sebab ada rasa coklat yang memang kesukaan hati..:)

Ini buku Resepi kawan bagi pinjam dengan saya.  Fotocopy, itu sebab kaler hitam putih..hehe..
Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Kek Coklat Kukus ini.  Saya tengok dari buku di atas itu.

Bahan A 

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C 
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat Kek
1. Panaskan kukusan.
2  Kacau semua bahan A dalam mangkuk besar.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.  kacau rata.
5. Bahan C dipukul dengan garpu dan masukkan dalam adunan tadi.  Kacau supaya tidak bergentel.
6. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat.

Krim Coklat 
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mantega

Cara Membuat Krim Coklat
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko dalam periuk.  Kacau rata.
2. Panaskan dengan api sederhana.  Kacau sebati.
3. Masukkan mentega dan kacau sampai pekat.lagi.
4. Sapu atas kek bila nampak coklat agak pekat.

 Boleh juga tengok resepi ini di sini.


Ini dia Kek Coklat Kukus hasil buatan MaMaRey dan bantuan dua orang hero di dapur semalam. Ini potong masa masih panas-panas lagi sebab anak-anak tidak sabar mahu mengunyahnya.  Potongan pun nampak tidak cun..huhu

Thursday, January 31, 2013

Rumpai Laut

Pagi tadi selepas dari membawa anak ke klinik terus singgah di pasar berdekatan.  Pusing-pusing di pasar sambil menggendong anak yang beru kena cucuk jarum, ternampak pula rumpai laut.  Sebenarnya lama sudah teringin untuk membeli rumpai laut ini.  Khasiatnya yang banyak seperti menegangkan dan melicinkan kulit, menimbulkan minat saya untuk menjadikannya makanan kesukaan hati..^__^

Banyak jenis rumpai laut yang dijual di pasar tadi.  Ada yang jenis berbiji-biji ada yang juga jenis bentuknya macam ranting kayu.  Ada juga yang jenis kering dan berwarna.  Ia dijual dengan harga yang murah dan diletak dalam piring.  Rumpai laut jenis macam ranting kayu saya pernah cuba sebelum ini.
Rumpai Laut jenis berbiji-biji

Saya beli sepiring rumpai laut yang jenis berbiji-biji dengan harga RM1.  Nama jenis rumpai ini saya kurang pasti.  Cuba dulu rasanya macam mana.  Untuk menyediakannya senang sahaja.  Si penjual yang ajarkan bagaimana cara untuk menyediakannya.  Cuma perah dengan limau dan bubuh cili.  Tapi saya telah memandai-mandai dengan menambah garam dan gula hehe...

Nampak layu pula Rumpai Laut MaMaRey ini.

Boleh tahan juga rasanya rumpai jenis ini.  Saya suka kunyah biji dia.  Rasanya sedap.  Tapi kenapa pula rumpai yang saya sediakan itu nampak macam layu.. huhu...Agaknya saya telah terlalu mencucinya sehingga menjadikkannya sebegitu rupa..hehe


# Kepada kawan-kawan semua, maaf kerana tidak dapat berkunjung balas sebab kena layan anak yang baru dicucuk jarum.  

Sunday, January 27, 2013

Roti Kaya Goreng

Pagi-pagi tadi, seorang anak saya meminta agar saya membuat roti seperti roti yang dimakannya di sekolah.  Anak saya kata roti sahabatnya yang dibawa dari rumah rasanya sedap.  Dia kata "roti tu sapu dengan kaya dan celup dalam telur lepas tu goreng". Dia siap beri cara-caranya supaya saya boleh buatkan untuk dia...:)

Maka untuk memenuhi permintaannya saya buatkanlah untuk dia dan juga untuk semua anak-anak yang lain.


Ini bahan-bahannya: Roti, kaya dan telur


Cara-cara membuatnya: 
  1. Roti disapu dengan kaya. 
  2. Celup roti dalam telur yang telah dipukul macam pic diatas.  
  3. Goreng dalam minyak panas.
  4. Angkat bila ia kelihatan kekuningan.
Roti Kaya Goreng yang sedang menunggu diserbu

Inilah Roti permintaan anak saya.  Siap untuk dimakan.  Saya namakan Roti Kaya Goreng hehe..  Mudah, ringkas dan cepat disediakan.  Sarapan awal pagi untuk anak-anak.

"esok pagi, pegi sekolah saya mau bawa roti ni. makan sama-sama dengan kawan".. kata anak saya..Gembira betul dia permintaannya ditunaikan hehe..

"Baik nak..nanti esok pagi Mummy buatkan  lagi ya"..:)   


Friday, January 25, 2013

Sambal Tempe

Menu tengahari tadi, Sambal Tempe.  Selalunya saya cuma goreng kering dan makan begitu saja.  Kali ini pula masak cara lain sikit.  Teringin mahu makan yang pedas sedikit hari ini.  Kongsi dengan korang..Semoga korang terliur walaupun nampak tidak sedap..hehehe...

Sambal Tempe
Bahan-bahan:
  1. 2 bgks tempe
  2. cili 5 biji (dipotong kecil)
  3. 5 sd bsr sos cili 
  4. 1 sd bsr sos tiram 
  5. 1 sd kecil asam jawa
  6. 4 sd bsr susu cair 
  7. 3 bj bawang merah (dihiris nipis)
  8. 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  9. gula, garam ikut rasa hati korang
Cara-Cara Memasaknya mudah saja:
  1. Tempe dihiris nipis-nipis macam pic diatas.
  2. Goreng tempe dalam minyak yang panas kemudian angakat dan toskan.
  3. Goreng bawang merah dan bawang putih dalam kuali hingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, asam jawa dan susu cair. Gaul hingga pekat.
  5. Masukkan tempe goreng dan cili yang telah dipotong-potong kecil-kecil.
  6. Jangan lupa masuk gula dan garam.  Ikut rasa hati korang.  Gaul sebati dan siap.

Suka makan tempe ini sebab rasa rangupnya bila digoreng dan juga berkhasiat.  Antara khasiatnya ialah boleh menurunkan kadar kolesterol, mencegah osteoporosis, mampu menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.  Baca di sini tadi.

Saturday, January 19, 2013

Keropok Amplang

Pernah dengar Keropok Amplang?..

Keropok Amplang adalah salah satu makanan yang terkenal di Sabah, terutama sekali di Tawau.  Kalau tidak percaya tanya tuan punya blog Di Jari Pena Menari, Kak Atie.  Anak kelahiran Tawau.  Menjadi kemestian membeli keropok ini bila ke Tawau.

Keropok ini diperbuat dripada ikan tenggiri yang dicampur dengan tepung.

Ini bahan-bahannya:
Ikan Tenggiri, Tepung , Kanji, Minyak masak, Bawang Putih, Telur, Gula, Garam dan serbuk perasa yang dibenarkan .  

Ada juga perasa udang dan sotong tapi belum pernah cuba lagi.  Kena cuba selepas ini.


Saya selalu minta belikan dari seorang kawan yang memang berasal dari Tawau. Dia jual dengan saya RM15.  Baru-baru ini minta dua bungkus untuk anak-anak di rumah.  Keropok ini memang sedap.  Sedap dimakan bila-bila masa.  


Tengok keropok ini putih gebu kan..nyam..nyam..Kerangupannya tidak terkata..  Rasa lemak-lemak mencair di mulut.  Sekali makan, mahu berkali-kali lagi hehe...  Dua bungkus sekejap saja habis.  Kalau korang pergi ke Tawau jangan lupa cari Keropok Amplang ini.  


# Jangan lupa cari kak Atie juga hehehe..

Friday, January 11, 2013

Sup Ayam Masak Terjun

Menu tengahari tadi, Sup Ayam Masak Terjun.  Resepi ini adalah hasil ciptaan diri sendiri..^_^..

Saja tukar menu dari goreng -mengoreng ke rebus-merebus.  Menu  yang cepat dan ringkas. Ayam semalam sudah dipotong sedia, tinggal terjunkan masuk dalam kuali sekali dengan bahan-bahan yang lain.

Sup Ayam Masak Terjun

Masukkan semua saja bahan-bahan ke dalam kuali berisi air. Ayam, serai, halia, bawang putih, bawang merah, kiub pati ayam dan serbuk perasa.  Sudah mendidih masukkan daun kucai.  Didihkan sebentar kemudian angkat dan hidangkan.  Ringkas sahaja memasaknya.  

Macam terjun mandi masuk ke dalam air, sebab itu saya namakan resepi ini Sup Ayam Masak Terjun..hehe

Saya minum dua mangkuk sup ini tadi.  Air susu pun bertambah  jadi banyak.  Minum sup merupakan salah satu tips banyakkan kuantiti air susu yang selalu saya amalkan.

Anak-anak baru balik dari sekolah tadi bertanya;

Anak: Mummy masak apa? (panggilan anak2 di rumah)
MaMaRey: Sup Ayam Masak Terjun..
Anak: hah!..tak pernah dengar lah..sedap ke?
MaMaRey: Sedaaap..Cuba lah..
Anak: nyamm..sedap lah..
MaMaRey: ^_^..terima kasih nak..

Bila dalam bab masak-memasak, anak-anak adalah juri saya..Anak nombor dua tadi komen sup ada tawar sikit..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...